Orang Ramai “Serbu” Web LHDN, Jawapan BPN TIDAK LULUS Dianggap Tidak Munasabah

Share

Dalam pakej Rangsangan Ekonomi  Prihatin Rakyat (PRIHATIN) bernilai R250 bilion  yang diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 27 Mac 2020 yang lalu, Perdana Menteri ada memaklumkan beberapa kategori penerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN).

Terdapat beberapa kategori dan pendapatan bulanan iaitu B40 isi rumah RM4000 ke bawah akan menerima RM1600.  B40 Bujang RM2000 ke bawah akan menerima RM800 manakala M40 Isi Rumah RM4001 hingga RM8000 dan M40 Bujang RM2001 hingga RM4000.

Memandangkan kerajaan sudah  membuat bayaran sebanyak dua kali kepada individu yang layak menerima Bantuan Prihatin Nasional ini namun timbul beberapa persoalan bagaimana kriteria kiraan dibuat oleh pihak LHDN terhadap pemohon yang mendapat jawapan TIDAK LULUS.

Antara jawapan tidak lulus diterima adalah semakan rekod agensi mendapati pendapatan pemohon/ pasangan melebihi RM8000.

Antara lain ialah tidak layak kerana pemohon / pasangan mempunyai syarikat berdasarkan data agensi, pemohon/ pasangan boleh memohon Geran Khas Prihatin melalui https://gkp.hasil.gov.

Anda juga ditulis Maklumat Pengenalan Pemohon  berbeza dengan semakan  data agensi.

Malah mulai semalam juga ada yang membuat pertanyaan, mengapa bantuan orang bujang yang berpendapatan di bawah RM2000 hanya menerima RM500 bukan RM800 seperti diumumkan.

Antara luahan disuarakan oleh pemohon adalah, mereka tidak tahu makenisme bagaimana kiraan pendapatan mencecah sehingga RM8000 sedangkan pendapatan mereka tidak sebegitu. Malah ada yang menganggap mendaftar di SSM hanya untuk menjadi agen dropship sahaja dan bukannya menjalankan perniagaan. Malah ada mahu pihak LHDN membuat semakan dengan telus bagi memastikan pemohon yang berhadapan dengan masalah kewangan memperolehnya.

Boleh semak mulai semalam ya!

Walau isu ini berlegar di kalangan rakyat, Menteri Kewangan, YB Tengku Dato Sri  Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam satu kenyataan media semalam memaklumkan sebanyak 2.3 juta permohonan baharu dan rayuan BPN telah diluluskan  melibatkan jumlah sebanyak 1.7 bilion.

Status permohonan baru boleh disemak mulai 9 Mei di pautan https://bpn.hasil.gov/my. Bagi mereka yang layak pembayaran BPN akan dibuat secara sekaligus mulai 15 Mei 2020.

Dengan kelulusan permohonan baharu dan rayuan ini jumlah penerima BPN ialah 10.6 juta orang  merangkumi jumlah bayaran bernilai RM11 bilion iaitu tambahan RM1 biion berbanding peruntukan asal RM10 bilion. Kerajaan berharap BPN ini akan memanfaatkan penerima dan meringankan beban mereka dalam tempoh yang amat mencabar ini.

Cubalah buat semakan mana yang tidak lulus sebelum ini. Mana tahu ada rezekikan di bulan Ramadan ini.

 

 

 

 

 

 

 

 

Published by
Almaswa Haji Che Ros