Berdasarkan laporan perniagaan terbaru yang dikeluarkan oleh laman web Statista, negara Jepun menduduki carta pertama gemar membeli belah menggunakan telefon bimbit selain tablet.
Dalam laporan perniagaan terbaru bernilai 130 bilion, yang dicatatkan oleh 3000 peniaga atas talian, dalam banyak-banyak negara Asia, Jepun menduduki carta teratas iaitu sebanyak 49 peratus.
Ini bermakna, kesibukan dengan kerja di mana sesiapa yang balik awal dikatakan sebagai pemalas mungkin menjadi trend mengapa penduduknya lebih gemar membeli belah menggunakan telefon bimbit.
Bukan saja sibuk dengan kerja, malah kajian terbaru mendapati, kebanyakan perempuannya tidak ghairah melakukan hubungan kelamin kerana terlalu obses dengan kerja sehingga kadar bersalin di negara itu menjadi begitu rendah.
Laporan terbaru yang dikeluarkan oleh syarikat pengiklanan digital Criteo, 30% transaksi e-dagang di seluruh dunia banyak berlaku menggunakan peranti mudah alih. Tahap pembeli juga jauh berbeza. Sementara pembeli dari negara Asia menggunakan hampir separuh daripada pembelian mereka menggunakan telefon bimbit.
Ini jauh berbeza dengan negara maju seperti Amerika Syarikat yang hanya melibatkan27 peratus sahaja. Brazil menjadi negara paling rendah menggunakan telefon bimbit dalam kira-kira satu dari empat transaksi dalam talian.
Ads
Menariknya, pembelian mudah alih sebegini, penduduk Asia dijangka akan terus menarik minat rakyat untuk membeli telefon pintar yang sudah menjadi keutamaan mereka di masa akan datang.
Jika dahulu, membeli belah hanya di kedai runcit dan pasar raya tetapi kini trend jauh berubah. Dahulu orang tidak mempercayai telefon bimbit sebagai alat membeli barangan tetapi selepas iPhone keluaran pertama dengan skrin yang lebih besar berbanding telefon lain, selain cara pembelian yang lebih dipermudahkan, sekarang membeli secara atasa lain adalah perkara biasa.
Menurut angka ComScore, pembelian produk juga bergantung pada bagaimana produk itu menarik perhatian mereka. Ternyata barangan peribadi dan permainan mencatat jumlah paling tinggi permintaannya.
Ads
Rakyat Malaysia di mana?
Disaat kita berbicara soal ekonomi yang kurang stabil, pengganguran yang semakin bertambah, rakyat Malaysia pula sebenarnya telah membelanjakan RM100 juta dalam tempoh sehari pada 11.11.2017 yang lalu.
Dipetik kenyataan dari akhbar Sinar Harian, Pengarah Ekonomi, Perdagangan dan Integrasi Serantau di Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa Malaysia (ISIS), Firdaos Rosli berkata, Malaysia adalah pasaran permainan dalam talian terbesar di Asia Tenggara di mana kira-kira RM2.45 bilion dibelanjakan dalam tempoh 10 bulan lalu,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau juga mempersoalkan sama ada penyusutan ringgit benar-benar menjadi satu isu, bagaimana rakyat Malaysia mahu menjelaskan yang dalam sembilan bulan pertama 2017, Malaysia mengimport kira-kira dua kali ganda nilai telefon mudah alih (RM6.85 bilion) berbanding kereta berenjin 1.5 hingga tiga liter (RM3.47 bilion)?
Ads
“Malah nilai import telefon mudah alih adalah lebih tinggi daripada import makanan utama kita seperti beras, susu dan krim, kopi, bawang, kelapa, kacang soya, jagung, susu tepung dan krim digabungkan! Selain itu, harga runcit produk terbabit selalunya jauh lebih tinggi,” tambahnya.
Menurutnya, pengukuhan dolar US berbanding ringgit sejak September 2014 tidak menghalang rakyat Malaysia daripada berbelanja ketika berada di seberang laut.
