
Berita baik buat para pelajar, Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) menawarkan dua inisiatif pakej iaitu Pakej Remaja Keluarga Malaysia dan Pakej Peranti Keluarga Malaysia sebagai usaha untuk membantu remaja dan pelajar universiti mendapatkan akses internet.
Pakej baharu ini akan bermula pada 15 Oktober depan melibatkan semua syarikat telekomunikasi di Malaysia.
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata, di bawah Pakej Remaja Keluarga Malaysia ia akan melibatkan kesemua remaja di bawah 21 tahun dan pelajar universiti termasuk mereka yang meneruskan pascasiswazah.

Pakej ini menawarkan hanya RM10 sebulan untuk tiga bulan dan pelajar akan mendapat data 20GB sepanjang tempoh tersebut. Selain itu, turut diberikan data percuma 1GB setiap hari untuk aktiviti produktiviti serta internet asas tanpa had.
Dengan inisiatif ini, data produktiviti dan pembelajaran dalam talian serta aktiviti bekerja dari rumah boleh dilakukan tanpa kekangan data.
Kedua-dua pakej itu akan ditawarkan selama enam bulan bermula 15 Oktober hingga 15 April 2022.
Sumber: (1)
Jumaat Terakhir Di Bulan Ramadan, Jangan Lepaskan Peluang Berdoa!

Memasuki 10 malam terakhir Ramadan ini umat Islam diseru meningkatkan amal ibadah untuk mengejar pahala Lailatul Qadar. Di mana malam ini adalah lebih baik daripada 1,000 bulan.
Tambahan lagi di hari Jumaat terakhir di bulan Ramadan yang pada hari Jumaat terdapat satu masa yang dimustajabkan doa bagi sesiapa yang berdoa kepada Allah SWT.
ARTIKEL BERKAITAN : 13 Kelebihan Jika Amalkan Ayat Kursi Terutamanya Hari Jumaat
Betapa istimewanya hari Jumaat sehingga ia digelar penghulu segala hari. Jumaat adalah hari yang Allah hadiahkan kepada umat Islam. Hari Jumaat merupakan hari yang mulia dan juga hari raya buat umat Islam.
Ini kerana pada hari Jumaat diwajibkan kepada umat Islam untuk menunaikan solat Jumaat di masjid secara berjemaah yang mana tidak terdapat pada hari yang lain.
Melalui hadis Rasulullah SAW:
“Sesungguhnya hari Jumaat adalah penghulu segala hari yang paling agung di sisi Allah, ia lebih besar di sisi Allah dari hari raya Aidiladha dan Aidilfitri. Padanya ada lima perkara, iaitu hari Allah menjadikan Adam, hari Allah menurunkan Adam ke bumi, padanya Allah mematikan Adam dan padanya juga ada satu saat apabila seseorang itu tidak memohon sesuatu melainkan Allah memberikannya selagi dia tidak memohon sesuatu yang haram dan padanya (hari Jumaat) berlakulah hari kiamat.” (Riwayat Ibnu Majah).
Hari Jumaat adalah sebaik-baik hari sebagaimana yang dinyatakan di dalam hadis oleh Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
Maksudnya:
“Sebaik-baik hari apabila terbitnya matahari adalah hari Jumaat, padanya diciptakan Adam AS. Pada hari itu juga dimasukkan ke dalam Syurga dan pada hari itu jugalah dikeluarkan daripadanya (Syurga) dan tidak akan berlaku Kiamat melainkan pada hari Jumaat”. [Riwayat Muslim, no. Hadits 1411]
Selain itu juga, hari Jumaat mempunyai satu masa yang istimewa di mana pada waktu tersebut Allah SWT akan memakbul dan memustajabkan doa hambanya yang berdoa kepada-Nya. Ini disebut di dalam hadis yang sahih.
Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda ketika baginda SAW menceritakan akan hari Jumaat:
Maksudnya:
“Pada hari Jumaat itu ada satu masa (waktu), tidaklah seorang hamba yang muslim itu menunaikan solat lalu dia berdoa memohon sesuatu kepada Allah SWT melainkan Allah SWT akan memberinya apa yang dimohonkan itu”. [Riwayat al-Bukhari, no. Hadis 883]
Berdasarkan sebahagian hadis yang dinyatakan, jelas menunjukkan bahawa hari Jumaat mempunyai kelebihannya yang tersendiri jika dibandingkan dengan hari-hari yang lain.
BACA LAGI : 13 Kelebihan Jika Amalkan Ayat Kursi Terutamanya Hari Jumaat
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber: Laman Web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
“Patut Haramkan..” – Netizen Bertelagah Isu ‘Busking’ Punca Trafik Kawasan Bukit Bintang Makin Teruk

