Tragedi tak jadi kahwin boleh jadi mimpi buruk kepada setiap wanita, lebih-lebih lagi dengan lelaki yang paling mereka sayang.
Bukan cerita dongeng, kisah ini memang benar berlaku dalam masyarakat kita. Lebih tragis lagi bila tiba hari pernikahan, tapi si pengantin lelaki tidak munculkan diri. Ini yang berlaku kepada Anna (bukan nama sebenar) yang turut berkongsi pengalaman dukanya kira-kira tiga tahun yang lepas.
Perkenalan yang cukup singkat, pertama kali bertemu dengan lelaki tersebut di majlis perkahwinan sepupunya menjadi bibit permulaan kisah cinta mereka. Seminggu selepas majlis, pada first date mereka, A (bukan nama sebenar) ingin berjumpa dengan ibu dan ayah Anna dan memberitahu bahawa dia ingin menjadikan Anna sebagai isteri.
Mama saya terima jika saya terima. Ok, at the same time saya beritahu dia, nak juga kenal dengan mama abah and family dia… Mak dia terus tanya saya belajar sampai mana, kerja ke tak? Dia cakap dekat mak dia. Nanti dia tak nak isteri dia kerja. So ok la kot. Mak dia boleh terima dengan kehendak anaknya. Ok, kami start moving forward terus berkenalan keluar dating same macam org lain. Sepanjang perkenalan kami, kami takde la gaduh-gaduh besar. Cuma gaduh manja je. Sampai satu masa dia kena pergi training anggota unit beruniform.
Masa inilah ramai yang mula mengatakan bahawa Anna desperate. Nak dipendekkan cerita, keluarga A menghantar rombongan meminang dan kebetulan masa tu juga si A baru habis training dan dapat posting kerja. Biasalah kalau anggota beruniform, nak kahwin pun kena buat permohonan kepada pihak atasan.
Ads
So, dia buat permohonan tarikh kahwin yang ditetapkan sendiri. Bukan dari saya. Then, dia beritahu pada keluarga saya tetapi saya tak tahu yang tarikh tersebut belum mendapat kelulusan dari pihak atasan untuk buat majlis akad nikah. Tak sampai sebulan sebelum tarikh tersebut, A baru beritahu yang tarikh tu belum diluluskan lagi. Saya dah prepare apa yang patut, walaupun buat persiapan last minit. Tapi, saya tak nak salahkan A.
Mungkin dia ingat sempat lulus. Saya tunggu pihak keluarga lelaki datang berbincang elok-elok atas masalah yang kami hadapi ini tapi tu la, tak ada tindak balas daripada pihak mereka. Saya memang tak sedap hati dah. A nak balik untuk terangkan apa yang terjadi tapi tak dapat, atas kekangan kerja dan memang tak dapat cuti.
Keluarga A pun tak nak datang untuk ceritakan apa yang berlaku sebenarnya. Mak dia memang tak suka saya sebab saya tak ada pekerjaan tetap. Pernah jugalah kena sindir tapi saya buat tak tahu je.
Ads
Bila menjelang hari perkahwinan kami, A ada menelefon Mama dan menyatakan memang tarikh tak lulus untuk kami akad nikah, tapi nak buat macam mana, majlis tetap diteruskan sebab kami dah jemput orang. Buatlah macam makan-makan tapi pengantin tak ada. Hehe..
Orang datang majlis saya dengan air mata bila tahu cerita sebenar. Ramai yang bagi kata-kata semangat. Pihak lelaki memang tak datang. Senyap tanpa khabar berita. Kami memang handle sendiri majlis sehingga selesai.
Tiba-tiba, 15 hari selepas itu saya dapat panggilan daripada mak lelaki tersebut yang mengatakan permohonan perkahwinan kami baru diluluskan oleh pihak atasan. Tapi, saya menolaknya dengan baik. Saya bagi tahu mak dia, carilah jodoh yang terbaik untuk anaknya. Mungkin kami memang bukan ditakdirkan bersama.
Ads
Gadis ini bangkit semula kerana dikelilingi oleh orang-orang yang banyak memberikan sokongan dan kata-kata semangat buatnya. Alhamdulillah, dia tidak mengambil masa yang lama untuk move on. Baginya, Allah tidak akan hilangkan orang yang kita sayang, malah akan menggantikan dengan yang lebih baik.
A pun ada meminta maaf kepada Anna tentang semua yang telah terjadi ini. Tiada dendam di antara mereka dan apa yang berlaku ini sedikit pun tidak membuatkan Anna berasa serik atau fobia untuk bercinta lagi. Tapi mengakui bahawa selepas ini dia akan lebih berhati-hati untuk memilih pasangan.