“Merujuk kepada data Bank Negara terbaru, pada 10 bulan pertama 2017, nilai transaksi kad kredit rakyat Malaysia di seberang laut telah meningkat daripada RM10.9 bilion pada 2015 kepada RM12.3 bilion pada 2016 dan RM13.2 bilion pada 2017. Malah, nilai pendahuluan tunai oleh kad kredit Malaysia di luar negara meningkat 68.9 peratus pada 2017 berbanding tempoh yang sama pada 2015
Firdaos berkata, bilangan urus niaga dan pembelian dalam negeri mencatatkan aliran menaik serta data menunjukkan bahawa rakyat Malaysia terus berbelanja di luar negara walaupun hidup dalam era dolar yang kukuh sejak akhir 2014.
Mungkin belum menyamai negara Jepun tetapi keghairahan rakyat Malaysia membeli belah juga mungkin akan meningkat pada masa akan datang.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Walaupun ramai di kalangan korang yang gemar untuk ‘bersiap’ dan bersolek pada setiap hari, 3 daripada 5 orang remaja perempuan akan skip langkah awal solekan iaitu bedak asas!
Bedak asas ataupun foundation merupakan alat solek yang jarang digunakan oleh remaja kerana ia 1) Melambatkan proses bersolek 2)Merimaskan kulit dan 3) Sukar untuk dipakai.
Hhm, sebenarnya mudah je nak pakai foundation ni kalau korang tahu caranya.
Pada acara pelancaran Matte Serum Foundation oleh Chriszen Malaysia pada minggu ini, penulis berkesempatan untuk mendapat beberapa tip berguna daripada jurusolek terkenal, Ayang Kamell berkenaan penggunaan foundation.
01
Pilih Warna Yang Betul
Satu masalah yang dihadapi oleh ramai perempuan semasa membeli foundation adalah mereka memilih warna yang salah. Mesti korang pernah hadapi situasi ini, semasa mencuba tester di kaunter nampak okay je warna foundation pada kulit tangan. Tapi semasa mencuba di rumah dan keluar dari rumah dengan foundation itu, muka nampak bercapuk sis!
Okay, sebenarnya warna foundation itu yang tak sesuai dengan kulit muka korang.
Pertama, sepatutnya korang mencuba foundation pada jawline dan bukannya pada belakang tapak tangan. Pilih satu jawline dan ratakan foundation di situ. Tunggu hingga 15 minit dan lihat efek warnanya. Jika tidak kena dengan warna kulit, itu bukanlah foundation untuk korang.
02
Guna Jari Je
Ramai Beauty YouTubers selalu memakai berus ketika meratakan foundation. Kita pun terikut-ikutlah nak guna berus juga. Sebenarnya, penggunaan jari adalah lebih baik! Menurut Ayang, jari kita mempunyai garisan halus (grain) yang bagus untuk meratakan foundation pada kulit muka.
Tapi kalau korang mekapkan orang lain, barulah perlu menggunakan berus kerana faktor kebersihan.
03
Terlebih Tarikh Luput
Ramai memandang rendah akan tarikh luput alat solek. Katanya, ini bukan makanan. Jadi kalau terlebih pakai seharusnya tak ada masalah. Betul ke?
Sebenarnya, kita tak dinasihatkan untuk memakai foundation melebihi tempoh yang ditetapkan. Korang boleh lihat label berbentuk tin terbuka pada botol foundation.
Jika ia menyebut 12M bermakna foundation tersebut hanya boleh digunakan untuk 12 bulan saja. 24M pula mewakili 2 tahun. Selepas tempoh tu, buang sajalah sis. Tekstur foundation pun dah tak boleh tahan lama.
04
Tak Tahan Lama
Akhir sekali, masalah yang selalu dihadapi adalah foundation mudah ‘luntur’ daripada wajah. Selain faktor berpeluh, sebenarnya tak ada alasan untuk foundation yang bagus luntur dalam tempoh 8 jam pemakaian.
Korang boleh pastikan ia kekal on fleek dengan memakai primer terlebih dahulu. Bukan saja ia membuatkan foundation tahan lebih lama, malah primer yang mempunyai kandungan serum akan memelihara liang pori sebelum korang meratakan foundation.
Secara tak langsung, kulit korang sihat dan ‘tak tersumbat’ walaupun dilapisi foundation.
Gelaran wanita paling diperkatakan sepanjang musim anugerah di Hollywood selayaknya dimahkotakan kepada pelakon filem Everything Everywhere All At Once, Tan Sri Michelle Yeoh.
