Walaupun gagal melayakkan diri ke pentas final Dewi Remaja, nama finalis Sharlina gilbert sememangnya tetap mendapat tempat di hati kebanyakkan netizen sehingga berjaya meraih kemenangan dalam kategori ‘Dewi Kegemaran’ yang ditentukan sepenuhnya daripada undian peminat.
“Terima kasih sangat buat semua peminat,rakan-rakan dan keluarga yang mengundi saya kerana tanpa mereka saya tidak akan memenangi gelaran Dewi Favourite ini.”
Tahniah kami ucapkan buat Sharlina dan moga akan terus maju jaya di masa akan datang.
Cara Pemanduan Yang Boleh Jadi Sebab Kereta Korang Cepat Rosak
Rasanya ramai yang boleh memandu kereta, baik lelaki mahu pun perempuan, namun tidak semua sedar tentang cara pemanduan mereka sebenarnya boleh mengundang masalah.
Salah satunya adalah tabiat salah pemandu yang biasa dilakukan boleh menjadi sebab kereta korang cepat rosak.
Ha, mesti korang nak tahu kan?
Berikut merupakan antara beberapa cara pemanduan yang korang harus elakkan kalau tak nak kereta bermasalah dikemudian hari.
1. Selalu tekan brek masa turun bukit
Ramai yang bila turun bukit akan selalu tekan brek untuk perlahankan kereta. Tapi ini boleh membuatkan haba terkumpul dekat brek dan rotor sampai cepat haus. Malah, berisiko tinggi untuk berlaku masalah panas melampau (overheat) atau meleding (warp).
2. Minyak dah nak habis
Kalau korang selalu drive masa tangki kosong atau dah nak kosong, ia boleh menyebabkan pam minyak cepat rosak. Biasakan diri isi semasa minyak tinggal dua bar atau lagi suku nak habis.
3. Selalu pijak clutch
Tabiat ini selalu dilakukan oleh individu yang pandu kereta manual. Mereka akan pijak clutch ketika memandu dan ini boleh menyebabkan clutch cepat haus serta boleh merosakkan bearing rilis, lengan rilis dan plat tekanan.
4. Tak guna brek tangan
Mesti guna brek tangan walaupun korang parking atas jalan raya. Kalau tak, berat kenderaan akan ditampung oleh besi kecil yang dipanggil sebagai tuas parking (parking pawl) dan boleh hauskan besi tersebut.
5. Tergesa tukar gear R ke gear D
Untuk pemandu kereta auto, masa keluar parking atau apa-apa saja, korang jangan terus pecut lepas tukar gear R ke gear D. bagi masa dalam 2-4 saat. Ini untuk mengelakkan enjin, transmisi dan gear rosak.
6. Rev masa panaskan enjin
Kebiasaannya, pemandu suka rev enjin sebab nak cepat panaskan kereta. Korang tahu tak sebenarnya perkara ini boleh tinggikan tekanan dalam komponen kereta lepas tu senang rosak. Sabar. Korang hanya perlu ambil masa 60 saat je untuk panaskan enjin tu.
7. Tekan minyak sampai habis
Kalau dah selalu pecut, mesti korang akan tekan brek mengejut. Tolong jangan buat. Pecut drastik ni lagi banyak guna minyak. Brek mengejut pula cepat hauskan pad pada rotor brek.
8. Pegang tombol gear ketika driving
Selalu orang yang bawa kereta manual akan buat macam ni. Satu tangan di gear, satu lagi tangan pegang stereng. Tabiat ini banyak beri tekanan pada bushing transmisi dan synchronizer. Ini boleh membuatkan gear box cepat rosak.
9. Bawa barang terlalu berat
Makin berat kereta, makin banyak tekanan atas drivetrain, suspensi dan brek. Minyak pun guna lagi banyak. Bawa barang-barang yang penting saja. Amaran untuk kaum wanita. Hiks!
10. Abaikan tanda amaran
Kalau ada dengar bunyi pelik, bergetar tiba-tiba atau symptom pelik, itu maksudnya korang dah kena pergi periksa kereta tersebut. Lagi lama tunggu, takut makin banyak pula yang rosak.
Tiada Majlis Kahwin, Sukan & Rekreasi Bermula 14 Oktober ini Bagi Selangor, KL & Putrajaya
Sebentar tadi, Menteri Kanan, Datuk Seri Ismail Sabri dalam sidang media khas Majlis Keselamatan Negara telah membuat satu pengumuman penting yang mana Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat akan dikuatkuasakan di seluruh Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya berkuatkuasa jam 12.01 tengah malam 14 Oktober hingga 27 Oktober 2020.
