Sekumpulan remaja dari Ipoh yang berusia dari 10 hingga 20 tahun dilaporkan telah dikompaun sehingga nilai keseluruhan RM40,000 kerana berkumpul bagi meraikan sambutan hari kelahiran rakan mereka.
Menurut perkongsian Facebook Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah, JAIPK dan memetik laporan akhbar tempatan, lapan orang remaja termasuk 2 orang remaja perempuan telah diserbu oleh pihak polis sekitar jam 2.15 pagi di sebuah rumah yang terletak di Taman Cempaka, Ipoh.
Ketika serbuan dilakukan, mereka telah menemui kumpulan tersebut sedang berkumpul untuk meraikan hari jadi salah seorang ahlinya.
Akhirnya, kesemuanya telah dikenakan kompaun sebanyak RM5,000 setiap seorang dan juga ditahan serta disiasat disiasat di bawah seksyen 54 EJSPk 1992 atas kesalahan berkhalwat oleh Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk).
Menurut Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan, serbuan di rumah sewa itu dilakukan bersama agensi penguat kuasa lain setelah menerima maklumat daripada orang ramai.
Untuk info, sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang dilanjutkan hingga 28 Jun ini, rakyat diwajibkan mematuhi arahan untuk tidak berkumpul atau mengadakan majlis keraian seperti kenduri, majlis perkahwinan, aktiviti keagamaan atau sebarang bentuk pengumpulan orang ramai.
Aduh, tak pasal-pasal melayang duit.
Sumber: Utusan Malaysia, Facebook JAIPk
Majelis Ulama Indonesia Sahkan, Ini Pula Statement “Beza” Dari Hab Halal JAKIM
Sejak semalam tular di media sosial minuman bubble tea Xing Fu Tang yang dikatakan sudah mendapat pengesahan halal dari Majelis Ulama Indonesia (MUI) sebagai mana dikongsikan di laman fb Xing Fu Tang Malaysia.
Dalam satu kenyataan di fb tersebut pihak Xing Fu Tang memaklumkan bahawa Xing Fu Tang telah diiktiraf Halal oleh Majelis Ulama Indonesia (MUI). Pengiktirafan ini memastikan produk kami mematuhi piawaian dan peraturan Halal yang ditetapkan oleh MUI.
Perincian sijil Halal adalah sebagai berikut:
Nombor rujuk sijil: No. 03130016420617
Tempoh sah sijil: 25 Jun 2019 – 24 Jun 2021
Kami telah memperoleh sijil halal dari MUI dan dalam proses akhir untuk mendapatkan sijil JAKIM. Majelis Ulama Indonesia (MUI) adalah salah satu Badan Pensijilan Halal Luar Negara yang telah diiktiraf oleh JAKIM. Sila layari Portal Halal Malaysia (http:// www.halal.gov.my) harap sabar menunggu.
Berita ini tentu menggembirakan peminat-peminat bubble tea. Maklumlah sebelum ini timbul perdebatan antara netizen adakah minuman viral ini halal atau tidak sehingga isu ini mendapat perhatian ramai.
Namun di sebalik kelulusan halal seperti di keluarkan oleh fb Xing Fu Tang Malaysia, pencarian REMAJA di Bahagian Hab Halal JAKIM menemukan sesuatu yang boleh korang fikirkan sendiri ya.
Dalam satu kenyataan selepas beberapa jam pihak Xung Fu Ting Malaysia memuat naik kenyataan sudah memperoleh Sijil Halal dari MUI, dilihat pihak Bahagian Hab Halal JAKIM mengeluarkan kenyataan ini.
Sehingga hari ini, premis makanan Xing Fu Tang di Malaysia masih belum memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia.
Produk yang dikilangkan serta premis makanan yang berada di Malaysia perlu memperoleh Sijil Pengesahan Halal Malaysia terlebih dahulu sebelum membuat sebarang kenyataan yang boleh mengelirukan pengguna.
