Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil, mengumumkan Pakej 5G Rahmah yang diwujudkan hasil kerjasama Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi (telco) serta dua syarikat pengeluar peranti, Samsung Malaysia dan Honor Malaysia.
Berita baik tersebut diumumkan beliau sendiri, menerusi menerusi sebuah bebenang di akaun rasmi Twitter miliknya, semalam.
Menerusi Pakej 5G Rahmah yang terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia, KKD menawarkan pelan data 60GB pada harga RM60 sebulan berbanding RM98 harga asal. Selain itu, ia turut memperkenalkan pakej telefon pintar 5G yang merangkumi Samsung A14 5G dan Honor 90 Lite 5G pada harga RM240.
Di samping itu, 100,000 pelanggan terawal dari latar belakang ekonomi B40 dapat menikmati pakej telefon pintar dengan harga serendah RM120. Ia turut merangkumi waranti dua tahun berbanding hanya setahun sebelum ini.
Pakej 5G Rahmah akan bermula pada 31 Ogos ini bersempena dengan Bulan Kebangsaan dengan kontrak langgangan 24 bulan.
Selain itu, KKD turut memperkenalkan Insentif Postpaid Rahmah Penjawat Awam yang menawarkan pemberian rebat RM10 sebulan bagi semua pegawai kerajaan di Malaysia. Ia boleh diguna pakai untuk sebarang pakej postpaid yang sedia ada.
Melalui insentif ini, penjawat awam dapat jimat RM120 dalam tempoh satu tahun.
ARTIKEL BERKAITAN : Harga Tersangat ‘Rahmah’, Hanya RM22,000 Sahaja! Jom Semak Fakta Tentang Perodua Axia E
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.