Hokay, ini satu persoalan menarik untuk dibincangkan. Hodoh ke cantik bila lelaki menggunakan alat solek?
Tanyalah mana-mana gadis, kebanyakan mereka tidak punya keberanian untuk tampil di khalayak ramai tanpa menggunakan alat solek. Alat solek dianggap sebagai satu cara menutup cela di wajah terutama rona hitam dan kesan-kesan jerawat.
Jika seorang gadis mampu menutup cela di wajahnya menggunakan alat solek, bagaimana lelaki yang wajahnya hodoh? Jika lelaki menggunakan alat solek nanti digelar “adik-adik” tetapi bagaimana merawat emosi mereka yang mungkin tercalar apabila menerima kutukan terutama dari gadis yang memberikan hinaan? Adakah mereka tidak layak untuk kelihatan kacak jika menggunakan alat solek?
Baca perkongsian dari seorang remaja lelaki dari China yang mengubah penampilan fizikal dengan menggunakan alat solek.
Hasilnya sangat memberangsangkan, dari seorang yang hodoh, dirinya kini dilayan bagaikan putera malah dirinya diangkat setaraf bintang Korea yang terkenal dengan kekacakan wajah biarpun sebahagian kita tahu semuanya membuat pembedahan kosmetik. Tapi kita tetap mengakuinya sebagai sangat kacak.
Dahulu dia sering dihina. Mukanya berjerawat, memakai cermin mata tebal dan fesyen agak buruk.
Malah dia juga bukan remaja yang popular di sekolahnya. Dia tidak pernah berani untuk mendekati mana-mana gadis comel kerana bimbang diketawakan. Dia juga tidak pernah keluar dengan rakan sebaya dan kurang keyakinan diri.
Remaja tidak dinamakan ini dan berusia 18 tahun ini bagaimana pun telah berkongsi satu perubahan besar dilakukannya selepas puas menahan hinaan orang. Dalam platform blog China, Dcard remaja ini mengakui segalanya mulai berubah tahun lepas apabila dirinya dihina oleh seorang gadis cantik.
“Segalanya bermula apabila beg seorang gadis di kelasnya terjatuh. Dia tunduk untuk mengambilnya. Tanpa ucapan terima kasih diterimanya sebaliknya dia dihina kerana dirinya tidak kacak,” katanya berkongsi bagaimana dia melakukan perubahan besar dalam hidupnya.
Kerana malu dengan hinaan diterimanya selain rasa marah, dia mula mengubah penampilan dirinya.
Sebaik tamat sekolah, dia mula berdiet, membeli pakaian dengan fesyen terbaharu dan mula menonton tutorial solekan gaya Korea di internet. Dia memakai alat solek, krim asas dan kemudian menyedari ada perubahan besar berlaku pada wajahnya dan menjadi sangat luar biasa.
Apabila menggunakan solekan ia mengubah dirinya sepenuhnya. Untuk kelihatan seperti bintang Korea, dia menukar fesyen cermin mata. Sesekali dia menggunakan kanta lekap untuk nampakkan kelainan.
Dia juga mewarnakan rambutnya, memotongnya dengan gaya terkini selain menindik telinganya. Apabila dia membuat penampilan foto pertamanya, reaksi dari rakan sekelasnya sangat berbeza.
Ramai rakan sekolahnya terkejut dan kata wajah hodohnya dari seperti seekor itik, kini menjadi angsa yang cantik.Apabila dia masuk ke kolej, ramai menganggap dia adalah lelaki Korea dan dirinya menerima terlampau banyak pujian.
Kata remaja lelaki ini, dia mengubah semua ini untuk menarik perhatian lelaki yang selalu dikritik dan diketawakan kerana fizikal mereka yang hodoh. Ternyata ramai perempuan tertarik dengan penampilan lelaki yang kacak.
Jadi tiada istilah, alat solek itu hanya untuk wanita. Jika mengenakannya, tak kelihatanpun korang seperti perempuan atau pondan tetapi hanyalah sebagai menjaga penampilan. Sumber : Oddity
So onz ke tak onz ini kalau lelaki bersolek. Apa pendapat korang?