Dua hari lagi sebelum Rare Beauty akan menemui stor Sephora!

 

Dua hari saja tinggal sebelum jenama kosmetik, Rare Beauty dilancarkan.

 

Diasaskan oleh Selena Gomez, penyanyi dan pelakon itu telahpun memuat naik pelbagai bentuk promosi sejak ia diumumkan pada Februari lalu.

Disebabkan kekangan pandemik Covid-19 di seluruh dunia terutamanya di Amerika Syarikat, Selena dan pasukan Rare Beauty terpaksa menangguhkan pelancaran tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Selena Gomez Simpan Stok Rare Beauty Di Rumah?

Jom kita lihat 5 produk awal yang confirm bakal dipasarkan di rak-rak Sephora seluruh dunia pada bulan September ini.

 

48 Tona Bedak Asas“Pakai Jari Pun Boleh” Lihat 5 Produk Awal Jenama  Kosmetik Selena Gomez Ini

Yes girls, Rare Beauty juga tidak terkecuali daripada menawarkan pelbagai tona bedak asas ataupun foundation bagi kegunaan warna kulit berbeza.

Ads

Seperti yang pernah dikatakan oleh Selena, dia enggan jenama ini mendiskriminasi mana-mana pembeli daripada latar belakang, jantina dan jenis kulit yang berbeza.

“Bukan itu saja, kebanyakan daripada produk Rare Beauty juga amat fleksibel dan boleh digunakan dengan mencalit pada jari saja.”

 

Lip Souffle“Pakai Jari Pun Boleh” Lihat 5 Produk Awal Jenama  Kosmetik Selena Gomez Ini

Semua Selenators tahu bahawa Selena sememangnya ‘menggilai’ produk bibir, terutamanya yang berwarna merah.

Justeru tidak hairanlah apabila di antara produk terawal Rare Beauty adalah lip souffles. Selena amat menitik beratkan produk ini apabila ia melalui beberapa proses ‘trial & error’ demi memastikan ia sempurna untuk pembeli.

“Ia rasa seperti mousse, tapi pada masa yang sama ia terasa seperti lip stain juga. Mudah untuk diaplikasi semula sepanjang hari,” jelas penyanyi itu.

 

Ads

Concealer“Pakai Jari Pun Boleh” Lihat 5 Produk Awal Jenama  Kosmetik Selena Gomez Ini

Concealer seringkali dikhuatiri oleh pembeli kerana mereka betul-betul perlu mendapatkan shade sesuai bagi menutup cacat cela pada wajah.

Selena memastikan concealer Rare Beauty mudah digunakan dan tidak complicated.

 

Pemerah Pipi“Pakai Jari Pun Boleh” Lihat 5 Produk Awal Jenama  Kosmetik Selena Gomez Ini

Berbeza dengan pemerah pipi yang selalu kita miliki, Soft Pinch Liquid Blush ini menggunakan formulasi ringan dan mudah untuk diratakan pada tulang pipi bagi impak flushed cheeks serta effortless beauty.

Boleh didapati dalam kemasan matte dan dewy, antara rona yang kami gemari ialah Love, Bliss dan Happy.

 

Ads

Penggaris Mata“Pakai Jari Pun Boleh” Lihat 5 Produk Awal Jenama  Kosmetik Selena Gomez Ini

Girls, korang tahu kan betapa sukarnya untuk kita mencari penggaris mata yang kita selasa gunakan..

It is okay if you want to stick to your existing liner. Namun, kelebihan yang ada pada Perfect Strokes Matte Liquid Liner ialah ia mudah diaplikasi pada mata, 100 peratus diperbuat daripada bahan vegan dan boleh bertahan lama.

*

Buat masa ini, Sephora Malaysia masih belum mengesahkan sama ada ia akan memasarkan koleksi Rare Beauty pada masa yang sama seperti di Amerika Syarikat.

Namun kami yakin ia akan tiba di Malaysia tidak lama lagi. Tak sabar!

Sebelum mencuba alat solekan baru itu, apa kata korang perbaiki dulu keadaan kulit yang sedikit kering dengan cuaca hangat di Malaysia sekarang.

Musim Panas Buatkan Kulit Kering & ‘Itchy’, Lihat 9 Cadangan Moisturizer Terbaik

 

 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI