Semalam, pelakon Adam Corrie ada menulis entri di facebook miliknya. Beliau meminta agar saudara-saudara baru yang menerima hidayah Allah agar berasa tenang dan sentiasa tersenyum jika ditanya kenapa bertatoo, adakah solat sah.
Ternyata, berdasarkan kenyataannya, pengikutnya mengeluarkan pendapat, kalau orang bertatoo kita tanya sah atau tak solatnya, kita yang agama islam dan tahu solat itu wajib buat lebih patut rasa malu kalau tak solat berbanding mereka yang ada tatoo.
Semua orang tahu, sejak kecil dari umur tujuh tahun, anak-anak kecil sudah diajar tentang solat. Jika tidak lakukannya pada usia 10 tahun, wajar dipukul di kaki dengan niat untuk mengajarnya kerana solat ini adalah benteng iman seorang muslim.
Ini pandangan dari netizen selepas Corrie memuat naik isu tatoo ini
Baca perkongsian Adam Corrie di catatan fbnya.
Isu biasa yang dialami oleh saudara baru.
Ini bkn isu sedih ke, marah ke, tertekan ke, tak sabar ..
Kebanyakan saudara baru tahu solat mereka sah.
Cuma satu perkongsian utk mereka yang masih tak tahu ttg perkara saudara baru yang bertatto sebelum syahadah.
Saya banyak handle kes ni bersama saudara baru.
Saya selalu sarankan supaya saudara baru senyum sahaja. Tak perlu berdebat dgn mereka.
Saya juga sarankan pakai baju lengan panjang , berseluar panjang supaya tatto tersebut tidak nampak org lain. Untuk elak org salah faham. .
Bukan semua saudara baru mampu buang tatto. Dan ia juga mungkin mudaratkan badan jika tatto penuh di badan hendak dibuang.
Saya dah biasa dgn teguran ini. Tak terasa apa-apa pon. Saya dah 10tahun dlm Islam. Dah ok ?..
Sbb saya tahu bukan semua org tahu hal ni. .
Ilmu setiap org x sama.
Saya bertatto sebelum saya mengucap 2kalimah syahadah. Lepas syahadah saya sudah Islam. Tak de la nak buat tatto di badan lagi kerana tahu hukumnya HARAM
Kalau nak tahu pasal hukum hakam agama jgn rujuk, PM dgn saya. Saya bkn ustaz. Rujuk dgn para ilmuwan agama yang bertauliah.
Senyum selalu
Selalu bersangka baik
InsyaAllah hati tenang
#adamcorrie
P/s: minta jasa baik.. jgn komen melibatkan bangsa, politik di page saya ye. Kita nak jaga ukhwah. Berdakwah dgn penuh hikmah. Bkn dgn penuh kebencian.
Sumber ;- ADAM CORRIE