Pasti ada antara kita pernah merasakan tindak balas spontan ini. Memegang sesuatu benda misalannya pintu kereta dan tiba-tiba terasa tubuhnya terencat seperti terkena renjatan elektrik. Biar kejadian itu seketika sahaja ia tetap terasa sakit.
Ada pula yang hanya bersalaman dan kemudian terasa tubuh bagaikan di renjat akibat perlakuan salam itu. Kadang-kadang anda pun terkejut melihat dia terjerit disebabkan terkena renjatan elektrik apabila pegang sesuatu benda.
Dan perkara ini berlaku pada sesetengah orang sahaja. Dia sahaja yang selalu terkena ataupun menghasilkan renjatan elektrik.
Perkongsian dari Dr Latif dari page The Diagnosa ini boleh jelaskan kenapa ia terjadi.
Sebenarnya diri penulis pun adalah salah seorang daripada orang tersebut. Pada waktu dahulu siap fikir bahawa penulis mempunyai kelebihan untuk menghasilkan elektrik sama macam watak ‘Storm’ dalam Filem X-men.
Tetapi bila dah besar ini, baru saya tahu kenapa seseorang itu lebih berisiko untuk menghasilkan renjatan berbanding orang lain.
Bagaimana perkara ini berlaku?
Pertamanya kita perlu faham berkenaan dengan elektrostatik. Elektrostatik disini bermaksud cas yang ada pada satu-satu objek itu berada dalam keadaan ‘statik’ ataupun tidak bergerak.
Ads
Tetapi apabila satu-satu bahan itu bergesel dengan satu bahan yang lain, ia akan menghasilkan ketidak seimbangan cas pada bahan yang bergesel tersebut. Jika bahan itu berlebihan cas negatif(iaitu terlebih elektron) maka ia akan cuba nyahcas dengan cara bergerak ke kawasan yang mempunyai cas positif yang lebih banyak.
Perkara ini adalah sama seperti eksperimen yang selalu dibuat waktu kita kecil iaitu dengan cara menggosok pembaris getah dengan menggunakan kertas. Kemudian, pembaris itu dilihat boleh menarik kertas ataupun objek lain untuk melekat pada pembaris tersebut.
Ini disebabkan ketidakseimbangan cas pada kedua-dua bahan tersebut menyebabkan mereka saling mendekati untuk menyeimbangkan cas mereka.
Orang yang suka jalan menyetet lebih terdedah kepada elektrostatik.
Kenapa pula ada sesetengah orang sahaja yang selalu menghasilkan renjatan elektrostatik ini?
Jawapannya adalah disebabkan cara mereka berjalan. Orang yang selalu berjalan dengan cara menyeret kasut mereka akan lebih berkemungkinan besar menghasilkan renjatan elektrostatik ini berbanding dengan orang lain.
Ads
Keadaan ini diterukkan lagi jika anda berjalan di lantai yang menggunakan karpet diperbuat daripada polyester ataupun getah.
Sebab itu kebanyakan daripada kita akan menghasilkan renjatan ini apabila berada di dalam pejabat terutamanya yang menggunakan karpet diperbuat daripada polyester.
Ada juga sesetengah daripada kita tidak berjalan dengan cara menyeretkan kaki, tetapi masih juga menghasilkan renjatan elektrik ini. Ia mungkin disebabkan jenis baju yang kita pakai. Baju yang diperbuat daripada polyester akan meningkatkan risiko untuk menghasilkan renjatan ini berbanding dengan baju yang diperbuat daripada cotton.
Kemudian suhu dan kelembapan juga memainkan peranan penting. Kawasan yang mempunyai suhu yang rendah akan menyebabkan kelembapan udara juga menjadi rendah. Ini menyebabkan elektron sukar untuk bergerak di dalam udara bagi melakukan nyahcas. Sebab itulah diluar negara, keadaan renjatan elektrostatik ini akan meningkat ketika musim sejuk.
Ads
Jika anda berada di dalam pejabat ataupun kawasan yang mempunyai penghawa dingin juga akan meningkatkan risiko untuk terkena renjatan ini.
Cara nak elakkan daripada terkena renjatan cas elektrostatik ini?
Kena ubah cara berjalan supaya kasut tidak menyeret ketika berjalan. Nak tahu kita ni suka jalan menyeret atau tidak mudah sahaja. Tengok tapak kasut kita, sudah nipis ataupun tidak. Jika sudah nipis, maksudnya kita suka jalan menyeret kaki.
Elakkan daripada menggunakan karpet di dalam pejabat.
Elakkan daripada menggunakan baju yang diperbuat daripada polyester
Kesimpulan
Kebolehan seseorang untuk menghasilkan renjatan elektrik adalah disebabkan kebiasaannya yang suka berjalan dengan menyeret kaki. Ia juga boleh disebabkan jenis pakaian yang anda pakai dan juga suhu dan kelembapan persekitaran. Oleh itu, jika mahu mengelakkan perkara ini, cuba elakkan berjalan dengan cara menyeret kaki anda.
Sumber : TheDiagnosa
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pasangan selebriti, Farid Kamil dan Diana Danielle akhirnya mengambil keputusan untuk bercerai buat kali kedua selepas 12 tahun mendirikan rumah tangga.
Aktor berusia 42 tahun itu, melafazkan cerai talak satu di hadapan Hakim Syarie, Abdul Fattah Kamaruddin, di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan hari ini.
Selepas prosiding, Farid dilihat tenang dan menerima perpisahan ini dengan hati terbuka.
