Ihsan Foto : OPPO Malaysia

 

15 Disember 2021 merupakan hari yang cukup penting bagi peminat jenama OPPO setelah acara tahunan OPPO INNO Day 2021 selamat dilangsungkan di seluruh dunia bagi memperkenalkan teknologi serta peranti baharu yang akan menemui pengguna tidak lama lagi.

Tahun ini nyata tidak mengecewakan setelah ura-ura mengenai kemunculan telefon pintar jenis lipat pertama oleh OPPO benar-benar direalisasikan oleh mereka setelah bertahun-tahun melalui peringkat penyelidikan dan pembangunan (R&D).

OPPO Find N Jadi Pesaing Telefon Pintar LIPAT, Tapi Tak Keluar Di Malaysia?

OPPO Find N

Model telefon pintar lipat ini dikenali sebagai OPPO Find N dan hadir dalam tiga variasi warna. Tinjauan REMAJA sewaktu menghadiri acara tersebut dan menelitinya dengan lebih dekat mendapati ia berpotensi untuk menarik ramai pembeli di Malaysia. Ini kerana ramai yang mula berminat untuk memiliki telefon pintar lipat disebabkan saiz dan keunikannya.

Bagi korang yang akan terus membandingkan OPPO Find N dengan pesaing OPPO lain yang pernah muncul dengan telefon pintar lipat, well, korang bukanlah insan pertama yang terfikir sedemikian.

OPPO Find N Jadi Pesaing Telefon Pintar LIPAT, Tapi Tak Keluar Di Malaysia?

Stail asasnya adalah sama iaitu sebuah telefon pintar yang dibuka seakan buku dengan paparan skrin 5.49 inci pada bahagian luar serta skrin seluar 7.1 inci pada bahagian dalam. Apabila dibuka, ia akan kelihatan hampir sama dengan saiz tablet dan ia mempunyai lapisan kaca ultra-nipis. Disebabkan ‘ration 8:4:9 yang menjadikan saiznya yang lebih lebar berbanding pesaingnya, ia lebih senang pada mata pengguna apabila orientasinya diubah menjadi memanjang (landscape).

Ads

OPPO Find N Jadi Pesaing Telefon Pintar LIPAT, Tapi Tak Keluar Di Malaysia?

Satu perkara yang REMAJA gemarkan adalah ketiadaan kesan atau garisan lipatan yang jelas pada bahagian tengah skrin di dalam. Ini kerana OPPO menggunakan rekaan hinge jenis  ‘teardrop Flexion’ yang menjadikan pergerakan membuka dan menutup telefon pintar ini lebih mudah. Bahagian lipat ini menyokong ‘FlexForm Mode’ dan ia amat membantu apabila korang menggunakan fungsi kamera dan ‘notes’.

OPPO Find N Jadi Pesaing Telefon Pintar LIPAT, Tapi Tak Keluar Di Malaysia?

OPPO Find N didatangkan dengan kamera utama 50MP, 16MP ultrawide dan 13MP telephoto array. Kedua-dua kamera jenis ‘hole punch’ pada bahagian luar dan dalam telefon pula menggunakan kamera 32MP.

Didatangkan dalam variasi warna putih, ungu dan hitam (kegemaran REMAJA), OPPO Find N dijangka boleh menyaingi model telefon pintar dalam pasaran pada masa akan datang.

Ads

 

OPPO Find N Jadi Pesaing Telefon Pintar LIPAT, Tapi Tak Keluar Di Malaysia?

OPPO Air Glass

Satu lagi peranti yang menjadi tumpuan di OPPO INNO Day 2021 tentunya ialah OPPO Air Glass yang merupakan sejenis teknologi peranti baharu yang dijangka bakal menjadi satu keperluan ramai tidak lama lagi.

OPPO Find N Jadi Pesaing Telefon Pintar LIPAT, Tapi Tak Keluar Di Malaysia? OPPO Find N Jadi Pesaing Telefon Pintar LIPAT, Tapi Tak Keluar Di Malaysia?

Rekaan yang julung-julung kali diperkenalkan ini menggunakan teknologi Spark Micro dan Micro LED yang dicipta sendiri oleh OPPO. Cara menggunakan peranti ini adalah dengan melekatkannya pada bahagian kaca mata dengan kuasa magnet. Pengguna boleh mengubah paparan skrin Assisted Reality di hadapan mata mereka dengan interaksi seperti sentuhan (seakan swipe), suara, pergerakan kepala dan pergerakan tangan.

Ads

OPPO Find N Jadi Pesaing Telefon Pintar LIPAT, Tapi Tak Keluar Di Malaysia?

Pada pandangan pertama, REMAJA merasakan ia terlalu futuristik untuk disesuaikan dengan pengguna di Malaysia. Namun setelah mencubanya sendiri, ia amat membantu kita melihat mesej utama yang kita perlukan dengan pantas. Tambah menarik apabila ia tidak berat dan pemakai tidak akan terasa bebannya di sebelah kepala.

*

Biarpun kedua-dua peranti yang diperkenalkan sempena OPPO INNO Day 2021 ini amat mengujakan, malangnya kemasukannya ke dalam pasaran Malaysia masih belum disahkan oleh OPPO.

Buat masa ini, OPPO Find N hanya akan dijual kepada pasaran China bermula 23 Disember ini. Manakala, OPPO Air Glass pula akan menemui pasaran sana pada suku pertama tahun hadapan.

Adakah korang rasakan ia wajar diperkenalkan untuk pasaran Malaysia bergantung pada permintaan?

*

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI