Pakcik Tua Selongkar Tong Sampah Cari Makanan Berbuka! Muka Berubah Malu Bila Orang Hulur Sedekah

Share

Di saat kita sering memuat naik makanan enak dimasak setiap hari di laman fb masing-masing tanpa mempedulikan atau memikirkan adakah jiran tetangga atau sesama muslim juga mampu menikmati juadah yang sama, di luar sana ada insan lain yang hidup dalam serba kekurangan.

Perkongsian dari Pengerusi  i-Sejahtera Malaysia, Dato Hamizan Bin Amzah yang dalam perjalanan ke Kelantan semalam bagi menyampaikan bantuan kepada golongan miskin di negeri itu menemukan beliau dengan sesuatu yang sangat menyedihkan.

REMAJA yang mengghubungi Dato Hamizan untuk mengetahui kejadian ini lebih lanjut  di maklumkan, kejadian itu berlaku ketika rombangan dirinya dan skuad cakna I-Sejahtera Malaysia melalui kawasan Pengkalan Chepa menuju ke Ketereh, Kelantan untuk pengagihan barangan keperluan dapur untuk warga miskin.

Dato Mizan menjelaskan di tangan lelaki tua ini ada bungkusan roti gardenia yang telah dibuang di dapat tong sampah berkenaan
Dato Mizan menjelaskan ketika memberikan sumbangan ini, pakcik itu sempat membuka sarung tangan plastiknya dan mukanya berubah malu menerima sumbangan diberikan

“Kejadian ini berlaku sekitar jam 6 petang di kawasan Peringat menuju ke Ketereh semasa melalui jalan Pasir Hor dan kami berhenti di trafik light. Kebetulan di persimpangan itu tidak banyak kenderaan dan masa berhenti agak lama jadi saya dapat perhatikan pakcik ini sedang menyelongkar sesuatu. Dari dalam kereta, tak nampak seperti dia mencari tin atau kotak sebaliknya lain.

“Sebaik lampu bertukar hijau, saya terus arahkan pemandu memberhentikan kenderaan di tepi. Nampak jelas pakcik ini sedang mencari makanan kerana di tangannya ada roti gardenia yang dibuang orang.

“Allah memang sebak rasanya kerana memikirkan orang susah begini. Kebetulan dalam kereta ada barangan yang hendak disedekahkan. Terus saya beri beras, gula, minyak dan barangan lain selain berikan duit kepadanya.

“Saya pesan belilah makanan apa yang hendak dimakannya waktu berbuka nanti. Jangan ambil di tempat pembuangan sampah kerana mungkin sudah tidak elok.  Masa nak hulur duit tu, nampak dirinya malu-malu menerima dan wajahnya nampak bukan seperti orang yang sering meminta-minta.

“Hatinya dapat saya rasakan ikhlas dan terharu dengan pemberian itu. Malah ketika sumbangan hendak diberi, pakcik itu siap buka sarung tangan plastiknya untuk menerima barangan diberikan. Sayang saya tidak tanya namanya dan di mana dia tinggal kerana rombongan kami agak rushing kerana ada tempat lain perlu diberikan bantuan,”katanya yang membuat posting itu di fbnya dengan harapan ada individu yang mengenali pakcik tersebut dan dapat disampaikan maklumat kepadanya.

“Tapi dari jam 9 pagi lagi, saya telah minta pertolongan dari skuad cakna I sejahtera di kawasan terbabit untuk mencari maklumat berkaitan pakcik berkenaan. Kami mahu tahu apa pertolongan boleh diberikan kepada pakcik berkenaan,”katanya yang membuat kerja-kerja kebajikan sejak 11 tahun lalu.

Dato Mizan mengakui di bawah skuad cakna I Sejahtera Malaysia, untuk hari ini pasukannya mengagihkan sumbangan ke sembilan negeri secara serentak. Dan beliau sendiri berada di Kelantan untuk pengagihan sumbangan

Dalam pada itu Dato Hamizan mengakui sebaik dia memuat naik posting mengenai pakcik tersebut, sudah ada individu memberi pandangan negetif termasuk bertanya kenapa pakcik itu dimalukan, kenapa tak hantar terus ke pusat zakat, kenapa tak buat itu, tak buat ini dan lain lagi.

“Jujurnya saya dah lali dengan kecaman. Kami sebagai badan bukan kerajaan banyak membuat kerja-kerja amal terutama melalui Kit Ramadan Sejahtera dan Dapur Sejahtera kepada ribuan keluarga asnaf. Hari ini saja kita lancarkan bantuan kepada 9 negeri secara serentak dengan ramai sukarelawan membantu.

“Bagi Kit Ramadan Sejahtera kita agihkan barangan keperluan seperti beras, gula, minyak dan sebagainya. Bagi Dapur Sejahtera pula kita kenal pasti orang susah dan agihkan makanan untuk mereka berbuka setiap hari,”katanya memaklumkan di bawah I Sejahtera Malaysia, mereka banyak memberi penumpuan membantu golongan susah tanpa ada campur tangan pihak politik.

“ Ini kerana kita mahu bantuan sampai terus ke akar umbi. Kata orang lebih tepat dan bukan kroni. Saya ada pengalaman, bila ada campur tangan pihak tertentu, pihak yang sepatutnya dapat jadi tak dapat dan orang yang senang pula dapat bantuan,”katanya memaklumkan yakin bahawa maklumat mengenai pakcik di kongsi di fbnya akan ditemui dalam masa singkat.

“Saya juga kes sebelum ini di Gombak. Jumpa masa tengah kutip kotak. Bila diviralkan ada orang bagi maklumat. Tapi bila kita jengah ke kediamannya yang penuh kotak itu, dia tak mahu pindah sebab nak jual kotak tersebut tapi sangkut sebab PKP. Tapi kita bari bantuan untuknya secara berterusan,”katanya mengakhiri perbualan.

 

Published by
Almaswa Haji Che Ros