Bayangkan hidup korang tanpa telefon pintar. Tentu ia agak sukar dan tak dapat dibayangkan. Bukan hanya golongan remaja malah rakyat Malaysia rata-rata kini mempunyai telefon pintar dan menggunakan Internet. Segala aktiviti yang dilakukan kini kebanyakannya berlegar di sekitar teknologi yang semakin memudahkan kehidupan kita.
Baru-baru ini, penyelidik di Universiti McGill, Kanada, menggunakan data penggunaan telefon pintar antara 2014 dan 2020 daripada hampir 34,000 peserta di seluruh dunia.
Senarai Negara Dengan Kadar Ketagihan Tertinggi
China dilaporkan mempunyai kadar ketagihan yang paling tinggi,diikuti Arab Saudi dan Malaysia. Manakala Jerman dan Perancis pula mempunyai kadar ketagihan yang paling rendah.
Ads
Kajian tersebut diterbitkan dalam jurnal Computers in Human Behavior.
“Kami menjalankan meta-analisis penggunaan telefon pintar yang bermasalah, memberi tumpuan kepada golongan belia.
“Penggunaan telefon pintar bermasalah meningkat di seluruh dunia antara 2014 dan 2020, dan kami menjangkakan trend ini akan berterusan,” tulis pasukan itu dalam kertas laporan kajian mereka.
Peserta kajian berumur 15 hingga 35 tahun, dengan purata umur keseluruhan adalah 28.8 tahun, dan kebanyakan peserta adalah wanita (60 peratus).
Ads
Tambah mereka, masalah ketagihan dalam penggunaan telefon pintar yang semakin meningkat itu boleh membawa kesan psikologi.
Mereka berharap keputusan itu akan membantu penyelidik dan pembuat dasar dalam mengukur serta meramalkan masalah penggunaan telefon pintar dan cara menanganinya dengan berkesan.
Adakah bagi korang selaku golongan remaja merasakan masalah ini sangat meruncing dan ketara?
Bagi REMAJA, walau apa jua teknologi atau peranti yang kita gunakan tidak perlu sampai ada rasa ‘ketagih’. Kita sudah dengar sebelum ini beberapa kes di negara China yang menyebabkan kematian akibat bermain permainan video komputer terlalu lama. Begitu juga dengan penggunaan telefon pintar dan gajet.
Ads
Ingat, jadilah remaja yang pandai membahagikan masa. Gunakan telefon pintar dan gajet sebagai pemangkin untuk kehidupan kamu lebih senang, berpengetahuan dan berilmu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tubuhnya mungkin kelihatan kecil sahaja di atas podium semasa menerima kalungan pingat emas. Kecil-kecil cili padi, atlet angkat berat remaja Indonesia, Luluk Diana Wijayana hari ini telah membuktikan saiz tubuh dan usia mudanya tidak sesekali menjadi halangan untuk muncul juara.
Bertempat di Kejohanan Remaja Dunia International Weighlifting Federation (IWF) yang kini sedang berlangsung di Leon, Guonojuoto dekat Mexico, Luluk yang baru berusia 16 tahun telah diangkat sebagai juara dunia dalam kategori 49 kilogram (kg) wanita setelah melakukan jumlah angkatan 170 kg; 75 kg menerusi angkatan snatch manakala 95 kg lagi menerusi clean & jerk.
Dengan angkatan memberangsangkan itu, Luluk sekaligus mengenepikan saingan terdekat dari Poland, Oliwia W. Drzazga yang memenangi pingat perak setelah melakukan jumlah angkatan 161 kg dan atlet tuan rumah, Gonzalez J. Lopez yang berpuas hati dengan pingat gangsa setelah melakukan jumlah angkatan 153 kg.
Sedikit info menarik mengenai Lulu; remaja yang dilahirkan pada 9 Ogos 2005 di Pacitan, Jawa Timur ini sejak muda telah menetapkan misi yang lebih jauh sebenarnya daripada kejohanan remaja dunia ini.
“Saya amat berbangga dapat memberikan hasil terbaik untuk Indonesia pada kali ini dan (kemenangan ini) meningkatkan motivasi saya untuk tampil di Sukan Olimpik akan datang,” katanya.
