Organisasi Miss USA Di ‘Kerusi Panas’ Lepas Spekulasi Dibongkar Pesertanya Sendiri

Share

 

Baru memasuki dua hari selepas R’Bonney Gabriel, 28 dinobatkan sebagai Miss USA 2022; drama mulai menyelubungi kemenangan wakil Texas berdarah kacukan Amerika-Filipana itu.

R’Bonney Gabriel

ARTIKEL BERKAITAN : Ratu Cantik Berdarah Filipina Dinobat Sebagai Juara Miss USA 2022 – REMAJA

Pelbagai dakwaan kononnya keputusan pemenang telahpun diputuskan beberapa minggu sebelum pentas akhir Miss USA 2022 didedahkan sendiri oleh sebahagian besar daripada 50 lagi orang peserta yang bertanding mewakili negeri masing-masing. Dakwaan ini dimulakan oleh Miss Montana USA Heather Lee O’Keefe yang lantang mempersoalkan sistem organisasi Miss USA pada tahun ini.

Pada Jun lalu, kesemua peserta telah menjalani penggambaran video ‘b-roll’ bagi tujuan promosi Miss USA 2022.

Namun, R’Bonney dan wakil Calorado tidak menyertai trip tersebut memandangkan pertandingan peringkat masing-masing belum dilangsungkan dan mereka berdua masih belum dinobatkan sebagai pemenang.

Hanya pada awal bulan Julai, mereka berdua telah diberikan peluang untuk menjalani penggambaran berbeza di Houston, Texas.

Apa yang mendatangkan kemusykilan dalam kalangan peserta lain adalah apabila Nizuc Resort memuat naik foto R’Bonney pada bulan Ogos lalu bagi mempromosikan ‘med spa’ mereka biarpun R’Bonney tidak mengikuti trip ke Cancun bersama peserta lain. Sedangkan wakil Calorado tidak mendapat layanan yang sama.

Dakwa mereka, pemilihan R’Bonney telahpun dilakukan sejak waktu itu dan dia diberikan layanan lebih istimewa berbanding peserta lain.

Tambah mencurigakan adalah apabila salah satu penaja Miss Texas USA iaitu MIA Plastic Surgery mempunyai ikatan kolaboratif bersama Nizuc Resort. Salah seorang doktor pembedahan plastik MIA pula didakwa telah dilantik sebagai salah seorang juri sewaktu slot Kostum Nasional Miss USA di mana –  well

– R’Bonney dipilih sebagai pemenang kostum terbaik.
R’Bonney bersama kostum nasionalnya.

Ketidak puashatian ini bertambah jelas selepas R’Bonney tidak memperoleh sokongan dan ucapan tahniah oleh peserta lain semasa momen pemahkotaannya pada 4 Oktober lalu. Semasa program siaran langsung itu, para peserta yang sedang berada di bahagian belakang pentas dilihat beredar ke bahagian kiri dan tiada seorang pun yang tampil ke hadapan untuk meraikan kemenangan R’Bonney.

@heatherleeokeefe #missusa #missusa2022 #riggedreimagined ♬ original sound – Heather Lee O’Keefe, J.D.
R’Bonney Gabriel bersama Miss Universe 2021, Harnaaz Sandhu dari India.

Jujurnya, dakwaan para peserta Miss USA 2022 ini wajar dibentangkan dan mendapat perhatian organisasi yang menganjurkan edisi kali ini di bawah arahan presidennya, Crystal Stewart agar ia tidak berpanjangan.

Sekiranya ia dibiarkan tidak berjawab, besar kemungkinan peluang R’Bonney Gabriel di pertandingan Miss Universe 2022 kelak boleh ‘tercalar’ disebabkan kontroversi ini.

BACA LAGI : Miss Teen USA 2022 Faron Medhi Ingin Kuasai Biologi, Reaksi Gadis Berketurunan India Ini Dapat Perhatian – REMAJA

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
FZ