Pakai Baju Kurung Pun Boleh Nampak ‘Urban’ – 4 Pereka Fesyen Ini Buktikannya

Share

 

Kecoh sebentar dunia media sosial di Malaysia selepas seorang pereka fesyen dari Belanda melontarkan komen terhadap pemakaian tradisional Baju Kurung yang semakin ‘dilupakan’ telah menerima kecaman dari pelbagai sudut terutamanya di kalangan pengguna net wanita.

Komen tersebut telah dikeluarkan oleh Lisette Scheers yang juga merupakan pengasas jenama Nala Designs di Malaysia kepada rakan media di South China Morning Post pada hari Jumaat lalu.

Pengasas Nala Design Lisette Scheers. Sumber Foto: NSTP.

Dalam artikel yang ditulis oleh Thomas Bird itu, Lisette membandingkan budaya di Kuala Lumpur pada era 1970-an kepada gaya hidup masyarakat pada hari ini dan berharap dapat “mengajak orang ramai menghormati (budaya) yang kita ada” dan adalah “menjadi impiannya untuk melihat baju kurung kembali dipakai oleh (wanita di sini)”.

Mungkin niat Lisette itu baik, namun komen tersebut tidak dihargai oleh warga net yang menganggap Lisette harus keluar dari ‘kepompong expatriate’ di Bangsar atau Mont Kiara dan melihat orang Malaysia memakai baju kurung dalam kehidupan seharian.

Kira kena backfired lah ni..

*

Sebenarnya, ramai saja yang masih bangga menyarung pakaian tradisional ketika keluar rumah. Mungkin bukan pada setiap hari dan apa yang kita pakai haruslah bersesuaian dengan aktiviti pada hari tersebut.

Namun, kita BELUM lagi pada tahap ‘melupakan’ tradisi pakaian tradisional dan ramai saja pereka fesyen yang masih mengeluarkan pakaian tradisional seperti baju kurung yang membuatkan pemakai kelihatan moden. Tak percaya, cuba lihat:

.

.

Nurita Harith

Sumber Foto: Instagram @nuritaharith.

Sumber Foto: Instagram @nuritaharith.

Seperti biasa, Nurita cukup pantas dalam menetapkan trend dan stail yang akan hangat diperkatakan pada setiap tahun dengan sentuhan romantik dan feminin pada rekaan baju kurung moden. [FOTO] ‘Eloise’ & ‘Juniper’ dari koleksi Lebaran Luxe 2021.

.

.

Alia Bastamam

Sumber Foto: Instagram @aliabastamamkl.

Sumber Foto: Instagram @aliabastamamkl.

Alia Bastamam KL ialah jenama yang aktif memberikan inspirasi kepada pembeli koleksi mereka mengenai cara terbaik menyuai padan baju kurung dan baju kebaya moden yang mereka perkenalkan dengan aksesori sesuai. [FOTO] Dari koleksi Alia Horizons untuk acara KLFWRTW Digital 2020

.

.

Syomirizwa Gupta

Sumber Foto: Instagram @syomirizwagupta.

Sumber Foto: Instagram @syomirizwagupta.

Sumber Foto: Instagram @syomirizwagupta.

Talk about diversity & inclusivity. Syomirizwa Gupta merupakan pereka fesyen yang sentiasa meraikan budaya di Malaysia dengan menyediakan koleksi khas bukan hanya semasa perayaan Aidilfitri malahan pada musim Tahun Baru Cina.

Jangan kita lupa pula sentuhan budaya masyarakat India yang diterapkan Syomir untuk busana filem pendek Kugusaran oleh Syomirizwa; khas untuk acara KLFWRTW Digital 2020. [FOTO] Koleksi Eid Luxe 2020 & The Cheongsam Resort Collection.

.

.

Rico Rinaldi

Sumber Foto: Instagram @ricorinaldi.

Sumber Foto: Instagram @ricorinaldi.

Meskipun Rico melancarkan koleksi ICCO Bucket Bag terbaru pada 27 November lalu, modelnya masih dilihat menyarungkan baju kurung moden!

Satu perkara yang penulis sentiasa gemari mengenai rekaan baju kurung dari Rico Rinaldi adalah keinginannya mengajak pemakai untuk berani menyarungkan rekaan cetakan dan pelbagai potongan. Yang penting, koleksi dari Rico Rinaldi sentiasa menjamin keselesaan. [FOTO] Raya 2020

*

Justeru, pemakaian baju kurung atau pakaian tradisional lain tidak harus dipandang sebagai ‘pakaian kampung’ lagi. Ia jelas sesuai disarung ke mana saja asalkan bersesuaian dengan aktiviti yang kita lakukan.

Iyalah, takkanlah nak jogging dengan memakai baju kurung? Tak gitu..

Apapun, Lisette menerusi akaun Instagram Nala Designs telahpun memuat naik permohonan maaf sekiranya ada yang tersalah faham dengan apa yang dimaksudkannya dalam artikel tersebut.

Published by
FZ