Pakar Saran Habit Korek Telinga Perlu Dihentikan, Boleh Jadi Pekak Dan Tak Dengar Langsung!

Share

Ramai yang menjadikan habit mengorek telinga sebagai aktiviti wajib yang harus dilakukan pada setiap hari terutamanya pada waktu pagi.Selalunya kita akan guna ‘cotton buds’ atau putik kapas antara alat yang sering digunakan untuk membersihkan telinga.

Sumber Gambar : Armin Rimoldi from Pexels

Lagi dalam dikorek, lagi sedap nikmat korekan tersebut. Betul tak? hehe

Dalam melayan nikmat korekan telinga tersebut, adakah korang tahu bahawa tabiat mengorek telinga dengan tujuan untuk membersihkan tahi telinga sebenarnya adalah satu tabiat yang berisiko?

Tapi baca perkongsian dari Dr Ezairy M.Sallih ini teknik sebenar untuk mencuci telinga seperti dikongsinya di fb miliknya. Pakar dan juga doktor ini ada berkongsi mengenai bahaya mengorek telinga mengunakan ‘cotton bud’ atau apa jua jenis pengorek telinga.

Menurut pakar ini, korang sebenarnya tidak boleh mengorek telinga dengan apa-apa jenis pengorek sekalipun. Hal ini kerana ia boleh mengakibatkan telinga menjadi pekak dan pendengaran jadi ‘totally block’… tak dengar langsung!

Hal ini juga berlaku pada pesakit yang dirawatnya!

Apabila saya masukkan skop kamera ke dalam telinganya. Nampaklah beliau ear wax atau lilin telinganya yang telah ditolak-tolak masuk ke gegendang telinga. Tersumbat!

Saya cuba keluarkan juga, cuba buang mana yang boleh. Tapi ia sakit tuan-tuan kalau terkena pada gegendang telinga.

Sumber Gambar : Karolina Grabowska from Pexels

Tip Bersihkan Telinga

Jika sudah menjadi ‘habit’ mengorek telinga selepas mandi kalau tak buat tak sah.Boleh gunakan tip

1. Bersihkan guna kain bersih setiap lepas mandi. Di bahagian cuping dan luar telinga sahaja.
2. Elak masukkan air sehingga ke dalam telinga. Lebih bahaya jika gegendang telinga anda bocor.
3. Kalau terlalu gatal, boleh tekan-tekan bahagian luar telinga atau di ‘tragal area’ sahaja. Ia boleh membantu. Tapi, jangan korek di dalam telinga.
4. Jika kurang dengar, pergi buat pemeriksaan doktor di klinik terdekat.
5. Rujukan ke klinik ENT akan dibuat jika perlu.
Ingat ya, bahaya. Hentikanlah!

Tahi telinga yang anda ingin singkirkan tersebut sebenarnya adalah sejenis bahan berlilin yang dipanggil sebagai cerumen. Ia bukanlah tahi telinga seperti yang anda sangkakan, sebaliknya ia mempunyai fungsi dalam melindungi telinga korang. Earwax tersebut mempunyai peranan sebagai perangkap habuk dan kotoran supaya kotoran tersebut tidak memasuki lubang telinga anda dengan lebih dalam.

Harus diingat, lepas ni korang tak perlu la nak korek telinga okay nanti jadi tak dengar pulak kan masalah!

Sumber : Dr Ezairy M.Sallih

Published by
Nana