Usaha murni pihak industri untuk memperoleh terlebih dahulu Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang sah pula adalah dialu-alukan.
Untuk mengetahui premis-premis makanan yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia, layari Portal Rasmi Halal Malaysia di www.halal.gov.my dan muat turun aplikasi telefon pintar Verify Halal.
So ok ke tak minum bubble tea ini korang nilailah sendiri ya!. Sebagai umat Islam, kita disyarakkan memilih makanan yang halal dan bukan meragukan. Pilihan di tangan masing-masing, betul tak?
Aryan Khan Mungkin Sambut Deepavali Dalam Tahanan Selepas Ikat Jamin Ditolak
Untuk kali kedua berturut-turut, permohonan ikat jamin bagi anak teruna Shah Rukh Khan, Aryan Khan yang kini ditahan di Penjara Arthur Road dekat Mumbai, India telah ditolak oleh Makhamah Khas Mumbai.
Penahanan akibat kes kesalahan penggunaan dadah itu sekaligus menyaksikan kemungkinan remaja berusia 23 tahun itu bakal menghabiskan sambutan perayaan Deepavali yang bakal menjelang 4 November ini di dalam tahanan.
Ini berikutan ‘cuti panjang’ yang akan diambil oleh pihak makhamah pada awal November ini bagi memberi peluang kepada para pegawainya untuk meraikan sambutan perayaan paling penting di India itu.
Untuk pengetahuan, Aryan telah ditahan bersama tujuh yang lain termasuk dua orang wanita oleh pihak Biro Kawalan Narkotik India (NCB) semasa mereka berada di sebuah kapal persiaran di Mumbai pada 3 Oktober lalu. Nama popular lain yang ada di tempat kejadian termasuklah pelakon, Arbaz Seth Merchant dan pereka fesyen, Munmun Dhamcecha.
ARTIKEL BERKAITAN : Anak Teruna Shah Rukh Khan Disiasat Kesalahan Penyalahgunaan Dadah – REMAJA
Pada malam kejadian, NCB telah merampas dadah jenis kokain (13 gram), charan – kanabis pekat (21 gram), 22 pil methamphetamine, mephedrone (5 gram) serta wang tunai lebih 1.3 juta lakh rupee.
Apa yang menjadikan siasatan kes ini berpanjangan bukan saja disebabkan penglibatan Aryan Khan sebagai anak sulung pelakon paling popular di India. Tetapi menurut Peguamcara Negara, Anil Singh; ia disiasat secara lebih teliti kerana melibatkan penyalahgunaan dadah dalam kalangan remaja dan belia.
Lebih mendukacitakan apabila Aryan berjaya dibuktikan merupakan seorang pengguna bahan terlarang sejak beberapa tahun lalu selepas siasatan dilakukan setakat ini. Malah, media di India juga melaporkan bahawa Aryan mungkin sekali terlibat dengan sindiket kartel dadah antarabangsa berdasarkan rekod perbualan di antara Aryan dan anggota kartel menerusi aplikasi WhatsApp.
Tidak hairanlah permohonan ikat jaminnya ditolak demi membantu siasatan.
Aryan dan ayahnya, Shah Rukh bagaimanapun tidak akan berputus asa. Peguam yang mewakili Aryan serta dua lagi tahanan iaitu Satish Maneshinde dan Amie Desai akan membawa permohonan ikat jamin ke Mahkamah Tinggi Mumbai selepas ini. Hujah yang akan digunakan dipercayai terarah kepada ketiadaan penemuan dadah pada Aryan sewaktu serbuan dilakukan di kapal persiaran tersebut.
*
Buat masa ini, keadaan di rumah agam Shah Rukh Khan dikhabarkan agak tegang apabila aktor itu meminta rakan selebritinya untuk tidak mengunjungi kediamannya buat seketika kerana ingin meluangkan masa bersama keluarga saja.
Malah, isteri Shah Rukh, Gauri Khan juga dikatakan melarang tukang masak keluarganya untuk menghidang sebarang juadah manis sehinggalah Aryan dibenarkan pulang ke rumah.