Menurut beliau, PKPB itu dilakukan setelah mendapat nasihat dari Kementerian Kesihatan Malaysia dan mengambil kira kes peningkatan dan penularan yang berlaku seperti di Klang dan Petaling dan kes dilihat meningkat di Gombak dan daerah-daerah lain.
Bagi menyekat penularan wabak ini dari terus meningkat dari terus merebak, semua aktiviti ini adalah dilarang.
Aktiviti-aktiviti yang dilarang adalah seperti berikut:
• Pergerakan keluar masuk/merentas daerah adalah tidak dibenarkan. Bagaimanapun bagi pekerja yang perlu merentas daerah, mereka perlu menunjukkan pas kerja atau surat
kebenaran daripada majikan.
• Hanya 2 orang sahaja dari sebuah rumah dibenarkan keluar untuk membeli barangan keperluan.
• Semua sekolah, institusi pengajian tinggi, institut latihan kemahiran, tadika, taska, pusat tahfiz, taman-taman awam dan pusat rekreasi adalah ditutup.
Masjid dan rumah ibadah bukan Islam adalah ditutup.
Semua aktiviti sukan, reakrasi, sosial dan budaya termasuk majlis perkahwinan adalah tidak dibenarkan.
Pusat hiburan dan kelab malam juga tidak dibenarkan.
Walau bagaimana pun semua kegiatan ekonomi di Selangor, KL dan Putrakaya masih dibenarkan beroperasi seperti biasa. Foto : BERNAMA
[Terbaru] SUNWAY University Nafi Wujud Kelompok Sugar Baby Di Kampus
Setelah tersebarnya infografik yang menyenaraikan 10 Institut Pengajian Tinggi (IPT) di Malaysia dengan jumlah pelajar bergelar Sugar Baby tertinggi baru-baru ini, Ketua Pegawai Operasi (CEO) Sunway University memandangnya sebagai dakwaan yang mengecewakan.
Menerusi satu kenyataan umum rasmi yang dimuat naik di Facebook Sunway University, Profesor Elizabeth Lee memberikan respon pantas terhadap dakwaan tersebut.
Ini berikutan Sunway University diletakkan pada tangga pertama IPT Malaysia dengan sejumlah 3105 orang pelajar yang didakwa bergelar Sugar Baby demi mencari sumber kemewahan.
“Kami amatlah kecewa apabila membaca artikel mengenai sebuah syarikat yang ingin mencabar moraliti komuniti dan anak muda kita. Pada masa yang sama, mereka ingin mempromosikan dan mengambil untung daripada aktiviti tidak bermoral serta besar haram ini.
“Ini merupakan percubaan untuk menjatuhkan aspek moral dan tata tertib pelajar kami serta komuniti pendidikan secara amnya. Bayangan yang tidak tepat terhadap pelajar kami dan beberapa lagi institusi pengajian tinggi yang dihormati ramai telah melemahkan usaha kolektif kami semua untuk melahirkan masyarakat yang baik dan negara yang prograsif.
“Kami sekeras-kerasnya mengutuk percubaan syarikat ini yang mengajar anak muda terlibat dalam perbuatan tidak bermoral mereka dan menormalkan perbuatan tersebut tanpa memikirkan kesan kesihatan mental terhadap mereka yang terlibat akibat dakwaan ini.
“Kami tahu komuniti pelajar kami di Sunway adalah golongan yang bekerja keras, berdedikasi dan mereka tidak layak untuk menerima persepsi negatif akibat artikel ini.
“Buat ibu bapa, kami bersama-sama anda akan terus mengutuk sebarang dakwaan negatif yang dilontarkan kepada pelajar yang kami sayangi,” jelas beliau.Kenyataan penuh daripada Profesor Elizabeth Lee.
Terdahulu, infografik yang dikeluarkan oleh laman bertemu jodoh, Sugarbook itu juga turut menyenaraikan 2 IPT Awam iaitu Universiti Malaya dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dalam senarai 10 IPT tersebut.
ARTIKEL BERKAITAN : Budaya ‘Sugar Baby’ Semakin Tular Di IPT Malaysia, Keluar Senarai TOP 10 – REMAJA