Jika sebelum ini pakaian rasmi atlet Malaysia untuk Olimpik 2024 mencetuskan perdebatan netizen. Sehinggakan ramai tampil ‘membantu’ membuat semula.

ARTIKEL BERKAITAN : Selepas Terima Kritikan Hebat, Ini Pakaian Rasmi Kontinjen Negara Ke Olimpik Paris 2024

Lain pula respon diberi netizen pada pakaian rasmi Sukan Paralimpik di Paris 2024.

Pakaian Rasmi Atlet Paralimpik Ke Paris Tonjol Warna Jalur Gemilang

Sebagai persediaan ke Sukan Paralimpik di Paris yang bakal berlangsung dari 28 Ogos hingga 8 September nanti, Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) telah memperkenalkan pakaian rasmi para atlet semalam.

Pakaian rasmi tersebut diperkenalkan bersempena pelancaran 50 Days Countdown Paris 2024 Paralympic Games oleh Presiden MPM, Datuk Seri Megat D. Shahriman Zaharudin di Pusat Kecemerlangan Paralimpik Kampung Pandan.

Pakaian Rasmi Atlet Paralimpik Ke Paris Tonjol Warna Jalur Gemilang
Kredit: X Majlis Paralimpik Malaysia

Menerusi gambar yang dimuat naik di laman rasmi X MPM, atlet-atlet kelihatan segak bergaya mengenakan pakaian leisure serba putih, dihiasi celoreng merah, biru dan kuning.

MPM dilihat turut memuat naik video pakaian penuh yang mendapat pelbagai pujian dari warga maya.

“Penantian telah tamat! Baru dilancarkan, kami teruja untuk mempamerkan Pakaian Rasmi ke Sukan Paralimpik Paris 2024.

“Bersedia untuk tampil menonjol dan tunjukkan sokongan anda dengan bergaya,” kata MPM

Netizen Puji Design Padu

Netizen membanjiri ciapan video pakaian rasmi tersebut dengan pujian dan sokongan padu buat para atlet.

“Baru la international punya level. Cantik gila,” puji warga maya.

Bukan hanya memuji, malah ramai juga netizen yang berminat untuk membeli set pakaian tersebut.

Netizen nampaknya tak henti-henti memuji keputusan yang dibuat oleh pengurusan atlet paralimpik dengan menghasilkan rekaan pakaian rasmi ini. Sokongan untuk atlet paralimpik juga bertalu-talu dilontarkan melalui tweet video tersebut.

Teruskan semangat, atlet kita. Semoga berjaya di Sukan Paralimpik di Paris 2024.

Sumber: X Majlis Paralimpik MalaysiaBERNAMA

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI