Pakaian Sukan Singapura Datang Di Malaysia, Lengkap Untuk Semua Saiz Badan

Share

Perkara yang paling merisaukan perempuan bila bersukan adalah kalau pakaian yang dikenakan tidak sesuai dengan aktiviti. Boleh potong mood nak bersenam tau.

ARTIKEL BERKAITAN : Tolak Stereotaip, Aina Abdul Dipuji Netizen Pergi Gym Pakai ‘Dress’ Muslimah Tutup Aurat

Namun begitu, apa-apa jua pakaian yang dipilih untuk bersukan perlulah selesa supaya boleh memakainya dalam tempoh masa yang panjang. Selain itu, perlu pastikan pakaian tersebut tidak terlalu ketat dan juga tidak terlalu longgar yang mungkin akan mengganggu pergerakan anda semasa bersukan.

Foto Via Butter.sg

Baju yang terlalu ketat mungkin akan menjerut peredaran darah dan mungkin akan terkoyak semasa melakukan aktiviti regangan terutama dibahagian celah kangkang seluar atau pon di bahagian celah ketiak. Maka pastikan memilih baju yang bersesuaian dan pilih saiz baju yang betul mengikut ukuran badan anda.  Tetapi, janganlah pula memakai pakaian yang gelebeh atau terlalu besar kerana dikhuatiri akan merentang arus angin, membahayakan keselamatan dan membataskan pergerakan aktiviti sukan korang.

Tapi korag jangan risau, baru-baru ini jenama sukan Singapura, butter memperkenalkan pakaian aktif merangkumi saiz yang pelbagai untuk memenuhi keperluan Asia di Malaysia.

Nota – Kajian menunjukkan wanita Asia cenderung mempunyai underbust yang lebih kecil dan model berbanding orang Barat, dengan pinggang yang lebih kecil dan pinggul lebih lebar disebabkan faktor genetik. Foto Via Butter

Terkenal dengan fabrik sutera lembut dan licin bergaya, butter. disesuaikan untuk pergerakan berbeza yang menyasarkan satu siri gaya hidup serba boleh. Activewear

ini mempunyai saiz inklusif yang direka untuk pelbagai jenis wanita.

Mewah Dan Bergaya 

Tidak seperti activewear lain, butter. sangat mewah dan bergaya menampilkan dua fabrik, iaitu BaseCore™, direka untuk aktiviti intensiti tinggi, dan BaseFlex™ yang memenuhi keperluan aktiviti intensiti rendah.

Jenama ini juga membawa barisan bra dan seluar, direka untuk menyokong aktiviti wanita Asia dengan selesa, baik ketika masa lapang dan aktiviti berintensiti tinggi dan rendah sambil kelihatan bergaya pada masa yang sama.

Foto Via Butter.

Mulakan Pengembaraan butter. 

Untuk meraikan pelancaran di Malaysia, butter. telah bekerjasama dengan Journey mengeluarkan koleksi edisi terhad yang akan dijual secara eksklusif di Journey Indoor Cycling Studio.

Koleksi ini terdiri daripada produk BaseCore™ seperti V-Bra dan Classic Leggings dalam warna kuning mentega. butter. memenuhi semua saiz dari XXS hingga XXL.

Ingin mencuba butter. ? Setiap pembelian akan disertakan dengan penghantaran percuma melebihi RM200 dan pertukaran percuma untuk saiz pada pesanan pertama korang. Layari laman web mereka di butter.sg.

ARTIKEL BERKAITAN: Haram Dan Berdosa, Penjelasan Mufti WP Hukum Pakai Baju Sukan Ketat Semasa Berbasikal

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Nana