‘Orang Ganu’ Tak Lepaskan Peluang Pandu Di Jambatan Angkat, Trafik Bertambah-Tambah

Share

 

Sebagai sebahagian daripada Kuala Terengganu City Centre (KTCC), jambatan angkat atau Drawbridge baru di Kuala Terengganu dilihat menjadi tarikan baru warga kota yang sudah pulang beraya ke sana.

 

Jumlah pengguna trafik yang melalui jambatan bernilai RM248 juta itu dijangka akan meningkat naik pada hari Raya pertama dan kedua.

Ia kini dibuka khas kepada orang awam bermula jam 7 pagi, dari 2 hingga 17 Jun sebagai tempoh percubaan.

Sepanjang bulan Ramadan lalu, orang awam dilihat sudah lebih awal excited untuk berbuka puasa secara berkelah di kawasan lapang berdekatan jambatan angkat, persis berkelah di London Bridge UK.

Suasana di sana semakin meriah sejak kelmarin setelah laluan mula dibuka untuk pengguna trafik.

Tambahan pula dengan situasi peniaga di Dataran Shahbandar Kuala Terengganu yang giat menawarkan harga barangan Raya murah, lagi ramailah yang tertumpu untuk melalui jalan yang menghubungkan muara selatan di pusat bandar raya Kuala Terengganu dan muara utara di Seberang Takir ini.

*

Bagaimanapun, tindakan segelintir penduduk yang membiarkan sisa plastik dan bekas makanan di tepian jalan padang serta kawasan berhampiran jambatan selepas berbuka puasa adalah mengecewakan.

Benda simple je, lebih senang bersihkan sampah sendiri dan bawa pulang. Tak perlulah hanya beberapa orang pekerja ni yang perlu bersusah payah mengutip sementara kita pula senang-senang membuang begitu saja.

Untuk pengetahuan, sebanyak 12 matrik sampah dibuang pada setiap hari terutamanya selepas berbuka puasa.

Jadi bagi ‘orang Ganu’ atau pelancong luar yang ke Kuala Terengganu pada minggu Aidilfitri ini, pastikan kebersihan kawasan sekeliling dijaga terlebih dahulu okay. Kita mentaliti kelas pertama kan?

 

Published by
FZ