Normal lah bagi golongan selebriti, apabila mereka tampil dengan gaya fesyen baharu di media sosial; tentunya ia akan menuai pujian mahupun kritikan daripada warganet.
Dek kerana tidak biasa melihat mereka dengan penampilan terbaru itu, rata-rata warganet pasti mempunyai pendapat peribadi berkenaan gaya selebriti tersebut.
Begitulah yang terjadi kepada penyanyi dangdut muda Indonesia, Lesti Kejora pada minggu ini.
Jika dahulunya, peminat selesa melihat isteri Rizky Billar ini dengan gaya berhijab Lesti yang sederhana dan mematuhi syariah; lain pula gayanya semalam apabila dia bergambar di dalam sebuah kenderaan Stylovers.
Khabarnya, kenderaan jenis ‘sport’ itu bernilai tidak kurang daripada 2 juta Rupiah atau kira-kira RM574,000.
Ads
Tidak seperti kebiasaan dengan lilitan tudung jenis bawal, Lesti tampil bergaya dengan balutan shawl ke belakang dan lebihan fabrik hijabnya dilepaskan begitu sahaja. Difahamkan, Lesti kini sedang bercuti di kepulauan Bali bersama suaminya.
Menerusi hantaran yang sehingga kini telah mencatatkan lebih daripada 500,000 ‘likes’, Lesti mencacat status puji-pujian kepada Ilahi berbunyi, “MashaAllah, TabarakAllah.”
Tinjauan ke bahagian komentar mendapati warganet terkejut dengan gaya baharu Lesti itu.
Ads
“Makin kesini makin kemari jilbabnya. Mengapa Lesti Kejora suka sangat memakai jilbab gaya begini padahal tidak sesuai sekali dengan bentuk wajahnya. Sudah ibarat golongan ibu yang menjual pecel di pasar tau,” komen salah seorang daripada mereka.
“Saya cuma mahu beritahu dia makin cantik kalau pakai jilbab segi empat (tudung bawal).”
“Lehernya! Semoga Lesti Kejora mampu memperbaiki gaya jilbabnya.”
Komen-komen sedemikian tentunya hadir dengan niat untuk melihat Lesti tidak jauh tersasar daripada gaya pemakaian hijab mengikut syariah seperti dahulu kala. Lagipun, dia sememangnya kelihatan lebih manis dengan gaya yang dulu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Menjelang pelancaran iPhone 8 yang dijangka berlangsung bulan depan, semakin rancak ura-ura berkaitan rekaan, spesifikasi, dan ciri-ciri-ciri baharu yang dispekulasi oleh warga internet.
Perdebatan paling panas setiap kali Apple mengeluarkan model terbaharu pastinya mengenai price tag yang tergolong dalam harga premium.
Beberapa laporan menyatakan bahawa model terbaharu ini akan berharga antara USD $1100 ke $1500 (RM4698 ke RM6409 sebelum cukai), manakala majoriti meletakkan andaian pada harga lebih $1000.
The New York Times pula baru-baru melaporkan bahawa Apple sedang mempertimbangkan harga jualan iPhone 8 bermula sekitar $999 (RM4268 sebelum cukai), rendah sedikit berbanding kebanyakan pendapat.
Pada harga $999 tersebut, spesifikasi yang dijangkakan ialah iPhone 8 dengan storan 64GB, manakala model 256GB dijangka dijual pada $1100.
iPhone 8 dikatakan bakal mempunyai skrin OLED yang hampir tiada bezel, dwi-kamera vertikal, dan teknologi pengimbas wajah.
Peminat iPhone yang sudah lama sabar menanti model terbaru ini, pastikan anda sudah bersedia untuk berpisah dengan sekurang-kurangnya RM5000. Atau, boleh tunggu pakej dari telco untuk bayar secara ansuran. Apa pendapat korang, berbaloi ke tak?
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Takziah REMAJA ucapkan kepada seluruh ahli keluarga pengarah tersohor negara, Mamat Khalid yang meninggal dunia lewat malam tadi di Hospital Slim River, Perak susulan serangan jantung.
Mamat Khalid, 58 meninggalkan seorang balu, Hasmah Hassan dan lima orang naik. Arwah telah disembahyangkan di Masjid Jamek Idris Iskandar Shah sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Kampung Paloh selepas solat Zuhur hari ini.
Di saat seluruh rakyat Malaysia masih terkejut dengan perkhabaran tersebut, abang arwah yang juga merupakan kartunis terkenal, Datuk Mohammad Nor Khalid ataupun Datuk Lat berkata mereka sekeluarga redha dengan pemergian beliau.
Abang kepada arwah Mamat Khalid, Datuk Lat.
