Orang Jepun Gila Shopping Online, Rakyat Malaysia Tak Masuk Dalam Carta Tapi Habiskan RM100 Juta Sehari

Share

Berdasarkan laporan perniagaan terbaru yang dikeluarkan oleh laman web Statista, negara Jepun menduduki carta pertama gemar membeli belah menggunakan telefon bimbit selain tablet.

Dalam laporan perniagaan terbaru bernilai 130 bilion, yang dicatatkan oleh 3000 peniaga atas talian, dalam banyak-banyak negara Asia,  Jepun menduduki carta teratas iaitu sebanyak 49 peratus.

Rakyat Jepun lebih gemar membeli belah menggunakan telefon bimbit – kajian dari Statista

Ini bermakna, kesibukan dengan kerja di mana sesiapa yang balik awal dikatakan sebagai pemalas mungkin menjadi trend mengapa penduduknya lebih gemar membeli belah menggunakan telefon bimbit.

Bukan saja sibuk dengan kerja, malah kajian terbaru mendapati, kebanyakan perempuannya tidak ghairah melakukan hubungan kelamin kerana terlalu obses dengan kerja sehingga kadar bersalin di negara itu menjadi begitu rendah.

Laporan terbaru yang dikeluarkan oleh  syarikat pengiklanan digital Criteo, 30% transaksi e-dagang di seluruh dunia banyak berlaku menggunakan peranti mudah alih. Tahap pembeli juga jauh berbeza. Sementara pembeli dari negara Asia menggunakan hampir separuh daripada pembelian mereka menggunakan telefon bimbit.

Barang permainan dan hobi antara pembelian tertinggi dalam online shoping

Ini jauh berbeza dengan negara maju seperti Amerika Syarikat yang hanya melibatkan27 peratus sahaja. Brazil menjadi negara paling rendah menggunakan telefon bimbit dalam kira-kira satu dari empat transaksi dalam talian.

Menariknya, pembelian mudah alih sebegini, penduduk Asia dijangka akan terus menarik minat rakyat untuk membeli telefon pintar yang sudah menjadi keutamaan mereka di masa akan datang.

Jika dahulu, membeli belah hanya di kedai runcit dan pasar raya tetapi kini trend jauh berubah. Dahulu orang tidak mempercayai telefon bimbit sebagai  alat membeli barangan tetapi selepas iPhone keluaran pertama dengan skrin yang lebih besar berbanding telefon lain, selain cara pembelian yang lebih dipermudahkan, sekarang membeli secara atasa lain adalah perkara biasa.

Mungkin satu masa akan datang pusat membeli belah hanya akan dikunjungi kerana mahukan rasa sejuk dari penghawa dinginnya, bukan sebagai tempat membeli belah lagi

Menurut angka ComScore, pembelian produk juga bergantung pada bagaimana produk itu menarik perhatian mereka. Ternyata barangan peribadi dan permainan mencatat jumlah paling tinggi permintaannya.

Rakyat Malaysia di mana?

Disaat kita berbicara soal ekonomi yang kurang stabil, pengganguran yang semakin bertambah, rakyat Malaysia pula sebenarnya telah membelanjakan RM100 juta dalam tempoh sehari pada 11.11.2017 yang lalu.

Dipetik kenyataan dari akhbar Sinar Harian,  Pengarah Ekonomi, Perdagangan dan Integrasi Serantau di Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa Malaysia (ISIS), Firdaos Rosli berkata,  Malaysia adalah pasaran permainan dalam talian terbesar di Asia Tenggara di mana kira-kira RM2.45 bilion dibelanjakan dalam tempoh 10 bulan lalu,” katanya dalam satu kenyataan.

Setiap kali ada sales, jualan menjadi rancak

Beliau juga mempersoalkan sama ada penyusutan ringgit benar-benar menjadi satu isu, bagaimana rakyat Malaysia mahu menjelaskan yang dalam sembilan bulan pertama 2017, Malaysia mengimport kira-kira dua kali ganda nilai telefon mudah alih (RM6.85 bilion) berbanding kereta berenjin 1.5 hingga tiga liter (RM3.47 bilion)?

“Malah nilai import telefon mudah alih adalah lebih tinggi daripada import makanan utama kita seperti beras, susu dan krim, kopi, bawang, kelapa, kacang soya, jagung, susu tepung dan krim digabungkan! Selain itu, harga runcit produk terbabit selalunya jauh lebih tinggi,” tambahnya.

Menurutnya, pengukuhan dolar US berbanding ringgit sejak September 2014 tidak menghalang rakyat Malaysia daripada berbelanja ketika berada di seberang laut.

“Merujuk kepada data Bank Negara terbaru, pada 10 bulan pertama 2017, nilai transaksi kad kredit rakyat Malaysia di seberang laut telah meningkat daripada RM10.9 bilion pada 2015 kepada RM12.3 bilion pada 2016 dan RM13.2 bilion pada 2017. Malah, nilai pendahuluan tunai oleh kad kredit Malaysia di luar negara meningkat 68.9 peratus pada 2017 berbanding tempoh yang sama pada 2015

Rakyat Malaysia belanjakan RM100 juta sehari semasa 11/11/2017 yang lalu

Firdaos berkata, bilangan urus niaga dan pembelian dalam negeri mencatatkan aliran menaik serta data menunjukkan bahawa rakyat Malaysia terus berbelanja di luar negara walaupun hidup dalam era dolar yang kukuh sejak akhir 2014.

Mungkin belum menyamai negara Jepun tetapi keghairahan rakyat Malaysia membeli belah juga mungkin akan meningkat pada masa akan datang.

Published by
Almaswa Haji Che Ros