Mungkin tak ramai yang perasan dengan kelibatan peniaga muda di platform Live Streaming ini.
Kebelakangan ini, ramai orang muda sudah mula memberanikan diri mereka untuk muncul di platform online streaming sama menerusi Instagram Live, Facebook Live, Bigo Live atau Twitter Live untuk mempromosikan produk jualan masing-masing.
Menariknya, kebanyakan daripada mereka ini muncul selepas jam 12 tengah malam kerana pada waktu itulah, pembeli potensi mereka menatap telefon pintar masing-masing sebelum tidur. Kadang-kadang, dah macam tengok GoShop pula tengah-tengah malam.
Tak dapat dinafikan, interaksi di antara peniaga dan pembeli itu menjadi salah satu faktor ia ditonton oleh ramai orang. Kebanyakan peniaga hanya menjadi diri sendiri dan mengetahui kelebihan produk masing-masng.
Melihatkan kepada aktiviti tersebut yang semakin popular; lebih-lebih lagi dalam musim Perintah Kawalan Pergerakan sekarang di mana ramai orang muda yang kehilangan pekerjaan, hurr.tv mengambil inisiatif memperkenalkan program realiti terbaru, Jual Letop.
Program realiti dalam talian ini bertujuan untuk mencungkil bakat-bakat baharu untuk tampil sebagai seorang hos live streamer berkebolehan.
Kata pengacara Jual Letop iaitu Datuk Aznil Haji Nawawi, dia berbesar hati untuk menjadi sebahagian daripada program untuk melahirkan bakat baru pengacaraan. Dengan ilmu pengacaraan selama lebih 30 tahun, beliau tak sabar untuk berkongsi pengalaman dan melihat siapa yang berpotensi.
“Nasihat saya, yakin dengan keunikan diri sendiri, always be yourself dan jangan kekok untuk beraksi di hadapan kamera,” tambahnya.
Daripada peniaga online streaming kepada bakal pengacara, not bad right?
Di antara syarat-syarat penyertaan program Jual Letop adalah korang perlu berusia 18 tahun ke atas dan tidak terikat dengan mana-mana agensi bakat. Apa yang perlu korang lakukan adalah merekod diri sendiri mempromosikan barangan dengan durasi tidak melebih 5 minit.
Korang boleh memilih untuk bercakap dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris. Muat naik saja video tersebut di Facebook dan Instagram korang dengan hashtag #hurrtvJualLetop. Tag-kan juga akaun rasmi hurr.tv.
Tarikh tutup penyertaan adalah pada 15 November ini pada jam 6 petang. Peserta yang layak untuk ke peringkat seterusnya akan diminta hadir ke studio untuk mendapat bimbingan eksklusif daripada Pak Nil sendiri.
Di akhir program nanti, hanya 10 orang akan berentap untuk membawa pulang hadiah utama bernilai RM50,000!
Selain menerima hadiah wang tunai, 5 pemenang utama juga akan diberi peluang untuk mengacara di platform hurr.tv. Jom sertai!