Michelle, 60 telah berdepan laluan yang agak berliku bagi memenangi kategori Pelakon Wanita Terbaik di setiap anugerah berprestij yang dianjurkan. Biarpun terlebih dahulu memenanginya di anugerah Golden Globes, nasib tidak menyebelahinya sewaktu anugerah Critics Choice dan BAFTA apabila saingan terdekatnya, Cate Blanchette membawa pulang kedua-dua trofi bagi kategori tersebut.
Namun, Michelle terus mengungguli di acara Screen Actors Guild (SAGs) Awards selepas itu dan ia merupakan petanda penting untuknya memberi saingan di malam kemuncak Anugerah Akademi ataupun Oscars yang berlangsung pagi ini.
Anak kelahiran Ipoh, Perak itu seperti biasa terus positif dengan peluangnya memenangi anugerah Oscars dan demi merealisasikan impiannya (dan impian seluruh rakyat Malaysia serta penggiat seni berketurunan Asia di seluruh dunia), Michelle mengulang pakai tuah persalinan jenama fesyen dari Perancis iaitu Dior.
Tampil elegan dalam gaun labuh serba putih dengan perincian bulu, Michelle memadankannya dengan jam tangan mewah Richard Mille berwarna putih dan perhiasan berlian daripada Moussaieff Jewellers.
Sewaktu berada di anugerah SAGs, Michelle telahpun menyarungkan gaun rekaan Schiaparelli iaitu jenama Perancis terkenal yang semakin digemari ramai selebriti Hollywood kerana keunikan konsep Surrealisme yang ditonjolkan.
Namun harus diingat, ketika Michelle tewas kepada Cate di anugerah BAFTA, beliau juga pada waktu itu menyarungkan sut rekaan satu lagi jenama Perancis iaitu Dior.
Justeru, tuah Michelle untuk membawa pulang trofi anugerah Oscars dengan memakai gaun rekaan jenama Perancis pada pagi ini selari dengan ramalan ramai pengkritik fesyen – 50% boleh berpihak kepada Michelle tetapi 50% lagi boleh berpihak kepada pelakon filem Tar, Cate Blanchette.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru berusia 23 tahun namun dia sudah bergelar juara dunia, dan mengungguli beberapa pertandingan tenis antarabangsa. Siapa boleh lupa kemenangannya ke atas Serena William di pertandingan US Open pada tahun 2018 yang mencetus kontroversi apabila penonton yang berada di stadium seolah-olah bersorak sinis tidak merestui kemenangan tersebut.
Kini namanya semakin bersinar dan menjadi perhatian ramai. Naomi yang merupakan anak kacukan yang mana ibunya merupakan warga jati Hokkaido, Jepun dan ayahnya pula merupakan lelaki asal dari dari daerah Jacmel, Haiti. Memiliki dua kewarganegaraan dia membesar di AS namun bertanding mewakili negara kelahirannya iaitu Jepun.
Terbaharu, bintang muda ini telah diumumkan sebagai duta baru jenama mewah Louis Vuitton. Ini merupakan kali pertama Naomi menjadi wajah kepada jenama mewah dan dia akan menghiasi kempen musim bunga/panas 2021 Louis Vuitton oleh pereka fesyen Perancis dan juga Pengarah Kreatif jenama tersebut, Nicolas Ghesquiere.
Menurut kenyataan jenama mewah berusia ratusan tahun ini, Naomi merupakan lambang seorang wanita yang bebas, moden serta serba boleh. Dalam hantaran di laman Instagram Nicolas Ghesquiere berkata, “Naomi merupakan seorang wanita hebat yang mewakili generasinya dan juga merupakan suri teladan kepada semua. Kerjaya dan keyakinannya sangat memberi inspirasi.”
Tinjauan di Instagram Naomi pula, dia meluahkan perasaan teruja dengan pemilihannya sebagai wajah baru jenama tersebut dan dia berkongsi momen Louis Vuitton yang pernah di lalui. Kongsinya, “Saya membelikan ibu beg Louis Vuitton Ketika berusia 16 tahun sebagai hadiah harijadi kepadanya. Sejak itu ia telah menjadi tradisi. Adakah ini kitaran kehidupan? Ya!”
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hanya sehari sebelum dilangsungkan, acara One Love Music Festival yang dijadualkan menghiburkan pengunjung selama 12 jam berturut-turut di MAEPS, Serdang esok terpaksa dibatalkan.
Penganjurnya, Tuff...