“Ini bukan sesuatu yang menggembirakan atau konten drama. Cukup-cukuplah apa yang berlaku kepada keluarga saya kebelakangan ini.”

Demikian adalah sebahagian daripada kenyataan yang terbit daripada mulut usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri berhubung kemelut keluarga yang melanda antaranya dengan ibu tercinta, Rozita Ibrahim serta perang dingin yang tercetus antara isterinya, Datin Seri Shahida dan pelakon, Rebecca Nur Islam.

“Orang Luar Jangan Berlebihan…” Aliff Syukri Akui Tersepit Dalam Kemelut Keluarga, Tetap Gembira Ibu Kembali Berumah Tangga

Setelah lebih seminggu isu keluarga Aliff, 38 hangat diperkatakan di platform media sosial, beliau menidakkan sekiranya ia adalah sebahagian daripada taktik pemasaran demi meraih perhatian orang ramai.

Sebaliknya, beliau ingin sekali masalah ini untuk diselesaikan secepat mungkin atas rasa sayang terhadap keluarga beliau sendiri.

TERSEPIT DI TENGAH

“Saya sayang keluarga saya (dan) mak saya. Keluarga kita unik tapi penuh kasih sayang. Mereka semua sayang mak. Walaupun kami bukan satu bapa tapi kami satu ibu, satu rahim.

Ads

“Sebenarnya, saya sudah sedaya upaya untuk menutupi segala masalah yang berlaku kepada keluarga kami. Saya sebagai anak, abang dan suami tersepit dalam keadaan ini malah sukar untuk saya luahkan bila melibatkan banyak orang,” coretnya dalam entri terbaru di Instagram.

Dalam pada itu, Aliff menggesa agar orang luar yang cuba campur tangan atau menokok tambah daripada kisah sebenar untuk melupakan hasrat mereka itu. Sebaliknya pinta Aliff, cubalah menghormati institusi keluarga beliau dan elakkan daripada bersikap berlebihan.

“Orang Luar Jangan Berlebihan…” Aliff Syukri Akui Tersepit Dalam Kemelut Keluarga, Tetap Gembira Ibu Kembali Berumah Tangga

Ads

“Mak saya dah tua dan pun dan mempunyai anak remaja serta cucu. Malah, adik-adik saya yang masih remaja dan mentah perlu melalui kehidupan di mana ibu bapa mereka bercerai.

“Mereka terpaksa menerima orang baru. Mereka tidak menolak tetapi ia tidaklah mudah. Hanya yang mengalami sahaja yang tahu perasaannya bila berada dalam keadaan ini. Saya akur yang penting ibu bahagia.

“Jujurnya ditelan mati mak dimakan mati bapa. Banyak benda saya ingin kongsikan tetapi saya rasa tidak manis saya konsikan di sini.”

“Kepada mak saya Rozita binti Ibrahim, KRI (panggilan dirinya) bukan nak apa-apa. Hanya nak mak dan semua orang bahagia. Maaf mak kalau KRI salah. Kalau mak ada masalah panggillah KRI dan Ida.

Ads

“InsyaAllah kami akan ada sentiasa untuk mak walau apa jua keadaan mak ketika itu. Kasih sayang ini akan ada selamanya untuk mak bukan sebab harta yang mak ada,” titipnya sambil mengucapkan Selamat Pengantin Baru buat ibu tercinta.

Untuk pengetahuan, Rozita Ibrahim yang juga merupakan seorang usahawan mengesahkan status perkahwinannya setelah berkongsi beberapa foto bersama ketika mengerjakan umrah di Makkah pada bulan Ramadan lalu.

Tidak lama selepas itu, pelakon, Datin Rebecca Nur Al Islam mengesahkan pula bahawa suami Rozita merupakan abang sulungnya. Sekaligus, perkahwinan terbaru Rozita ini menjadikan hubungan Datuk Seri Aliff dan Datin Rebecca kini sebagai adik-beradik tiri.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?

Ikuti TelegramInstagramTikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik. 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI