Berita

Padah Komen Berbaur Fitnah & Hina IU Di Media Sosial, Wanita Dipenjara 4 Bulan!

Share

Fitnah di media sosial merupakan wabak yang semakin lama semakin membarah dalam kalangan masyarakat.

Padah menulis lebih 30 komen menghina selain menyebarkan maklumat palsu mengenai penyanyi IU, di beberapa platform media sosial. Seorang wanita dijatuhi hukuman penjara empat bulan.

ARTIKEL BERKAITAN : IU Bakal Cipta Sejarah, Penyanyi Wanita Korea Pertama Buat Konsert Di Stadium Olimpik Jamsil

Mengaku bersalah atas kesalahan yang dibuat, wanita terbabit bagaimanapun memohon hukuman diringankan atas alasan menghidapi masalah mental.

IU

Jelasnya, dia cenderung menulis komen jahat di media sosial sejak mengalami penyakit berkenaan.

“Saya hanya meluahkan pandangan peribadi, saya ada sakit mental yang menjejaskan penulisan saya dalam hantaran itu.

“Jadi saya mohon hukuman saya diringankan,” katanya ketika perbicraan.

Mahkamah Seoul Tengah membuat keputusan tersebut pada Selasa lalu.

Sebelum ini, IU merupakan antara selebriti yang berpendirian tegas menyaman netizen yang menyebarkan kata-kata jahat terhadapnya sejak 2013.

Menurut syarikat pengurusannya iaitu EDAM Entertaiment, sebananyak 180 individu tidak mengira usia telah pun dikenakan tindakan undang-undang sehingga ada yang dihantar ke pusat bimbingan akhlak atau juvana.

Daebak IU!

BACA : Bukan ‘Biasa-Biasa’, Ini 8 Selebriti Korea Yang Genius Dengan IQ Sangat Tinggi

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagramTikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Nana