
Isi Kandungan
ToggleKemeriahan malam Finale Pencarian Dewi Remaja dimeriahkan lagi dengan kehadiran barisan selebriti popular tempatan yang kebanyakkannya adalah dari kelahiran program Dewi dan Hero Remaja sendiri.
Antara yang hadir memberi sokongan adalah Norman Hakim, Izara Aishah, Datin Rabecca Al Islam, Pushpa Narayan, Didie Alias dan batch Hero Remaja 2017.
Dengan tema prom night, para tetamu yang hadir cukup cantik dan kacak berpakaian mengikut tema.
Jom kita lihat antara OOTD selebriti yang hadir pada malam semalam..
Datin Rabecca Al Islam & Suami
Izara Aishah
Norman Hakim
Didie Alias
Pushpa Narayan
Hero Remaja 2017
Terima kasih kami ucapkan kepada barisan selebriti yang sudi hadir untuk memberi sokongan buat kesemua finalis Pencarian Dewi Remaja 2018/19.
Sesi Uji Bakat Pertama Dewi Remaja 2022 Berlangsung Meriah Di Hotel Thistle Johor Bharu

Sesi uji bakat pencarian Dewi Remaja 2022 telah pun bermula hari ini di Hotel Thistle, Johor Bharu dan team Remaja akan berada di sana sehingga esok.
Kelainan yang kami bawakan pada edisi kali ini adalah dengan melakukan pencarian di empat lokasi berbeza termasuklah Johor Bharu, Sabah, Pulau Pinang dan Shah Alam. Seperti biasa, peserta yang hadir perlu mengisi borang secara online serta mencetak borang tersebut dan harus dibawa ke lokasi uji bakat pilihan mereka.
Peserta perlu melalui tiga peringkat pertama sebelum disenarai pendek jika berjaya menambat hati juri di Stage 3. Antara juri jemputan edisi Johor Bharu ini, kami mengundang bekas finalis Dewi Remaja yang lalu, Aween Ismail dan Syamira Nazir serta Awal Ashaari dan Keanu Azman.
Bagi gadis yang berusia 18 tahun hingga 25 tahun, korang masih lagi berpeluang ke Hotel Thistle Johor Bharu untuk hadir sesi uji bakat yang bakal berlangsung sehingga esok (6 Mac 2022). Jangan lepaskan peluang ini kerana korang tidak perlu lagi bersusah-payah turun ke Shah Alam bagi menghadiri pencarian Dewi Remaja kali ini.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Alyssa Azmi Terkenang Dewi Remaja Duduk Serumah, Ini Pula Responnya Duduki Tempat Ke-4

Kelibat gadis tinggi lampai ini di malam kemuncak pencarian Dewi Remaja 2022, hujung minggu lalu telah menjadi perhatian ramai.
Disebut-sebut sebagai salah seorang peserta akhir yang mampu memberikan kejutan bagi memenangi gelaran juara pada malam tersebut, Alyssa Azmi yang kelihatan cukup anggun dalam busana serba merah rekaan Arma Couture telahpun menawan hati penonton di lokasi dengan keyakinannya dalam menjawab soalan yang diberikan.
Namun kongsi Alyssa yang juga pulang sebagai pemenang tempat keempat, sebaik memasuki pusingan kedua mindanya sedikit terganggu sebelum muncul kembali di atas pentas bagi segmen Soal Jawab.
Haa, kenapa agaknya tu Alyssa?
“Pertama sekali, sejak awal pencarian lagi saya sudah setkan di kepala yang saya tidak bertanding dengan mana-mana orang. Saya hanya bertanding dengan diri saya to force myself melakukan semua cabaran yang diberikan.
“Berlainan dengan sesetengah peserta, saya bermula dari kosong tanpa sebarang pengalaman. Saya cumalah seorang siswi universiti yang ingin mencuba sesuatu di luar zon selamat.
“Hingga ke pentas akhir pun, saya masih tidak meletakkan saingan saya dalam kalangan sembilan orang rakan lain dan sedikit sebanyak, mindset itu membantu saya untuk kekal tenang.
“Cuma apabila memasuki segmen Soal Jawab, saya yang pada masa itu belum bersedia dengan gaun, anting-anting pun tak sempat pakai tiba-tiba diletakkan pada kedudukan peserta pertama yang harus muncul di atas pentas.
”Bee perlu menerima rawatan terlebih dahulu dan sebagai rakan, saya tidak kisah dan bersedia to go first. Cuma keadaan agak mencemaskan dengan persediaan di belakang pentas sehinggakan saya kurang bersedia dalam merangka ayat ketika menjawab soalan yang diajukan oleh Pak Nil.
“Itulah namanya ketentuan, kita merancang Tuhan menentukan. Saya cukup gembira dapat menamatkan perjalanan Dewi Remaja 2022 saya di kedudukan keempat terbaik.
“Cuma saya terkilan sedikit dengan persembahan diri sendiri bila tidak dapat peragakan busana Arma Couture sebaik yang saya inginkan (kerana bahagian belakang busana tidak sempat dirapikan dalam masa yang diberi) dan jawapan saya boleh diberi dengan lebih teratur,” ulas gadis berusia 19 tahun ini.
Tambah Alyssa lagi, dia turut berbangga dengan persembahan rakan-rakan peserta lain seperti Janani, Rasyiqah, Zafira, Auni dan Dina yang juga telah memberikan yang terbaik biarpun bukan rezeki mereka untuk ke pusingan seterusnya.
“This Is A Good Start”
Selang beberapa hari selepas malam kemuncak Dewi Remaja 2022, Alyssa berkongsi mengenai uji bakat sebagai hos program hiburan baharu yang bakal dijalaninya bersama beberapa lagi finalis lain.