REMAJA merasakan persatuan sukan di Malaysia boleh mengambil contoh daripada usaha persatuan di negara seberang itu yang kini gigih melatih serta memberi peluang kepada angkatan atlet remaja mereka untuk bergelar wakil negara di kejohanan berprestij seperti ini.
Ia penting agar Malaysia terus dilengkapi generasi pelapis yang terlebih awal telahpun bersedia untuk memberi tentangan sengit apabila nama mereka ‘naik’ sebagai wakil negara kelak.
Untuk pengetahuan, Kejohanan Remaja Dunia IWF ini disertai oleh 205 atlet angkat berat remaja dari 39 buah negara; 115 terdiri daripada atlet perempuan manakala 90 lagi adalah atlet lelaki.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Personaliti seseorang itu boleh dilihat daripada zodiak atau bulan kelahiran mereka. Tidaklah kami mengatakan ianya adalah 100 peratus betul, tapi karakter-karakter ini dikaji mengikut pemerhatian sekeliling.
Bagi mereka yang lahir pada bulan November, agak-agaknya macam mana pula karakter korang ya?
Antara selebriti yang lahir pada bulan ini termasuklah Yuna, Mimi Lana, Sherry Al-Hadad, Pasha Ungu, Jungyeon TWICE dan Minhyuk MONSTA X.
Jom kita lihat berdasarkan kajian yang telah dibuat.
1. Banyak idea
2. Sukar untuk difahami sikapnya
3. Berfikiran kehadapan
4. Berfikiran unik dan bijak
5. Penuh dengan idea-idea baru yang luar biasa
6. Pemikiran yang tajam
7. Daya firasat yang sangat halus dan tinggi
8. Cermat dan teliti
9. Personaliti dinamik
10. Sifat perahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia
11. Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra
12. Tak suka marah kecuali digugat
13. Mudah ambil berat terhadap orang lain
14. Pandai muhasabah diri
15. Cara berfikir lain daripada orang lain
16. Pandai mendorong diri sendiri
17. Romantik
18. Suka duduk rumah
19. Bercita-cita tinggi
Apa lagi guys, tag rakan korang yang lahir bulan November!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sama seperti arus peredaran fesyen, modifikasi kereta juga sentiasa berevolusi mengikut peredaran zaman dan trend..
Mesti korang pernah je lihat tayar ‘kangkang’ atau ‘képak’ di jalan raya kan?
Untuk info, tayar yang terkangkang ini dipanggil HellaFlush atau Stance menjadi ikutan “kaki modifikasi”. Jika dilihat, kereta yang telah bertukar kepada HellaFlush seolah-olah merayap di atas jalan raya dengan badan kereta bergesel dengan tayar. Ada juga yang membuatnya menjadi begitu ekstrem sehinggakan tayar kereta menjadi terkangkang.
Namun, baru-baru ini menurut Polis Diraja Malaysia, penggunaan tayar jenis itu boleh dikenakan denda sehingga RM2,000 atau penjara tidak lebih daripada enam bulan.
Tindakan ini diambil mengikut Seksyen 6, Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Peraturan 138, Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 170/59 , iaitu ubah suai kenderaan tanpa kebenaran Jabatan Pengangkutan Jalan.
Perkara tersebut dikongsikan melalui laman Facebook mereka yang turut menyebut pengubahsuaian tersebut boleh menyebabkan kegagalan sistem keselamatan dan brek yang tidak berfungsi dengan cekap.
Menurut careta.my, istilah HellaFlush dikatakan telah dicipta oleh Fatlace yang pada asalnya sebuah bengkel modifikasi kereta di Amerika Syarikat dan kini telah menjadi satu jenama yang cukup terkenal. Perkataan “Hella” bermaksud “banyak” manakala “Flush” pula merujuk kepada sama atau rata dalam konteks pemasangan tayar dengan chasis dan fender.
Hanya sehari sebelum dilangsungkan, acara One Love Music Festival yang dijadualkan menghiburkan pengunjung selama 12 jam berturut-turut di MAEPS, Serdang esok terpaksa dibatalkan.
Penganjurnya, Tuff...