Padam Nama Pentas Di Media Sosial, The Weeknd Kini Mahu Dikenali Sebagai Abel Makkonen Tesfaye

Share

Penyanyi dan penulis lirik popular, The Weeknd dengan rasminya sudah tidak lagi memakai nama pentasnya itu.

Jejaka berusia 33 tahun itu, kini mahu dikenali sebagai Abel Makkonen Tesfaye iaitu nama sebenar seperti yang tertera dalam kad pengenalannya.

Penyanyi lagu terkenal Die For You itu juga dilihat telah mengikut perancangannya untuk ‘menghapuskan’ nama The Weeknd yang diberitahu sebelum ini.

ARTIKEL BERKAITAN : Sepadan! Peminat ‘Ship’ The Weeknd Bersama Pelakon Squid Game, Jung Ho-yeon

“Penukaran nama ini adalah perancangan paling besar untuk Kill The Weeknd,” kata Tesfaye kepada W Magazine sebelum ini.

Selain itu, Tesfaye turut menyatakan meskipun menggunakan pengenalan nama sebagai Abel, dia akan terus dan tidak berhenti untuk berkarya dalam industri muzik.

Bintang kelahiran Kanada juga memberitahu album yang akan dilancarkan kelak merupakan terakhir kali dia menggunakan nama The Weeknd.

“Saya mahu menutup babak The Weeknd. Saya masih membuat muzik, sama ada sebagai Abel atau The Weeknd.

“Apa yang pasti saya mahu ‘membunuh’ The Weeknd dan (lahir semula. Saya kini dalam fasa bertenang.

“Ini sesuatu yang perlu saya lakukan. Sebagai The Weeknd saya telah menyatakan apa yang ingin disampaikan,” kongsinya lagi.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER FOTO: Instagram The Weeknd

Published by
Fath