Seorang pelajar kolej dihukum menjalani 240 jam khidmat masyarakat sebagai balasan atas perbuatannya menodai kekasihnya yang baru berusia 13 tahun.
Kejadian ini telah menimbulkan kegusaran dalam masyarakat tentang tingkah laku seksual di kalangan remaja dan isu keberkesanan undang-undang sedia ada dalam melindungi golongan bawah umur.
Menurut laporan Sinar Harian, Hakim, Datin Surita Budin menjatuhkan hukuman berkenaan terhadap tertuduh, Ronaldo Sillo Chundi, 20, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan dibacakan.
Beliau turut mengarahkan tertuduh dihadapkan semula ke mahkamah serta boleh dihukum mengikut peruntukan hukuman asal sekiranya gagal menjalani khidmat masyarakat berkenaan.
Selain itu, remaja berkenaan dikehendaki melaporkan diri di balai polis berhampiran pada setiap 1 hari bulan setiap bulan dan perlu mengikut sesi kaunseling diadakan serta mematuhi jadual aktiviti yang ditetapkan pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Surita juga mengenakan bon cagaran RM5,000 dengan penjamin daripada ahli keluarga dan sekiranya gagal, boleh dikenakan penjara setahun.
Mengikut pertuduhan, tertuduh telah melakukan kesalahan merogol seorang remaja berusia 13 tahun di sebuah hotel di Port Dickson, kira-kira jam 3 petang, 15 Mei lalu.
Berikutan itu, tertuduh melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan dan jika disabitkan boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan sebat.
Peguam, Kartikeyan Supramaniam merayu hukuman berbentuk khidmat masyarakat dikenakan terhadap anak guamnya memandangkan tertuduh adalah pesalah muda, malah mangsa dalam kes itu adalah teman wanitanya.
BACA : Dafi Tampil Dengan Imej Kurus Dan Cengkung, Netizen Bimbang Tahap Kesihatan – ” Rindu Dafi Yang Dulu..”
Sumber : Sinar Harian
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.