Jangan ingat kita boleh terlepas daripada kesalahan masa lampau ya!
Pasangan atlet kembar dalam pasukan bola tampar nasional Korea Selatan telah terpalit dalam satu kontroversi disebabkan oleh perbuatan mereka 10 tahun lalu dan ia telah menarik perhatian media antarabangsa. Implikasinya, mereka berdua telah sekaligus dibuang daripada pasukan nasional dan kelab!
Okay, kita recap kembali apa sebenarnya yang berlaku sehingga mereka dikenakan tindakan serius itu.
Lee Jae-yeong dan Lee Da-yeong, 24 merupakan di antara atlet wanita Korea Selatan yang selama ini menunjukkan prestasi yang membanggakan. Malah Jae-young dan Da-yeong juga adalah sebahagian daripada skuad yang membantu Korea Selatan layak ke Sukan Olimpik Tokyo 2021
Namun di sebalik kejayaan itu, mereka berdua pernah melakukan kesalahan membuli pelajar lain semasa masih di sekolah menengah.
Dalam satu posting yang telah dipadamkan oleh mangsa, dia menulis, “Seramai empat orang mangsa menulis catatan ini, tapi masih ada lagi (mangsa lain). Kami enggan memberitahu usia kami. Kami menulis ini tanpa ingin identiti kami dibongkarkan.
“Kami hanya ingin ‘move on’ daripada apa yang berlaku 10 tahun lepas. Tapi bila kami melihat muat naik oleh pelaku yang tidak mencerminkan perbuatan lampau mereka, kami terus diingatkan kembali kepada memori lampau. Kami menulis ini dengan harapan mereka boleh mencerminkan perbuatan tersebut.”
Ads
Dakwaan itu sampai ke pengetahuan Jae-yeong dan Da-yeong.
Menariknya, mereka mengaku bersalah atas kesemua dakwaan tersebut.
Lee Da-yeong semasa mewakili Korea Selatan menentang Kenya pada tahun 2019..
Da-yeong mengambil inisiatif untuk menulis di akaun Instagram-nya dan berkata dirinya mengesali trauma yang telah dihadapi oleh mangsa buli mereka.
Ads
“Saya benar-benar memohon maaf kerana pernah bertutur dan berperangai buruk sehingga mengakibatkan trauma memori kepada rakan sepasukan semasa saya berusia belasan tahun.”
Sementara itu, Jae-yeong juga mengambil tindakan yang sama di akaun Instagram-nya dan berkata, “Saya secara serius memohon maaf di atas mereka yang terkesan dengan kata-kata serta tindakan saya semasa saya masih remaja. Saya tidak akan pernah melupakan kata-kata dan tindakan itu. Dari sini, saya akan menjadi seorang yang lebih matang.”
Lee Jae-yeong semasa bertanding di Rio de Janeiro pada tahun 2016..
Biarpun pasangan kembar ini telah memohon maaf secara terbuka, mereka masih berdepan kritikan masyarakat. Lebih 120,000 orang telah menandatangani petisyen kepada kediaman rasmi Presiden Korea Selatan demi meminta siasatan lanjut.
Ads
Justeru pada Isnin lalu, Persatuan Bola Tampar Korea mengeluarkan kenyataan rasmi dan mengesahkan bahawa pasangan kembar ini telah diketepikan daripada pasukan kebangsaan Olimpik.
“Jika kami tidak mengambil tindakan tegas ini, akan ada kes buli yang sama berlaku di sekolah. Lalu, kami mengambil keputusan mengenepikan mereka daripada bermain untuk liga kebangsaan bola tampar 2021, Sukan Olimpik Tokyo dan pemilihan pemain kebangsaan untuk kesemua pertandingan antarabangsa.
“Kes buli di sekolah adalah sesuatu yang tidak sepatutnya terjadi dan tidak boleh diambil mudah. Kami juga ingin memohon maaf kepada mangsa buli di atas kesalahan pemain kami.”
Jangan ingat kita boleh terlepas daripada kesalahan masa lampau ya!
Sejak semalam tular gambar seorang makcik yang memakai gelang Pesakit Di Bawah Pengawasan (PUS) sedang makan di sebuah kedai di Meru Raya, Ipoh.
Ekoran itu tular pelbagai komen yang memandang negatif tindakan makcik tersebut yang mana pada menurut perkiraan mereka, makcik itu tidak mengikut arahan untuk kuarantin diri di rumah.
Yezz, korang betul untuk suarakan “kenyataan negetif ” kerana #kita jaga kita.
Terkini, makcik gelang pink itu sah positif COVID-19 dan sudah pun mendapatkan rawatan di hospital. Namun apa yang ingin dikongsikan di sini, gambar ditularkan itu sudah dua minggu berlalu (bukan semalam ya seperti kita fikirkan) dan dirinya sudah pun menjalani kuarantin di rumah selama 14 hari sebelum disahkan positif.
Menurut laporan Sinar Harian, makcik gelang pink itu sudah dikenal pasti dan kini sedang menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh.
