Hangat diperkatakan oleh warganet terutama yang bergelar ibu bapa apabila Pakar Pendidikan mencadangkan Kementerian Pendidikan memulakan sesi persekolahan di Semenanjung bermula jam 8 pagi.
Menurut laporan Kosmo!, Pakar Pendidikan dari Pusat Kajian dan Kesejahteraan, Pendidkan Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Dr. Anuar Ahmad berkata, cadangan itu adalah selaras atau meraikan konsep Malaysia Madani dan slogan ‘Murid Ceria, Guru Bahagia, Sekolah Bitara dan Negara Sejahtera’.
Tambahnya, kerajaan sepatutnya ada rasa belas kasihan dan empati pada keadaan guru-guru, ibu bapa dan anak-anak yang terpaksa bangun seawal pukul 4.30 pagi, selain langkah itu bagi membolehkan anak-anak sempat bersarapan bersama keluarga berbanding sebelum ini lebih kepada bergegas ke sekolah.
ARTIKEL BERKAITAN: “Ibu Tak Ada Duit Nak Beli” Ditanya Kenapa Tak Beli Kasut Baru, Jawapan Pelajar ini Undang Rasa Sebak Netizen
Cadangan itu bagaimanapun mendapat pelbagai reaksi netizen di media sosial. Pemerhatian Remaja mendapati, rata-rata pengguna platform Twitter terutama ibu bapa bagaikan tidak setuju dengan cadangan tersebut selain meminta kerajaan mengubah silibus pembelajaran daripada mengubah waktu persekolahan itu.
Selain itu ada juga segelintir yang berpendapat cadangan untuk mengubah waktu tersebut agak tidak sesuai bagi ibu bapa yang keluar rumah seawalpagi bagi mengelak kesesakan jalan raya.
“Sekolah mula jam 8 pagi, macam itu yang bekerja kena mula jam 10 pagi ke? Pihak mana yang nak sekolah mula 8 pagi, jangan nak ubah-ubah sangatlah. Pergi ubah silibus murid darjah 1 itu, duk sibuk nak ubah waktu sekolah,” ciap seorang pengguna.
“Mula sesi jam 8 pun, majoriti ibubapa tetap keluar awal bekerja bagi mengelak kesesakan lalulintas. Bas dan van sekolah pun sama. Anak akan dihantar awal juga. Siapa akan menjaga murid yang dah sampai seawal jam 6.45 pagi? Guru?” tulis lagi pengguna lain.
“Mula pukul 8 pagi berebut dengan orang yang masuk kerja pukul 8. Confirm jalan sesak teruk. Dah lama mula sekolah 7.30 pagi, kenapa baru sekarang nak macam-macam?” ciap pengguan lain.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Majoriti