Pakej Kejut Sahur Pun Ada Di Shopee, Serendah RM1 Khas Untuk Yang ‘Single’

Share

 

Apa je yang tak dijual di aplikasi Shopee?

Masyarakat Malaysia sememangnya benar-benar kreatif dalam bergelar usahawan. Pelbagai jenis produk dan servis ada ditawarkan mereka di platform online dan media sosial.

Memasuki bulan Ramadan akan muncul dalam masa beberapa hari sahaja lagi, khabarnya ada individu yang kini menjual pakej ‘kejut sahur’ di aplikasi Shopee

dengan harga serendah RM1 sehingga RM50; bergantung kepada perkhidmatan yang dipilih. Menurut deskripsi mereka, ia akan dilakukan menerusi panggilan telefon ataupun penghantaran mesej. Unik dan kreatif kan!

Pelanggan juga boleh menetapkan waktu untuk mereka dikejutkan sahur tetapi ia tidak boleh diubah selepas melanggan.

Mengikut butiran yang diberikan lagi, ada juga peniaga menawarkan pakej perkhidmatan mesej dan telefon dengan panggilan manja seperti baby

atau sayang. Amboi..

Pastinya, servis ini akan memberi kemudahan kepada mereka yang sukar bangun pagi untuk bersahur, lebih-lebih lagi remaja yang menetap di rumah bujang dan berada jauh dari keluarga.

ARTIKEL BERKAITAN : Stok Pati Kurma Untuk Sahur, Campur Dengan Susu & Ready Diminum

Macam-macam betul sehinggakan REMAJA juga tergelak! Mana tahu, perkhidmatan kejut sahur ini sememangnya berguna dan akan menjadi tular apabila ramai yang melanggannya pada bulan Ramadan ini.

BACA LAGI : Tip Amalan Bersahur & Berbuka Yang Terbaik Untuk Kesihatan

***

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Nana