Untuk wanita di luar sana, nasihatnya sebelum nak cari bakal suami, pastikan kenal terlebih dahulu dengan keluarga mereka. Bercinta dengan keluarga, barulah bercinta dengan anaknya. Hehe!
Semoga kisah ini dapat dijadikan pengajaran untuk kita semua. Tak kiralah apa yang terjadi, langsung tidak simpan dendam pada bekas pasangan. InsyaAllah kami doakan agar Anna dapat berjumpa dengan calon suami yang boleh menjaganya nanti.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tidak disangka, penyanyi JoJo yang terkenal dengan lagu hit seperti Leave dan Too Little Too Late telah dewasa! Terkini, JoJo baru sahaja bersetuju untuk mengahwini teman lelaki yang juga bergelar pelakon, Dexter Darden setelah dia melamarnya pada Hari Natal lalu.
Menerusi hantaran di Instagram, JoJo tidak menunggu lama untuk berkogsi berita gembira tersebut dengan para peminatnya. Disertakan dengan kapsyen berbunyi, “forever with YOU? Sign me UP,” JoJo jelas kelihatan gembira and truly in love.
“Saya menyabut Hari Natal sebagai seorang tunang orang!!! Insan yang paling prihatin, kreatif, positif, kacak, kuat, penyayang dan selalu membuatkan saya bersemangat telah melamar saya untuk mengahwininya. Jadi tentunya saya katakan YAAA!!!”
Pasangan tersebut turut memuat naik momen istimewa tersebut dalam bentuk foto dan video serta pandangan lebih dekat terhadap cincin pertunangannya. Antara insan lain yang juga ada di sana untuk menyambut berita gembira itu bersama-sama mereka ialah ibu kepada kedua-dua pasangan sama cantik, sama pada itu.
Rasanya kita semua di Malaysia mengenali siapakah gerangannya penyanyi bernama JoJo kerana kita membesar dengan lagu-lagu nyanyiannya. Namun bagaimana pula dengan Dexter Darden? Siapakah sebenarnya lelaki yang berjaya menambat hati JoJo ini?
Jom lihat lima fakta menarik mengenainya :
01
Dexter mula dikenali dalam dunia lakonan Hollywood menerusi filem The Maze Runner sebagai Frypan.
Menariknya, dia juga berbakat sebagai seorang penyanyi dan penari! Katanya kepada majalah Schon!, dia bersyukur kerana dahulunya berpeluang untuk terlibat dala projek Saved by the Bell di mana di dapat mempamerkan bakatnya yang pelbagai itu.
02
YA, Dexter telah dipilih untuk melakonkan watak DeVante dalam projek reboot Saved by the Bell yang kini bakal memasuki musim kedua di platform Peacock. Dia berharap agar kemunculan semula drama retro popular ini akan diterima oleh penonton.
03
Dexter tidak cuba menyembunyikan rasa cintanya kepada bakal isterinya itu. Semasa sambutan hari kelahiran JoJo a pada 20 Disember lalu, pelakon itu telah meluahkan perasaannya kepada teman wanitanya yang kini bergelar tunangnya dengan berkata.
“Selamat Hari Jadi Kepada Bintang Paling Menyerlah Di Dunia Saya, Wanita Yang Membuatkan Saya Bahagia @iamjojo! Terima kasih kerana selalu memberikan cabaran kepada saya dan meminta saya untuk terus memperbaiki diri sebagai seorang lelaki serta membuatkan saya selalu tersenyum.”You are Gift from God to the world and the best present I have ever received.”
04
Semasa sambutan hari kelahiran tersebut, Dexter telah mengejutkan JoJo dengan menerbangkan kedua-dua belah keluarga mereka dan rakan-rakan rapat ke Puerto Rico. Sweet-nya!
05
Untuk pengetahuan, Dexter ialah seorang yang aktif dalam pergerakan Black Lives Matter sejak tahun 2020. Sewaktu bulan Mei tahun lalu ketika negara Amerika Syarikat bergelut dengan isu perkauman itu, Dexter telah menulis satu puuiasi bejudul Silence bagi memberikan sokongan tidak terhingga kepada kaum African-American di sana.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Lain benar sifat dan tingkah laku rapper terkenal, Ye aka Kanye West selepas beliau dan bekas isteri, Kim Kardashian memutuskan hubungan sebagai suami isteri pada tahun lalu.
Siri tingkah laku pelik Ye semakin menjadi-jadi pada bulan Februari ini terutamanya menghampiri tarikh sambutan Hari Kekasih yang baru berakhir semalam.
