Padah Nak Balik Kampung, Taktik Alasan Kerja & ‘Beli Makanan Ikan’ Tak Menjadi

Share

 

Alasan klise semata-mata untuk merentas daerah mahupun negeri nampaknya sudah tidak ‘menjadi’ apabila kita bertemu dengan pegawai berkuasa di melakukan operasi.

Dua kisah berbeza, namun masing-masing mempunyai niat yang sama. Untuk merentas kawasan biarpun seluruh negara bakal diletakkan di bawah arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula esok.

Di Kemaman Terengganu, 11 orang individu telah dikenakan kompaun sebanyak RM5000 setelah mereka didakwa menggunakan laluan tikus bagi menyeberang ke daerah berlainan.

Sumber Foto: AWANI.

Sewaktu ditahan dalam operasi polis di sempadan daerah Kemaman dan Cherating, kumpulan tersebut telah memberikan pelbagai alasan bagi mengelak daripada dikompaun. Ini termasuklah alasan mendapatkan juadah berbuah, membeli makanan bagi ikan peliharaan dan macam-macam lagilah!

Untuk pengetahuan, kira-kira tujuan laluan tikus wujud di antara daerah Kemaman dan Cherating, Pahang. Mungkin disebabkan itulah, penduduk di sana berani untuk merentas kerana sudah biasa menggunakannya.

Lain pula ceritanya di kawasan Sekatan Jalan Raya (SJR) yang dilakukan di Bentong, Pahang. Seperti biasa, kenderaan di sana diperiksa satu-persatu dan di situlah, pihak berkuasa memperolehi alasan yang pelbagai daripada pengguna jalan raya yang cuba menyembunyikan niat sebenar untuk pulang ke kampung halaman.

Kongsi Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman iaitu Datuk Seri Abd Rahim Jaafar kepada rakan media di Bernama, ramai pengguna jalan raya yang menggunakan pas-pas pekerjaan untuk melepasi SJR.

Keadaan lebuh raya sesak di sekitar lokasi Sekatan Jalan Raya (SJR) di Bentong. Sumber Foto: Bernama.

Sepanjang pemeriksaan tersebut dilakukan, sebanyak 1,333 buah kenderaan telah diarahkan berpatah balik setelah pihak berkuasa menerima alasan yang tidak munasabah.

Aduh, kan dah buang masa guys.

Ingat, bukan korang saja yang teringin nak pulang berhari raya tau. Seluruh Malaysia mempunyai keinginan yang sama setelah kita tidak dapat beraya pada tahun lalu.

Namun, fokus negara kini adalah untuk menyekat penularan jangkitan COVID-19. Jangan sampai keadaan bertambah buruk seperti yang sedang berlaku di negara India, baru kita hendak ikut SOP.

Sumber: (1) (2)

Published by
FZ