Onz Weh Hairstyle ‘Sembah’ Naim Daniel! Lihat Cara Untuk Lelaki Maintain Cornrow

Share

Isi Kandungan

Toggle

 

Akhirnya, klip video bagi single Naim Daniel berjudul Sembah keluar juga!

 

Single yang menampilkan Man Keedal sebagai gitaris jemputan ini adalah single yang cukup istimewa buat Naim sendiri memandangkan dia baru sahaja dinobatkan sebagai juara di Anugerah Juara Lagu ke-34 menerusi lagu Sumpah.

ARTIKEL BERKAITAN : Naim Daniel Beli Rumah Pada Usia 22 Tahun!

Mestilah ada tekanan yang dirasai oleh Naim sendiri untuk mencapai expectation yang diletakkan ke atas dirinya.

Katanya kepada REMAJA, jemputan yang diberikan olehnya kepada abang Man Keedal untuk sama-sama menjayakan Sembah hanya dilakukan menerusi mesej DM di Instagram!

Man Keedal pantas menerimanya dengan hati terbuka dan – well, the rest is history as the saying goes.

Satu perkara yang menarik perhatian penulis menerusi klip video ini adalah dandanan rambut cornrow yang digayakan oleh Naim.

Menurutnya, dandanan itu adalah simbolik tanda sokongannya kepada pergerakan Black Lives Matter yang hangat diperkatakan terutamanya di Amerika Syarikat.

Naim percaya setiap orang layak untuk dilayan secara saksama. Lantas dia tidak merasakan dandanan itu adalah cubaan cultural appropriation tetapi lebih sebagai tanda solidariti ke atas nasib mereka di sana.

*

Sebenarnya, penulis sendiri merasakan gaya cornrow ini amat ‘onz’ dengan imej Naim dalam video Sembah. Tapi macam susah je nak maintain..

Kami menanyakan tip daripada jurusolek dan jurudandan selebriti, Ayang Kamell bagaimana sebenarnya cara terbaik untuk mengekalkan gaya cornrow

untuk tempoh beberapa hari.

Guys, serius senang!

 

01

Sebelum korang ‘berangan’ nak buat gaya rambut cornrow, rambut perlulah sekurang-kurangnya sepanjang 2 inci.

 

02

Bersihkan dahulu kulit kepala dengan syampu bersesuaian sebelum rambut didandan. Jangan pula pilih syampu yang mengeringkan lagi tekstur rambut. Susah nanti nak braid, sakit!

 

03

REMAJA cadangkan untuk korang guna cecair khas seperti Fashion Collection Braid Aid 03 Braid Defining Lotion daripada Redken inI. Ratakannya ke seluruh rambut dan barulah mulakan pintalan braiding. Baru mudah untuk braid kerana ia membuatkan rambut lebih tahan lama dan berbau harum.

Langkah ini penting kerana jika tersalah menggunakan losyen atau cecair, kulit kepala boleh menjadi gatal, terasa berat dan paling memalukan, berbau masam gaiss!

 

04

Kami tidak menasihatkan korang untuk kekal dengan dandanan cornrow

bagi tempoh masa yang terlalu lama. Mungkin 2 ke 3 hari sudah memadai. Sepanjang tempoh itu, rajin-rajinkanlah diri ratakan minyak rambut kepada rambut cornrow.

 

05

Sebelum tidur ataupun semasa melakukan aktiviti yang membuatkan korang berpeluh., apa kata korang ikatkan kepala dengan do-rag ataupun serkup bandana. Ia akan membolehkan cornrow korang bertahan lebih lama dalam keadaan baik.

*

Apa lagi, cer lah try.

Sementara itu, jom layan Sembah oleh Naim Daniel & Man Keedal.

Published by
FZ