Ye dilaporkan telah memohon agar Kim dan anak-anak mereka kembali ke pangkuannya demi menjadi sebuah keluarga bahagia semula menerusi beberapa muat naik di Instagram semalam.
Dalam salah satu hantaran yang dilakukannya secara tiba-tiba itu, Ye berkata ini bukanlah satu lagi siri perangai peliknya di media sosial tetapi ia merupakan doa yang dipohonnya agar mereka dapat memperbaiki hubungan yang terputus di tengah jalan.
“God please bring our family back together.”
Malah dalam salah satu hantaran tular di Twitter kini, ramai memperkatakan mengenai foto sebuah kereta pacuan empat roda yang dipenuhi dengan bunga di bahagian belakang; kononnya ia adalah pemberian Ye kepada Kim dengan tulisan berbunyi, “Visi saya adalah jelas,” merujuk kepada keinginannya untuk kembali bersama.
Episod ‘tidak boleh move on’ oleh Ye ini semakin memuncak susulan hubungan Kim bersama kekasih baharunya yang juga merupakan bintang program Saturday Night Live, Pete Davidson telah menjadi rasmi.
Ye didapati telah mencerca Pete selain sanggup mengenepikan peluang kolaborasi bersama rapper, Kid Cudi bagi album akan datangnya, Donda 2 hanya disebabkan Cudi berkawan baik dengan Pete.
Biarpun Ye mencuba sedaya upaya untuk mendapatkan perhatian Kim, bintang sosialit dan usahawan kosmetik itu langsung tidak terkesan dengan drama yang dicetuskan Ye.
Kim, 41 dilaporkan menghabiskan Hari Kekasih semalam bersama Pete, 28. Menurut laporan Page Six, Pete telah meyewa kamar teratas di Carlyle Hotel New York dan memenuhkan ruangan kamar tersebut dengan hadiah barangan mewah dan bunga.
Well, kalau korang diberi pilihan untuk mendapat bunga di atas trak atau di dalam bilik hotel premium, mestilah korang pilih bilik hotel kan? Hehe..
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kalau sudah hati terpaut, apa jua halangan dan cabaran pasti boleh ditempuhi.
Itulah perumpamaan yang tepat berhubung keputusan seorang gadis kelahiran Malaysia bernama Illi Najwa Saddique yang berlepas dari Kuala Lumpur ke New Delhi demi mengahwini kapten pasukan hoki India, Manpreet Singh Pawar, semalam.
Mengikut perancangan awal pasangan itu, perkahwinan mereka sepatutnya dilangsungkan pada bulan April lalu di Ludhiana.
Ia bagaimanapun terpaksa ditangguhkan sehingga semalam berikutan merebaknya wabak Covid-19 baik di Malaysia dan juga di India.
Love surely conquers all things else.
Illi dan Manpreet tidak berputus asa dan tetap cuba untuk melangsungkan perkahwinan mereka pada tahun ini juga di perkampungan Mihapur dekat Jalandhar, Punjab.
Illi berusaha mendapatkan perlepasan khas daripada pihak kerajaan Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri India. Urusan ini dipermudahkan lagi setelah kerajaan mula melonggarkan sekatan perjalanan ke luar negara baru-baru ini.
Menurut laporan Olympic Channel, Illi yang juga pernah bergelar pemain hoki kebangsaan wanita Malaysia telah bertemu Manpreet untuk kali pertama semasa perlawanan hoki Piala Sultan Johor pada tahun 2012. Pada masa itu, Manpreet merupakan kapten kepada pasukan remaja India.
Hubunganmereka berdua bertambah serius setelah dipertemukan semula ketika perlawanan Piala Kejuaraan Sultan Azlan Shah di Ipoh, tak lama selepas itu.
Pada Februari 2014, mereka mengambil keputusan untuk mengikat tali pertunangan.
Apabila ditanya mengenai perancangan mereka selepas ini memandangkan masing-masing berasal dari dua negara berbeza, Illi yang kini bertugas di sebuah universiti swasta di Malaysia akan terus menyokong suaminya yang dijangka mengambil tugas sebagai kapten pasukan hoki India di Sukan Olimpik Tokyo 2021.
Haihh, sweet-nyalah hai. Ibarat jalan cerita filem Dilwale Dulhania Le Jayenge pula.
Cumanya kali ini, pengantin perempuan yang terbang ke India, hiks!
Hutang...Urgh, sebut sahaja tentang budaya berhutang hati terus jadi tak keruan. Kata orang disebabkan hutang, hubungan antara ahli keluarga dan rakan karib pun boleh...