Boleh dikatakan apa saja yang dilakukan oleh selebriti cantik, Noor Neelofa Mohd Noor pasti mendapat perhatian ramai. Terbaru, kelibat Neelofa dilihat memeriahkan minggu fesyen New York yang bermula minggu lalu.
Perkongsian gambar dan video di IG story Lofa menarik perhatian netizen apabila ramai yang memuji kecantikannya menggayakan busana mewah dari jenama terkenal dunia.
Suka kami lihat setiap gambar yang dikongsi oleh Lofa. Terbukti bahawa beliau memang seorang trendsetter dan mempunyai fashion sense yang sangat baik.
Jom kita lihat antara gaya OOTD Neelofa sepanjang berada di New York Fashion Week.
Bila tengok Lofa dekat New York rasa macam terus berniat nak ke sana pula. Hiks!