Sebagaimana kita tahu, seramai 403,637 calon tengah menduduki peperiksaan SPM 2022 bermula Rabu lepas.
Namun, satu insiden yang tidak menyenangkan telah berlaku apabila satu video yang telah tular di media sosial.
BACA LAGI : Guru Kongsi Tip Dan Cara Kreatif Ajar Subjek Sejarah, Pelajar Beri Respon Gembira
Remaja lelaki tersebut dilihat mengeluarkan kata-kata kesat sejurus selepas menduduki peperiksaan SPM. Terlarut dengan emosi, pelajar tersebut bertindak menghina pembuat kertas soalan Sejarah selain turut mengeluarkan kenyataan sensitif mengenai Singapura.
Sedar akan kesilapannya, remaja lelaki tersebut bersama rakannya iaitu perakam video tampil membuat permohonan maaf menyesali tindakannya itu.
Ditahan Polis
Rentetan daripada itu, Polis Diraja Malaysia mengesahkan tindakan mereka menahan dua pelajar yang tidak berpuas hati dengan soalan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia adalah mengikut peruntukan undang-undang.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Superintenden Suffian Abdullah berkata kedua-dua pelajar berusia 18 tahun itu direman selama dua hari bagi menjalankan siasatan mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1995 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
“Tahanan reman selama dua hari terhadap dua pelajar ini dibuat bagi merakam keterangan dengan lebih teliti dan menyemak fakta daripada pihak berkaitan termasuk isi kandungan telefon bimbit serta mendapatkan laporan disiplin daripada pihak sekolah.
“Walaupun mendapat perintah tahanan reman selama dua hari namun setelah berpuas hati dengan siasatan yang dibuat, kedua-dua pelajar dibebaskan hari ini pada 11 pagi dengan jaminan polis,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya…huhu
BACA LAGI : Gagal 3 Subjek Ujian Percubaan, Pelajar Kongsi Kebangkitan SPM Hingga Terima Anugerah Daripada Tun M
Sumber: BERNAMA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.