
Kemunculan hadirin lelaki ke sebuah acara nyanyian yang berlangsung semalam dalam persalinan menyerupai wanita telah mendatangkan kekecewaan kepada ramai pihak.
Ia seolah-olah melihatkan generasi muda kini tidak lagi merasa malu dan segan untuk memilih pola berpakaian sebegitu. Fesyen bagi mereka dilihat sebagai satu cara mengekspresikan diri. Tidak kurang juga yang beria berfesyen untuk menyokong artis kegemaran mereka.
Lantas, beberapa golongan agamawan memilih untuk menegur tren sebegitu dan berharap ia tidak dinormalisasikan di negara seperti Malaysia yang majoritinya merupakan penganut agama Islam.
Salah seorang daripadanya ialah pendakwah, Ustazah Asmak Husin yang berpendapat tindakan lelaki berpakaian seakan wanita ke acara tersebut boleh mendatangkan kesan yang lebih parah apabila masyarakat satu hari nanti mula merasa biasa dengan trend tersebut.
“Ada juga saya tengok asalnya tidaklah nampak perempuan sangat pakaiannya. Tetapi semalam ada yang melebih-lebih dengan cara jalannya dan lain-lain. Inilah yang dinamakan normalisasi.
“Orang dulu walaupun lembut tetap berpenampilan lelaki dan jantan.
“Orang sekarang tak lembut tapi melebih-lebih keperempuannya mungkin disebabkan normalisasi masyarakat
“Apatah lagi disokong pula oleh kumpulan hak asasi yang sudah berani bertindak melalui undang-undang dengan alasan hak asasi setiap manusia,” kupasnya.
Teguran tersebut kata pendakwah itu lagi dibuat atas rasa sayang terhadap masyarakat kita. Ibarat pesanan oleh golongan yang lebih berusia kepada anak-anak muda, Ustazah Asmak berharap agar ibu bapa turut memainkan peranan memantau cara anak mereka berpakaian sejak usia kecil.
“Pantaulah apa yang anak lihat khususnya di media sosial, cara pergaulan, cara berpakaian termasuk bangga dengan penampilan fitrah perempuan dan lelaki,” katanya lagi.
Rasulullah SAW bersabda: “ALLAH melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki.” (Hadis Riwayat Al-Bukhari)
PU Syed Gesa Jakim Ambil Tindakan
Sementara itu, seorang lagi pendakwah bebas iaitu PU Syed berharap agar Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dapat mengambil tindakan terhadap individu dan penganjur.
Menerusi hantaran video di Facebook pada Isnin, Syed atau nama penuhnya Syed Mohd Bakri Syed Ishak berkata perbuatan segelintir penonton lelaki memakai pakaian seakan wanita di acara tersebut adalah ibarat menormalisasikan dosa.
Segala perbuatan yang menzahirkan penampilan yang mengelirukan adalah dilarang sama sekali. Malah, Rasulullah juga melaknat mereka yang berpakaian bercanggah dengan jantina asal mereka.
Ingat gaiss, berhibur juga ada batasannya. Tidak salah untuk menyokong penyanyi kegemaran korang tetapi tidak perlulah sehingga tampil seakan penyanyi tersebut walaupun berlainan jantina.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.