China Paling ‘Ketagih’ Telefon Pintar Di Dunia, Orang Malaysia Tak Kurang Hebat!

Share

Bayangkan hidup korang tanpa telefon pintar. Tentu ia agak sukar dan tak dapat dibayangkan. Bukan hanya golongan remaja malah rakyat Malaysia rata-rata kini mempunyai telefon pintar dan menggunakan Internet. Segala aktiviti yang dilakukan kini kebanyakannya berlegar di sekitar teknologi yang semakin memudahkan kehidupan kita.

Semuanya ada dihujung jari!

ARTIKEL BERKAITAN : Cara Buat Resume Guna Aplikasi Di Telefon Pintar, Lebih Mudah & Cepat

Baru-baru ini, penyelidik di Universiti McGill, Kanada, menggunakan data penggunaan telefon pintar antara 2014 dan 2020 daripada hampir 34,000 peserta di seluruh dunia.

Senarai Negara Dengan Kadar Ketagihan Tertinggi

jurnal Computers in Human Behavior

China dilaporkan mempunyai kadar ketagihan yang paling tinggi,diikuti Arab Saudi dan Malaysia. Manakala Jerman dan Perancis pula mempunyai kadar ketagihan yang paling rendah.

Kajian tersebut diterbitkan dalam jurnal Computers in Human Behavior.

“Kami menjalankan meta-analisis penggunaan telefon pintar yang bermasalah, memberi tumpuan kepada golongan belia.

“Penggunaan telefon pintar bermasalah meningkat di seluruh dunia antara 2014 dan 2020, dan kami menjangkakan trend ini akan berterusan,” tulis pasukan itu dalam kertas laporan kajian mereka.

Peserta kajian berumur 15 hingga 35 tahun, dengan purata umur keseluruhan adalah 28.8 tahun, dan kebanyakan peserta adalah wanita (60 peratus).

Foto Via Pexels

Tambah mereka, masalah ketagihan dalam penggunaan telefon pintar yang semakin meningkat itu boleh membawa kesan psikologi.

Mereka berharap keputusan itu akan membantu penyelidik dan pembuat dasar dalam mengukur serta meramalkan masalah penggunaan telefon pintar dan cara menanganinya dengan berkesan.

Adakah bagi korang selaku golongan remaja merasakan masalah ini sangat meruncing dan ketara?

Bagi REMAJA, walau apa jua teknologi atau peranti yang kita gunakan tidak perlu sampai ada rasa ‘ketagih’. Kita sudah dengar sebelum ini beberapa kes di negara China yang menyebabkan kematian akibat bermain permainan video komputer terlalu lama. Begitu juga dengan penggunaan telefon pintar dan gajet.

Ingat, jadilah remaja yang pandai membahagikan masa. Gunakan telefon pintar dan gajet sebagai pemangkin untuk kehidupan kamu lebih senang, berpengetahuan dan berilmu.

Sumber: Astro Awani

BACA LAGI : Main Kutu Cara Selamat, Guna Akaun Bank Sendiri Tolak Duit Setiap Bulan

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Nana