Terdahulu, pasangan ini pertama kali bercerai pada 10 Ogos tahun lalu, namun mereka kembali rujuk selepas 21 hari. Diana kemudiannya memfailkan permohonan cerai buat kali kedua pada 4 November.
Sekadar info, Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua orang cahaya mata, Muhammad dan Nur Aurora.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Kosmo!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Lebih kurang seminggu lagi umat Islam akan menyambut kedatangan Aidilfitri. Walaupun tahun ini kita beraya bersederhana dan tidak boleh melakukan kunjungan ke rumah keluarga dan sahabat handai, tetapi tidak bermakna kita tidak perlu meraikannya.
Tidak seperti tahun-tahun yang lalu, korang mesti excited nak menempah kuih raya atau membelinya di bazar-bazar Aidilfitri. Apa kata tahun ini korang cuba untuk buat kuih raya untuk makan sendiri, yang pasti lebih jimat dan berbaloi.
Remaja nak kongsikan resipi cookies chocalate chip Famous Amos yang confirm jadi kalau korang buat. Hiks!
Bahan A: (Semua bahan ini hanya perlu dikacau sebati sahaja)
– 250 gram butter
– 1 1/4 cawan brown sugar
– 1 sudu kecil esen vanila
– 1 biji telur
Bila dah kacau, masukkan pula bahan B seperti bawah.
Tambahkan Bahan B
– 2 1/2 cawan tepung gandum
– 1/2 cawan tepung jagung
– 1 sudu kecil baking powder
– 1 sudu kecil soda bikarbonat
– 6 sudu besar minyak
*2 cawan cip coklat (masukkan akhir sekali)
Gaulkan lagi dan kacau rata semua bahan di atas kecuali cip coklat. Bila dah sebati, baru tambahkan pula 2 cawan cip coklat.
Bila dah menjadi adunan, masukkan ke dalam peti sejuk sekejap dalam setengah jam.
Lepas setengah jam, bolehlah keluarkan adunan dan sedia untuk membakar. Adunannya memang lembik sikit ya.
Masa susun atas loyang, jarakkan jauh sikit antara satu sama lain untuk bagi ruang pada biskut untuk mengembang.
Bakar 20 minit suhu 150 darjah guna api atas bawah atau ikut kepanasan oven masing-masing dan siap!
Bila korang nampak biskut dah mengembang dan baunya sudah naik, itu tandanya biskut hampir masak.
Korang juga boleh letak topping almond, tapi kalau nak buat kosong saja pun boleh. Rupanya senang saja nak buat cookies famous amos ni ya. Selamat mencuba!
Tinggal sehari saja lagi sebelum juara sulung Ratu Hijabista 2020 dinobatkan secara live di kaca televisyen korang.
Hanya tinggal empat orang finalis yang bakal berentap bagi mendapatkan gelaran tersebut. Dengar cerita, ramai yang sukar untuk membuat ramalan atau prediction akan siapakah yang bakal bergelar juara.
Ini kerana keempat-empat peserta mempunyai kelebihan paras rupa, kebijaksanaan dan potensi yang tinggi bagi mengejar impian serta karier masing-masing.
(Dari kiri): Fiffy Afrina, Tina Aziz, Uyaina Arshad, Mellya Azizi dan Qila Shahirah..
Penulis sempat untuk bertanyakan kepada empat orang finalis tersebut berkenaan saingan sengit mereka untuk episod finale esok. Jom lihat jawapan mereka.
TINA AZIZ
“Pada peringkat akhir ini, saya melihat ia bergantung kepada kematangan peserta dalam memberikan pendapat. Jadi saya rasakan saingan sengit akan diberikan oleh Mellya Azizi. Dia mempunyai pengalaman sebagai seorang ahli parlimen Belia dan cakna dengan perkembangan semasa sejak dahulu lagi.”
QILA SHAHIRAH
“Bagi saya, pencabar terdekat pada malam esok ialah Fiffy Afrina. Selain daripada kelayakan yang dimiliki oleh Fiffy dalam bidang perubatan, Fiffy juga saya lihat menyerlah sepanjang program Ratu Hijabista. Saya ingat lagi momen Saree dan Aisyah tersingkir beberapa episod lalu. Fiffy memeluk saya dan berkata kita perlu sampai ke akhir, and here we are.”
MELLYA AZIZI
“Seorang Ratu Hijabista perlu memiliki kredibiliti yang boleh diakui oleh masyarakat, keunikan pada personaliti dan pakejnya serta tahu untuk blend in bersama komuniti. Saya melihat Tina ada kualiti-kualiti tersebut. Walaupun lantang, dia masih tahu untuk menjaga diri sebagai seorang hijabi dan bagi saya itu mungkin adalah di antara ciri-ciri yang dicari.”
FIFFY AFRINA
“Saingan terdekat untuk malam esok saya lihat akan datang daripada bakal peguam kita, Tina Aziz. Selain mempunyai perancangan karier yang jelas dalam bidang perundangan, Tina juga telah memperlihatkan aura dan sisi matang yang penting jika ingin dijadikan sebagai fugura berinspirasi kepada masyarakat di luar sana.”
*
*
Apa pendapat korang, setuju tak dengan nama yang dpetik oleh finalis di atas?
Tren transformasikan foto menjadi karikatur seakan karya Studio Ghibli yang sohor kini di platform media sosial bukan hanya sedang 'mendunia' di Malaysia bahkan di...