Kontroversi yang melanda personaliti dan usahawan, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman (Sajat) yang kononnya nekad keluar daripada agama Islam kerana tekanan yang dihadapinya selama ini telah mendapat reaksi pelbagai pihak.
Ini termasuklah Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Dr. Zulkifli Mohd Al-Bakri yang diminta untuk mengulas berkenaan isu tersebut, hari ini.
Untuk pengetahuan, Sajat semalam telah melakukan sesi Instagram Livve di mana dia berkata adalah lebih ‘afdal’ untuknya keluar saja dari agama Islam.
“Saya cakap ini bukan saya nak mengugut ke tak. Secara sumpah demi nama saya, nama ayah saya, nama mak saya, saya dah tak nak menjadi orang Islam.
“Saya tak main-main, saya cakap betul,” katanya dalam video berdurasi 1 minit 45 saat itu.
Ads
Justeru, Dr Zulkifli yang sebelum ini pernah memberi peringatan kepada Sajat ingin mengingatkan semula Sajat mahupun orang Islam secara amnya agar tidak sesekali bergurau dengan kenyataan serta niat untuk murtad.
“Bukan hanya untuk saudara Sajat saja tetapi kepada semualah.
Ads
“Kalimah untuk keluar Islam atau murtad bukanlah satu kalimah yang kita boleh buat gurauan. Tapi kita hendaklah merasakan izzah atau mulia apabila kita memeluk agama Islam dengan syahadah yang kita lafazkan.. ikrar yang kita janjikan.
“Perkara ini sepatutnya kita pandang serius kerana ia merupakan tunjang kepada agama Islam,” ulas beliau kepada Berita TV Al-Hijrah.
Sambil itu, beliau turut menyerahkan isu ini kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk menanganinya kerana kes tersebut masih dalam siasatan jabatan berkenaan.
Sebagai manusia dan mahkluk Allah, kita tidak akan terlepas daripada melakukan kesilapan. Namun sejahat mana sekalipun seseorang Muslim itu, janganlah sesekali bertindak atau berniat untuk keluar daripada agama Islam.
Salah seorang warganet juga turut menasihati semua orang agar kita sentiasalah cuba untuk berubah menjadi lebih baik. “Jika tidak sempat berubah, sekurang-kurangnya biarlah kita meninggal dalam agama Islam.”
Terdahulu, Sajat pernah mencetuskan kontroversi awal tahun ini apabila dia mendakwa dirinya sedang berdepan isu depresi perasaan.
Bila sebut sambal belacan pasti terbayang keenakan rasanya. Sambal belacan sering kali menjadi penyedap rasa kepada makanan kita ambil malah tanpa sambal belacan, rasa masakan tidak sedap. Rupanya sambal belacan bukan sekadar penyedap rasa, ia baik untuk usus kerana ada probiotik. Perkongsian dari Dr Norman Norawi ini pasti buat penggemar belacan tersenyum gembira. Baca perkongsiannya.
BELACAN DAN PROBIOTIK
Belacan adalah makanan yang tidak asing dalam masyarakat Melayu. Ia adalah sebahagian daripada bahan yang digunakan secara meluas dalam masakan masyarakat Melayu dan Baba Nyonya. Ia di letakkan dalam sambal untuk menambahkan perisa dan aromanya. Ia juga di buat sambal dengan mencampurkannya dengan cili api yang di tumbuk atau di kisar dan di perah asam limau.
Ia di buat daripada udang geragau atau udang kecil yang ditumbuk halus dengan garam dan dibiarkan untuk di peram atau proses fermentasi sebelum di gunakan. Ia juga di bakar sedikit sebelum di gunakan untuk menaikkan aromanya dalam masakan atau sambal.
Kajian , menunjukkan belacan juga mengandungi kuman baik probiotik daripada jenis asid laktik bacilli (LAB). Kajian menunjukkan terdapat 219 jenis bakteria yang berjaya dikenali daripada 27 sampel belacan yang di uji dan 166 adalah jenis LAB dan 13 adalah jenis bakteria baik probiotik yang tahan asid perut dan boleh sampai ke usus contohnya lactobacillus casei.
Pengambilan belacan asli adalah baik untuk kesihatan usus kerana kandungan probiotiknya boleh tahan proses penghadaman dan akan sampai ke dalam usus besar.
Tetapi pengguna harus berhati-hati dengan belacan yang diletakkan dengan bahan perwarna Rhodamine B yang boleh menyebabkan kanser . Selalunya belacan yang diletakkan bahan ini mempunyai warna kemerahan yang cantik dan sekata.
Belacan juga boleh menyebabkan masalah allergy dan alahan, oleh itu pengguna yang ada masalah allergi kepada udang dan belacan mesti mengelakkan pengambilannya.
