Berita baik untuk warga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan yang ingin berniaga secara kecil-kecilan untuk menambah pendapatan.

Mulai 15 November 2020 ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memberikan kebenaran kepada mana-mana individu warga kota untuk membua gerai atau perniagaan secara kecil-kecilan di mana-mana kawasan yang sesuai di sekitar ibu negara, taman perumahan dan sebagainya.

Walau bebas berniaga secara kecil-kecilan, korang hanya perlu memaklumkan kepada pihak DBKL untuk memohon lesen perniagaan sementara yang sah selama enam bulan di laman web DBKL yang diberikan secara percuma kepada mereka yang ingin mulakan perniagaan.

Pacaklah Gerai Di Ceruk Mana Lokasi KL, DBKL Tidak Akan Saman Mulai 15 November 2020

Pacaklah Gerai Di Ceruk Mana Lokasi KL, DBKL Tidak Akan Saman Mulai 15 November 2020

Ads

Kuala Lumpur wilayah bebas berniaga

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata, mulai 15 November ini bersamaan hari Ahad, Kuala LumpurPutrajaya dan Labuan akan menjadi wilayah bebas berniaga.

“Bagi sesiapa yang ingin berniaga, tak kisah sepenuh masa atau separuh masa boleh memilih mana-maa tempat yang sesuai, misalannya depan rumah atau di tepi jalan kawasan perumahan.

Ads

"Permohonan lesen dibuat secara online hanya bertujuan untuk makluman dan rekod data DBKL sahaja. Pemohon akan mendapat lesen sementara secara automatik dan kemudian DBKL akan membuat pemantauan," katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur semalam.

Dalam pada itu, Tan Sri Annuar juga berkata, beliau telah mengadakan perbincangan dengan majlis perwakilan penduduk mengenai perkara tersebut agar pihak berkenaan memberi kerjasama dengan melakukan pemantauan di peringkat komuniti.

Ads

Pacaklah Gerai Di Ceruk Mana Lokasi KL, DBKL Tidak Akan Saman Mulai 15 November 2020

Jangan pacak di lokasi berbahaya pula

Dalam pada itu Tan Sri Annuar turut mengingatkan para peniaga agar tidak berniaga di lokasi yang boleh mengancam keselamatan awam, menyebabkan kesesakan lalu lintas dan perlu menjaga kebersihan di lokasi sekitar ibu kota.

Semalam, beliau menyerahkan bantuan gerai, lesen penjaja dan sebuah unit Projek Perumahan Rakyat kepada Nurjahan Mariamah Abdullah, 45, yang kehilangan pekerjaan sebagai tukang cuci akibat COVID-19 dan kini terpaksa menjual nasi lemak dan bihun menggunakan troli di sekitar Taman Desa untuk menambah pendapatan di sini.

Kisah ibu tunggal itu yang juga dikenali sebagai Puan Mary perlu menanggung tiga anak dan ibunya, mula tular sejak beberapa minggu lepas dan mendapat perhatian ramai, termasuk Annuar dan DBKL. Sumber gambar : FB Tan Sri Annuar Musa

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI