Pakai Pakaian Sedondon Setiap Hari, Pasangan Jepun Ini Sering Kongsi Foto Sweet Di IG

Share

Satu ketika dahulu, pasangan dari Jepun ini pernah viral kerana memakai pakaian yang hampir sama setiap hari dan memuat naik gambar bersama di laman instagram mereka, bonpon511.

Dua tahun lepas, pasangan ini hanya mempunyai lebih kurang 90 ribu pengikut di instagram, tapi kini followers mereka telah meningkat kepada hampir 800 ribu orang.

Wow, hebatlah grandpa dan grandma ni. Hiks!

Kedua-duanya berumur lebih daripada 60 tahun dan telah mendirikan rumah tangga sejak 39 tahun yang lalu. Apa yang menariknya tentang pasangan ini, ke mana saja mereka pergi pasti mengenakan pakaian sedondon. Macam inilah kan baru relationship goals kan. Hehe!

Sejak mereka memuat naik foto pertama bersama pada Disember 2016, pasangan ini telah pun viral di seluruh dunia kerana memotretkan gambar dan gaya sedondon buat tatapan umum.

Jom kita lihat antara pada pakaian sedondon mereka yang dikongsi di laman sosial. Serius comel dan sweet gila!

Amacam, sweet tak? Apa lagi, tag la pasangan korang. Hiks!

Sumber: 9gag

Published by
Noor Ain Norman