Pagi Nikah Petang Konvokesyen, Graduan Ini Rai Dua Momen Bahagia Dalam 1 Hari

Share

Setiap individu pastinya mempunyai kenangan manis yang dicipta sepanjang hidup mereka. Seperti yang dilalui seorang siswazah meraikan dua berita gembira dalam satu hari, pagi bernikah dan petang menghadiri hari konvokesyen.

Foto: Universiti Sultan Zainal Abidin – FB Rasmi

Graduan Ijazah Sarjana Muda Pengimejan Perubatan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Ameerul Hakim Muzi @ Ahmad Fauzi dan pasangan, Nur Izzatul Nabilah Ghazali sepatutnya bernikah pada Mei ini namun disebabkan kekangan kerja isteri yang agak padat, tarikh tersebut telah dipercepatkan dan majlis sudah ditetapkan di sebuah hotel.

Foto: Universiti Sultan Zainal Abidin – FB Rasmi

Graduan itu hanya mengetahui hari konvokesyen pada bulan lepas dan mustahil baginya untuk menunda atau mempercepatkan tarikh pernikahan kerana semua persiapan sudah dibuat seperti tempahan hotel dan undangan tetamu.

Jelasnya, dia pada awalnya terkilan dan sedih kerana terpaksa membuat keputusan untuk tidak hadir di majlis konvokesyen dan menganggapnya sebagai tiada rezeki, namun sebaik sahaja dimaklumkan kepada pihak UniSZA bahawa dia tidak dapat hadir kerana majlis pernikahan, lain pula yang berlaku. Pihak pengurusan UniSZA memberi kebenaran untuk Ameerul Hakim hadir pada sesi petang.

Foto: Universiti Sultan Zainal Abidin – FB Rasmi

Inilah yang dikatakan rezeki kahwin. Hiks! Semua urusannya dipermudahkan dan kedua-dua majlis juga berjalan dengan lancar. Walaupun kepenatan, tetapi semuanya berbaloi kerana dapat meraikan dua majlis bahagia ini dalam masa serentak.

Tahniah kami ucapkan kepada Ameerul Hakim dan pasangan.

**

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Sumber: (1)

pag

Published by
Noor Ain Norman