“Yes this is a good start. Apabila saya memenangi cabaran episod keempat untuk segmen pengacaraan, saya telahpun memperolehi tajuk program yang sama! Mentor kami pada waktu itu, Keanu Azman berkata pengacaraan saya bagus cuma perlu lebih relaks dan santai lagi. That is what I am going to do dan InsyaAllah jika ada rezeki, siapa tahu saya boleh terpilih?” katanya.
Alyssa juga mengakui dirinya tidak sabar untuk bertemu semula rakan finalis lain pada minggu ini kerana tidak berkesempatan untuk mengucapkan selamat tinggal sebaik sahaja pentas akhir Dewi Remaja 2022 melabuhkan tirai, Sabtu lalu.

“Momen paling saya rindukan adalah bila dapat bersama rakan-rakan saya yang lain. Bersama enam rakan serumah saya termasuklah Tracie, Malle, Bee, Reezlyn, Dina dan Keeran, kami sudah diibaratkan seperti sisters. Makan bersama, menangis bersama. Dengan rakan lain seperti Auni, Zafira dan beberapa lagi yang tidak menetap sebumbung pun, saya sudah terbiasa lepak bersama mereka.
“Jadi, peluang ‘reunion’ mini ini saya amat nanti-nantikan. Bila tidak duduk serumah lagi memang terasa kehilangan,” katanya.
Usai tamat pencarian, Alyssa kini bakal meneruskan pengajiannya di Universiti Multimedia mengenangkan kontrak tajaan biasiwa TM yang dipegangnya masih berbaki dua tahun. Perancangan itu bagaimanapun tidak menghalang minatnya untuk menceburi bidang modelling dan iklan komersil sebagai pekerjaan separuh masa demi menyerlahkan keyakinan dan potensinya dalam industri seni hiburan serta fesyen tempatan.
Congratulations Alyssa Azmi!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Jadi Finalis Pertama Berhijab Di Pentas Akhir, Syamira Akui Bukan Mudah Bawa Diri

Nursyamira Izzati Mohd Nazir atau lebih dikenali sebagai Syamira merupakan seorang finalis yang berjaya memecahkan rekod pencarian Dewi Remaja kerana menjadi peserta berhijab pertama yang beraksi di pentas final.
Sepanjang penganjuran Dewi Remaja selama 10 musim terdahulu, banyak perubahan telah berlaku dan antaranya apabila edisi 2014/2015 yang dimenangi oleh Raysha Rizrose memecah sejarah menjadi edisi pertma yang membenarkan peserta berhijab untuk menyertai pencarian.

"Alhamdulillah saya telah berjaya membuktikan bahawa peserta berhijab juga mampu untuk bersaing dalam pertandingan seumpama ini. Secara jujurnya tidak mudah kerana menjadi finalis itu sendiri pun, ada ramai yang memandang tingkah laku kami. Apa lagi, saya seorang yang berhijab. Tapi pada saya, apa yang penting kamu perlu tahu yang kamu bukan hanya seorang yang berhijab tetapi kamu adalah seorang Muslim,"
"Pada saya ini bukan soal menjaga nama wanita berhijab, tetapi ia lebih kepada menjaga nama agama. Jadi kalau kamu membawa diri sebagai seorang Muslim, insyAllah semuanya akan baik-baik sahaja,"
"Kalau ada tersilap sana sini tu biasalah, kita hanya manusia biasa. Tiada yang sempurna," jelas anak bongsu dari dua beradik ini.

Pengalaman dijuri oleh Neelofa
Bercerita tentang pengalamannya dengan Dewi Remaja, gadis ini mengakui bahawa sewaktu umurnya 17 tahun, disebabkan ingin berjumpa dengan Neelofa, dia telah pergi ke sesi uji bakat Dewi Remaja ketika itu.
"Saya tahu memang tidak akan terpilih kerana pada waktu itu umur saya baru berusia 17 tahun. Namun begitu, disebabkan Neelofa menjadi juri dan saya teringin benar untuk berjumpa dengannya, saya pergi juga uji bakat, " jelasnya sambil tertawa kecil.

"Saya ingat lagi Neelofa pesan nanti dah habis belajar awak datang semula. Saya terlepas sesi uji bakat tahun lalu dan Alhamdulillah, tahun ini saya telah dipilih menjadi salah seorang daripada finalis Dewi Remaja,"
"Mula-mula saya rasa macam tak percaya sudah sampai hingga ke tahap ini. Tapi, saya tetap rasa gembira dan bersukur kerana telah diberi kepercayaan untuk menonjolkan bakat yang ada," tambahnya lagi.