Kecantikan

Pakai Pelembap Sejak Remaja, Rahsia Kulit Cantik LUNA MAYA

Share

Wajah mulus, bersih dan berseri dambaan setiap insan bergelar wanita. Oleh itu, pelbagai cara dilakukan demi memastikan kulit sentiasa cantik dan lembap.

Maka sebab itulah amat penting untuk kita konsisten dengan rutin penjagaan harian yang telah ditetapkan. Selepas mencuci muka dan meletakkan toner, perlu pula menyapu pelembap muka agar wajah akan menjadi lebih hidrasi. Begitulah pelakon Luna Maya berkongsi cara dia menjaga kecantikannya di usia 40 tahun.

Memetik laporan Liputan6, dia mula menjaga kulitnya sejak usia 20-an dan antara benda wajib yang sentiasa dipakainya adalah pelembab wajah.

Menurut pelakon filem Bernafas Dalam Lumpur, dia juga sama seperti wanita lain yang mahukan kulit wajah cerah.

Pakai Pelembap Sejak Umur 20-an

“Menjaga kebersihan kulit sangat penting sebab ramai wanita kerap menggunakan alat solekan dan terkena sinaran matahari.

“Saya mula merawat dan menjaga kulit ketika usia 20-an. Selain mencuci wajah selepas solekan, saya juga sentiasa menggunakan pelembab wajah.

“Sama seperti ramai wanita, saya juga ingin kulit cerah. Bukan putih tapi cerah. Cerah itu tidak semestinya putih,” katanya.

Jangan salah faham pula, maksud Luna Maya bukan pakai sebab nak kulit putih ya tetapi lebih kepada nak cerah dan sihat. Jadi korang pun perlu menjaga kulit dari remaja ini. Barulah kulit sihat dan bersih tanpa cela!

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER FOTO: Instagram Ikmal Amry

 

Published by
Nana