Normal lah bagi golongan selebriti, apabila mereka tampil dengan gaya fesyen baharu di media sosial; tentunya ia akan menuai pujian mahupun kritikan daripada warganet.
Dek kerana tidak biasa melihat mereka dengan penampilan terbaru itu, rata-rata warganet pasti mempunyai pendapat peribadi berkenaan gaya selebriti tersebut.
Begitulah yang terjadi kepada penyanyi dangdut muda Indonesia, Lesti Kejora pada minggu ini.
Jika dahulunya, peminat selesa melihat isteri Rizky Billar ini dengan gaya berhijab Lesti yang sederhana dan mematuhi syariah; lain pula gayanya semalam apabila dia bergambar di dalam sebuah kenderaan Stylovers.
Khabarnya, kenderaan jenis ‘sport’ itu bernilai tidak kurang daripada 2 juta Rupiah atau kira-kira RM574,000.
Tidak seperti kebiasaan dengan lilitan tudung jenis bawal, Lesti tampil bergaya dengan balutan shawl ke belakang dan lebihan fabrik hijabnya dilepaskan begitu sahaja. Difahamkan, Lesti kini sedang bercuti di kepulauan Bali bersama suaminya.
Menerusi hantaran yang sehingga kini telah mencatatkan lebih daripada 500,000 ‘likes’, Lesti mencacat status puji-pujian kepada Ilahi berbunyi, “MashaAllah, TabarakAllah.”
Tinjauan ke bahagian komentar mendapati warganet terkejut dengan gaya baharu Lesti itu.
“Makin kesini makin kemari jilbabnya. Mengapa Lesti Kejora suka sangat memakai jilbab gaya begini padahal tidak sesuai sekali dengan bentuk wajahnya. Sudah ibarat golongan ibu yang menjual pecel di pasar tau,” komen salah seorang daripada mereka.
“Saya cuma mahu beritahu dia makin cantik kalau pakai jilbab segi empat (tudung bawal).”
“Lehernya! Semoga Lesti Kejora mampu memperbaiki gaya jilbabnya.”
Komen-komen sedemikian tentunya hadir dengan niat untuk melihat Lesti tidak jauh tersasar daripada gaya pemakaian hijab mengikut syariah seperti dahulu kala. Lagipun, dia sememangnya kelihatan lebih manis dengan gaya yang dulu.
ARTIKEL BERKAITAN: Cantik Betul Persalinan Serba ‘Lilac’ Lesti Kejora, Sopan Tapi Mewah! – REMAJA
BACA LAGI: Kaya Menerusi Dangdut Walaupun Berhijab, Siapa Lesti Kejora? – REMAJA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.