Korang pernah kena tak camnie.
Dapat mesej, tak subsscribe apa pun tapi duit ditolak terus dari akaun telefon korang.
Kalau pakai prepaid nampaklah duit melayang tapi bagi pengguna pra bayar, tahu-tahu dapat mesej, sejumlah duit antara RM0.50 sen hingga RM4 sudah dikenakan pada bil.
Pada korang yang pernah alami nie, rupanya ada orang kuat telco jual maklumat peribadi kita pada SMS Content Provider ya.
Dan sepandai tupai melompat, akhirnya jatuh jua ke tanah.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman empat hari tujuh individu bagi membantu siasatan kes satu sindiket yang dipercayai mengaut jutaan ringgit hasil manipulasi maklumat peribadi pengguna telefon bimbit yang ditumpaskan suruhanjaya itu semalam.
Mereka adalah antara lapan orang, merangkumi pengarah syarikat dan petugas teknikal tiga syarikat, yang ditahan dalam operasi khas SPRM di sekitar Lembah Klang.
Majistret Shah Wira Abdul Halim mengeluarkan perintah reman itu yang bermula hari ditahan hingga 25 Julai, selepas membenarkan permohonan SPRM menurut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah di Mahkamah Majistret Putrajaya, di sini.
Seorang lagi individu dibebaskan dengan jaminan SPRM.
Menurut sumber SPRM, kesemua individu tersebut disyaki terbabit, menerusi tiga syarikat yang disiasat, telah menyediakan perkhidmatan “sms content services provider” iaitu penghantaran khidmat pesanan ringkas (SMS) berbayar kepada pemegang telefon bimbit di seluruh negara.
Sumber itu berkata syarikat-syarikat tersebut yang dipercayai beroperasi sejak lima tahun lalu, menghantar SMS berbentuk promosi atau untuk perkhidmatan tertentu kepada pelanggan tanpa persetujuan pengguna dan dikenakan caj bayaran tertentu bernilai RM0.50 hingga RM4.00 bagi setiap SMS yang dihantar tanpa disedari.
Menurut sumber itu, sasaran sindiket tersebut kebanyakannya adalah pengguna prabayar.
Selain keuntungan yang dikutip secara haram daripada pengguna telefon bimbit, sindiket juga membuat tuntutan kepada syarikat-syarikat telekomunikasi (telco) sebagai caj perkhidmatan, kata sumber itu.
Tambah sumber itu, sindiket tersebut juga dipercayai menyogok kakitangan telco bagi mendedahkan nombor dan butir peribadi pengguna untuk disalahgunakan. Sumber : BERNAMA