Pada Mulanya Tak Direstui Orang Tua, Influencer Haikal Irfan Kini Berjaya Buktikan Sesuatu

Share

Pempengaruh atau selebriti TikTok popular, Haikal Irfan, mengakui dugaan yang perlu dilaluinya untuk berada pada tahap hari ini bukanlah sesuatu yang mudah ditempuhi.

Ia kerana, pemuda berasal dari Ipoh, Perak itu mendedahkan dia pernah melarikan diri dari rumah kerana keluarga menghalangnya untuk menjadi pempengaruh atau influencer di media sosial.

Menurut sumber, Haikal menjelaskan cintanya berputik pada TikTok dan mula mendalami sejak dia diberhentikan kerja sebagai cef pelatih atau commis cef di sebuah hotel, akibat pandemik. Kemudian, dia cuba mempelajari cara untuk meraih pendapatan melalui aplikasi berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Anggun Dan Ayu Pelakon Layangan Putus, Berikut Fakta Mengenai Putri Marino

Kongsi pemuda berusia 23 tahun itu, walau pada mulanya tidak direstui kedua orang tuanya, kini dia berjaya menjadikan pempengaruh sebagai kerjaya hingga mampu menjana pendapatan bulanan sekitar RM10,000, bahkan pernah mencecah angka RM50,000 sebulan.

Sementara itu, Haikal turut berkongsi dia pulang ke rumah setelah tiga bulan untuk memohon maaf dan meminta restu kedua ibu bapanya.

Kini setelah hampir lima tahun mendalami dan menyelami selok belok ritma aplikasi media sosial paling mendadak pengaruhnya di dunia itu, Haikal boleh tersenyum bangga dengan deretan pencapaian dikecapinya.

Sekadar informasi, perjuangan pemuda ini di medan digital dalam mengumpul sejuta pengikut di platform TikTok akhirnya tercapai pada 26 Jun tahun lalu.

Kini, dia mula mensasarkan matlamat baharu iaitu untuk memastikan akaun miliknya diiktiraf oleh pemaju aplikasi berkenaan menerusi pentauliahan lencana biru.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER FOTO: Instagram Haikal Irfan

Published by
Fath