Dr Norman Mohd Norawi
MBBS,MSc(UCSI),MNM(ACNEM), FAGE
Rujukan: 1. Mohd Adnan, A.F. & I.K.P. Tan. 2007. “Isolation of Lactic Acid Bacteria from Malaysian Foods Assessment of the Isolates for Industrial Potential”. Bioresour Technol. Vol. 98. p. 1380-138 2. Tesfaye, A., T. Mehari & M. Ashenafi. 2011. “Evaluation of The In VitroProbiotics Qualities of Lactic Acid Bacteria (LAB) Recovered From Locally Fermented Product”. Int J Probiotics Prebiotics. Vol. 6. p. 101-108. 3. Haitham Ar, Zaiton H, Norrakiah As, Huda-Faujan N. Assessment Of Potential Probiotic Properties Lactic Acid Bacteria From Shrimp Paste Or Belacan. Proceedings of 52ndThe IRES International Conference, Kuala Lumpur, Malaysia,5th-6thNovember 2016, ISBN: 978-93-86291-27-1. 4. [http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=322969 Larangan Penggunaan Bahan Pewarna Rhodamine B Dalam Belacan
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Merokok merupakan salah satu punca seseorang individu itu mendapat penyakit berbahaya dan ia secara tidak langsung memberikan kesan buruk kepada perokok. Apa yang lebih membimbangkan, ada yang mula menghisap rokok sewaktu di bangku sekolah lagi. Hal ini menunjukkan satu gaya hidup yang tidak sihat telah berlaku dalam masyarakat kita.
Tular di media sosial berkenaan gambar serta video seorang vokalis kumpulan nyanyian berjalan di pentas Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) dengan menyelitkan sepuntung rokok di jarinya.
Lebih mengecewakan, perbuatan tersebut sememangnya dilarang dilakukan di tempat awam dan akan menjadi contoh tidak baik terutama buat golongan muda.
“Menunjukkan Contoh Yang Tidak Baik…”
Tindakan Noh Salleh kemudian mendapat teguran oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah (DG Hisham) menerusi kenyataan rasmi di laman Twitter beliau. DG Hisham memandang serius isu berkaitan artis yang menonjolkan tingkah laku seperti merokok dan menghisap vape di khalayak ramai.
Malah, menurut DG Hisham beliau turut menyeru masyarakat termasuk artis dan selebriti untuk membantu pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjadikan budaya merokok satu budaya yang tidak diterima dalam kalangan masyarakat.
Sebelum ini, Noh pernah mencetus sensasi gara-gara selamba menghisap rokok elektronik ketika ditemu bual media dalam sebuah acara sekitar Julai lalu.
*
Satu pesanan dari REMAJA, confirm tak hilang macho korang kalau tak hisap vape atau rokok di khalayak ramai.
Sumber : Twitter Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah (DG Hisham)
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dua penuntut Malaysia yang mewakili pasukan debat Universiti Pengajian Antarabangsa Beijing (BFSU) muncul johan dalam Pertandingan Debat Bahasa Mandarin Pelajar Antarabangsa di China.
Education Malaysia Beijing (EMB) dalam kenyataannya berkata, Nur Afifah Elias dan Arina Safwah Jailan berjaya mempamerkan aksi debat yang cemerlang dan melayakkan diri ke peringkat akhir mewakili daerah Beijing selepas mengharungi lima pusingan dalam tempoh tiga bulan.
“Usul ‘Penularan di Media Sosial: Barah atau Penawar?’ membuktikan kesungguhan kedua-duanya berjaya menguasai Bahasa Mandarin dengan cemerlang.
“Pasukan debat BFSU dinobatkan sebagai johan sekaligus berjaya mencipta sejarah baru dalam rekod penyertaan kali ini,” katanya.
Pertandingan terbabit berlangsung dari 15 April sehingga 15 Jun lalu menyaksikan pasukan debat terdiri daripada wakil 16 universiti terkemuka di daerah Beijing yang datang dari pelbagai negara antaranya Malaysia, Jepun, Sweden dan Australia.
Mengulas lanjut, EMB berbangga dengan prestasi dan pencapaian yang ditunjukkan penuntut Malaysia.
“Ini menunjukkan kualiti dan potensi yang ada pada pelajar Malaysia setanding dengan negara-negara membangun lain.
“Semoga lebih ramai lagi penuntut Malaysia dapat mencipta kejayaan di negara tembok besar ini,” katanya.
Bermula sebagai pelakon cilik yang menghiasi layar televisyen, bakat Sweet Qismina sebagai pelakon memang tak boleh disangkal lagi.Terbaru, Sweet Qismina berkongsi dirinya berjaya menurunkan...