Menurut sumber, wanita berusia 72 tahun itu diarahkan untuk menjalani kuarantin selama 14 hari selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 4 Julai lalu.
"Saringan pertama yang dijalankan mendapati wanita tersebut negatif, namun dipakaikan gelang tersebut serta diperintahkan menjalani kuarantin.
"Kejadian itu pula berlaku di sebuah kafe pada 6 Julai lalu bersama keluarganya setelah tiba dari Selangor untuk sarapan sebelum menjalani kuarantin di rumahnya sedangkan gambar itu baharu sahaja tular kelmarin," katanya.
Menurutnya, saringan kedua selepas 13 hari menjalani kuarantin mendapati wanita tersebut positif dan telah dimasukkan ke hospital sejak 17 Julai lalu.
"Wanita itu kini masih dalam rawatan Covid-19 di hospital terbabit bersama anak lelakinya setelah ujian kali kedua didapati positif.
"Berdasarkan penjelasan daripada pihak kesihatan, volume (kandungan) virus adalah kurang dan risiko menjangkiti juga kurang," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz ketika dihubungi mengesahkan perkara itu setelah siasatan dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Pada masa sama, Exco Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Perak, Ahmad Saidi Mohamad Daud berkata, kerajaan negeri memandang serius isu berkaitan pelanggaran SOP oleh wanita berkenaan.
Beliau turut menasihatkan orang awam agar sentiasa mematuhi SOP memandangkan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) masih berjalan dan kes Covid-19 juga masih bertambah di negara ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setiap bulan, ada saja perkara yang bertukar viral. Bulan ini, semua orang bercakap mengenai #DeleChallenge.
Dipopularkan oleh pemain bola sepak England, Dele Alli yang melakukan simbol pada mata setiap kali dia menjaringkan gol, nampaknya seluruh dunia terikut-ikut dengan simbol tersebut.
Bukannya satu perkara luar biasa pun. Cuma faktor yang menjadikannya viral adalah teknik memusingkan jari telunjuk yang lain pada yang lain.
Selepas ramai netizen memuat naik imej atau video mereka melakukan #DeleChallenge di media sosial, timbul pula persoalan bahawa perbuatan atau simbol itu menyerupai Dajjal dan Freemason kerana pelaku menutup sebelah mata.
Disebabkan itulah, ramai yang bertanyakan kepada penceramah bebas popular iaitu PU Azman sama ada ia sememangnya menyerupai Dajjal.
Dalam sebuah posting di Instagram, PU Azman berkata tak perlulah netizen untuk menjadi ‘hakim’ kepada yang melakukan #DeleChallenge.
Setelah itu, beliau mengajak netizen untuk melupakan teori itu dan mengfokuskan kepada kedudukan jari ketika duduk Tahiyyat Akhir, iaitu semasa membaca Syahadah!
“Temukan hujung jari tengah dan hujung ibu jari, tunjukkan jari telunjuk ke depan.
“Lakukan ‘challenge’ ini semasa sembahyang 5 kali sehari semalam terutamanya ketika sembahyang Subuh yang menunjukkan kita kuat sebagai seorag Muslim.
“Tak perlulah kecohkan sama ada #DeleChallenge itu buatkan seseorang menyerupai Dajjal. Takut-takut siapa tak buat ‘challenge’ Tahiyyat Akhir ini akan jadi lebih Dajjal kerana tak sembahyang,” kata beliau sambil memberi salam.
Wow, sentap tak sentap sis!
Iktibarnya, lebih baik kita mantapkan solat sebelum sibuk menilai orang lain okay.
Kesan pandemic COVID-19 bukan saja mengakibatkan ratusan ribu orang kehilangan pekerjaan tetapi pengangguran juga berada di tahap tertinggi. Di media massa kita banyak membaca kisah individu yang terkesan akibat pendapatan berkurangan termasuk ada juruterbang yang berniaga bagi mencari sesuap rezeki halal.
Ternyata pandemik ini tidak mengira pangkat dan kedudukan. Terkini dilaporkan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tony Fernandes menjual hartanahnya di Ayrshire, Scotland yang bernilai 2.5 juta pound (RM13.55 juta).
Memetik laporan Berita Harian, hartanah itu menempatkan rumah agamnya di kawasan seluas 50.6 hektar.
Penjualan hartanah itu dipercayai untuk menyelamatkan empayar perniagaannya yang terjejas akibat pandemik koronavirus (Covid-19).
Tony, 56, yang juga pengerusi Queens Park Rangers pernah bermastautin di Skeldon House di Dalrymple, Ayrshire selama tujuh tahun.
Hartanah lima bilik itu dilengkapi bilik simpanan wain, gimnasium, sauna dan gelanggang tenis.
Tony memiliki QPR untuk dua tempoh berbeza dalam saingan Liga Perdana Inggeris. Sumber : Berita Harian. Gambar : Savills
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Malaysia hari ini menzahirkan penghormatan tertinggi kepada Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi apabila beliau menjadi pemimpin kelima negara yang disemadikan di bawah kubah Makam...