Menyifatkan arwah Mamat Khalid sebagai seorang pencinta seni tegar kepada rakan media di Berita Harian, Datuk Lat juga merasakan banyak perkara dan minat sama yang dikongsi oleh mereka berdua di samping tiga lagi adik-beradik yang lain. Senang cerita, seluruh keluarganya itu punyai minat dalam bidang seni. Ada yang pandai menyanyi, melukis, bermain alat muzik dan dalam kes arwah Mamat Khalid, bergelar sutradara yang cukup kreatif.
“Seperti saya, arwah seperti pulang ke sarang (Ipoh) untuk berkarya. Saya pun akhirnya balik ke sini selepas puas merantau.
“Arwah antara seniman yang terus mengangkat Perak sebagai lokasi penggambaran utama kerja seninya. Hinggakan arwah mengasas dan menubuhkan kafe Sarang Art Hub di Tanjong Malim sebagai pusat hentian dan persinggahan berpaksi seni,” ulasnya.
Allahyarham Mamat Khalid.
Untuk pengetahuan, sebelum arwah Mamat Khalid dikejarkan ke hospital dengan menaiki ambulans , beliau sebenarnya berada di kafe Sarang Art Hub tersebut yang menganjurkan persembahan langsung kumpulan Pasukan Gerak Am (PGA) Batalion 3 Orang Asli semalam. Ketika sedang membuat persembahan dengan bermain keyboard, secara tiba-tiba arwah tidak sedarkan diri disebabkan serangan jantung.
Antara karya seni arwah Mamat Khalid yang masih menjadi tontonan rakyat Malaysia dari semasa ke semasa termasuklah filem Hantu Kak Limah Balik Rumah, Man Laksa, Kala Malam Bulan Mengambang, Rock, Rock Oo!, Apokalips X, Estet dan Rumah Pusaka Di Simpang Jalan.
Seperti Datuk Lat yang sinonim dengan karya Kampung Boy yang menceritakan mengenai kehidupannya sebagai Lat (panggilan manja yang lebih pendek kepada ‘Bulat’ iaitu panggilan keluarga beliau kepadanya semasa membesar) di Perak dahulu kala, kebanyakan filem-filem arahan Mamat Khalid ini juga mengambil tempat di Perak.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tak sia-sia Hael Husaini ‘melamar’ Dayang Nurfaizah untuk berduet sama.
Semalam secara rasminya, single terbaru Hae, Haram yang menampilkan vokal Dayang Nurfaizah berjaya merampas takhta lagu nombor satu di carta iTunes Malaysia. Satu pencapaian yang dikira mantap memandangkan terdapat beberapa lagu antarabangsa lain yang turut berada dalam senarai Top 10 carta tersebut.
Carta terkini iTunes Malaysia
Di nombor kedua adalah single paling hangat Sufian Suhaimi, Di Matamu dan ia diikuti dengan single Achey, Yang Terindah di kedudukan kelapan. Dua lagi lagu penyanyi Malaysia yang turut tersenarai dalam Top 10 ialah Tak Pernah Hilang nyanyian Amylea dan Kaer serta Sampai Jadi oleh Joe Flizzow ‘feat’ Alif.
Dalam posting di Instagram, Hael mengucapkan terima kasih kepada peminat yang membeli single terbarunya itu di iTunes dan berharap agar mereka terus menyokong Haram. Ia diikuti dengan ucapan tahniah oleh beratus-ratus peminat Hael semalam.
Strategi Hael dan Dayang untuk memberikan persembahan eksklusif pertama Haram di pentas Anugerah Meletop Era 2018 pada Ahad minggu lalu nampak berjaya menjadikan single tersebut siulan terbaru peminat. Malah, ia juga diputarkan dengan kerap di stesen radio tempatan.
Dalam temu bual bersama akhbar Berita Harian, Hael berkongsi rasa syukurnya apabila impian untuk berduet dengan penyanyi idolanya, Dayang Nurfaizah bertukar menjadi kenyataan selepas pengurusan Dayang bersetuju dengan cadangan tersebut.
“Walaupun berdepan kekangan masa, Dayang begitu profesional. Dia komited dalam menjayakan projek ini. Begitu juga ketika penggambaran video muzik, Dayang memberikan komitmen terbaik,” kata Hael.
Video muzik Haram telah dilancarkan serentak di YouTube Rocketfuel Network dan beberapa platform lain semalam. Setakat ini, ia telah mendapat hampir 165,000 jumlah tontonan dan angka itu dijangka akan terus meningkat dalam beberapa hari ini. Cuba tengok sendiri, best tak?
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Gagal sekali tidak bermaksud gagal selamanya.Begitulah yang dapat diungkapkan terhadap kejayaan wakil negara Filipina, Alexie Brooks sebelum mengecap kejayaan sebagai Miss Eco International 2025;...