Gadis Ini Kongsi Cara Paling Mudah Nak Tembus Talian PTPTN Yang Selalu BZ Tak Diangkat
Tawaran dari Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang meminta peminjam untuk membuat pengemaskinian maklumat pendapatan pinjaman bagi yang berhajat untuk menangguhkan bayaran pinjaman PTPTN kerana gaji belum mencecah RM4000, tentunya disambut baik oleh ratusan ribu peminjam. Ya lah, dalam keadaan sekarang, kita pun tak pasti sama ada peminjam itu mampu atau tak tapi yang pasti ianya tetap terhutangkan. Tangguh bukan bermakna hutang burn.
Memandangkan masa agak suntuk kerana diberi sehingga 25 Julai ini saja, antara majklumat yang perlu ada ialah nombor pinjaman. Nak dapatkan nombor pinjaman tu, korang kenalah dail ke talian disediakan. Tapi tentu rasa tensionkan apabila setiap kali bercakap, kita kena cakap dengan mesin. Tak dapat pun nak cakap dengan pegawai bertugas.
Nak salahkan pegawai yang bekerja di situ tak adillahkan kerana mereka mungkin perlu berurusan dan melayan karenah berpuluh-puluh ribu peminjam yang mungkin ada niat yang sama dengan korang iaitu hendak menangguhkan bayaran kerana gaji belum mencecah RM4000 dan masa yang sama masing-masing sibuk mengisi maklumat peribadi untuk pengemaskinian maklumat pendapatan peminjam.
Tapi perkongsian dari seorang gadis ini, atas nama fbnya, Khai Run Nisa telah mengajar kawan-kawan yang terlalu susah untuk tembus talian PTPTN ini dengan tekniknya. Caranya nampak mudah kerana dia sendiri telah mencuba dan berjaya lakukannya kurang dari beberapa minit sahaja. Siap dengan nombor telefon bimbit pegawai PTPTN lagi. Mudah sangat-sangatlah kerjakan.
Memandangkan tempoh diberi semakin suntuk, hari ini pun dah tinggal enam hari lagi, apa kata korang yang nak buat penangguhan tu, tiru cara gadis ini. Jom tengok macam mana Khai Run Nisa lakukan. Dia ajar step by step lagi. Mudah dan sangat simple.
Langkah 1
Pada yang try call careline banyak kali tapi takde yang jawab and malas nak ke pejabat ptptn yang berhampiran boleh try whatsapp pegawai pejabat ptptn yang berikut tu ya. Pastikan format whatsapp tu mengandungi :-
1. No. IC peminjam
2. Nama penuh peminjam
3. Nama ibu peminjam
4. Nama kursus pengajian peminjam
Kemudian tunggu respon dari pegawai tersebut tapi jangan terlampau memaksa kerana banyak lagi kerja pegawai tu dari nak melayan korang je
Langkah 2
Lepas dah whatsapp pegawai bertugas PTPTN tu sila tunggu sebab nanti diorang akan respon korang dengan no pinjaman ptptn korang . Lepas tu da boleh key in dalam sistem ptptn kemaskini maklumat pendapatan
Langkah 3
Lepas dapat no pinjaman ptptn korang tu boleh la search website ( http://www.ptptn.gov.my/akuanpendapatan/ )
Lepas da log masuk tu isi la segala details pasal diri korang tu dalam website tu
Langkah 4
Nie antara contoh soalan yang dia minta kita isi details dalam website tu , contoh dalam website tu tak sempat nak screenshot tadi
Lepas dah settle isi tu korang click ✅ dekat saya mengaku tu then click button hantar kemudian dia akan keluar macam nie then korang print out la untuk simpanan korang
Langkah 5
Sekian selesai la urusan korang untuk kemaskini maklumat pendapatan ptptn korang. Alhamdulillah selesai satu hal tunggu la arahan selanjutnya dari pihak ptptn ☺️