Hangat baru-baru ini di media sosial apabila orang ramai menggesa pihak berkuasa memantau pemilik kenderaan yang meletakkan kenderaan sesuka hati di sekitar Bukit Bintang semata-mata untuk menyaksikan persembahan ‘busking’.
ARTIKEL BERKAITAN: Pemandangan ‘Insta Worthy’ Di Atas Bangunan! LaLaport Bukit Bintang Kini Dibuka
Menerusi satu hantaran di X, difahamkan keadaan jalan raya di sekitar Bukit Bintang semakin sesak terutama sekali selepas waktu pejabat susulan ramai yang meletakkan motosikal di bahu jalan sehingga mengganggu pengguna lain.
“DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur) patut haramkan busking di tempat awam. Dahlah Bukit Bintang ini jem (sesak) teruk lepas itu ada pula yang jenis parking tepi jalan sesuka hati,” kata seorang pengguna X.
Dalam hantaran sama, turut dikongsi beberapa keping gambar memaparkan keadaan jalan yang sesak di sekitar kawasan di mana aktiviti busking diadakan.
Paparan motosikal yang di ‘park’ secara bersepah di kawasan Bukit Bintang cetus kemarahan warganet.
Bagaimanapun, tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata pengguna tidak setuju sekiranya aktiviti busking itu dilarang, tetapi sebaliknya mereka menggesa pihak berkuasa untuk mengambil tindakan tegas terhadap penunggang yang meletakkan motosikal mereka di bahu-bahu jalan secara haram.
“Yang buat jem motosikal letak tepi jalan, tiba-tiba buskers pula terpalit,” kata Zul.
“Busking itu menarik, pelancong pun suka tengok. Polis atau pihak DBKL kena lebih tegas pantau yang letak motosikal tepi jalan ini sebab sebelum ini okey saja,” kata Suzi.
“Saya cadangkan DBKL buat satu kawasan tak jauh dari MRT Bukit Bintang dan Pavilion. Dekat situ boleh busking, jual-jual. Keluarga pula boleh bersantai makan shawarma sambil tengok persembahan,” cadang Opinion.
“Sepatutnya DBKL haramkan kenderaan masuk Bukit Bintang malam-malam terutama malam minggu,” kata Lita.
“DBKL patut pertimbangkan konsep ‘car free’ untuk Jalan Bukit Bintang. Dekat situ dah ada monorel dan MRT,” kata Azizul. – KOSMO
BACA LAGI: Datuk Nicol David Atlet Berpendidikan Tinggi, Rajin Timba Ilmu Walau Dah Bersara!
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: BH
Pakar Bedah Berjaya Keluarkan Tumor Terbesar Di Dunia Daripada Kepala Seorang Jejaka

Sekumpulan pakar bedah di India mempercayai bahawa mereka telah berjaya membuang tumor terbesar yang pernah direkodkan. Menurut laporan media tempatan, pembedahan dan prosedur pembuangan tumor tersebut dilaporkan mengambil masa selama 7 jam.
Pesakit berkenaan yang merupakan penjual kain berusia 31 tahun bernama Santlal Pal memiliki ketumbunhan yang luar biasa besar di bahagian belakang kepalanya.
Tumor atau ketumbuhan tersebut berjaya dikeluarkan di BYL Nai Charitable Hospital di Mumbai pada 14 Februari yang lalu. Ia seberat 1.9 kilogram dan rekod sebelum ini yang pernah dicatatkan ialah 1.4 kilogram.
Ketua pasukan pembedahan, Profesor Trimurti Nadkarni berkata, “saiz tumor yang mempunyai saiz gergasi seperti ini amat jarang berlaku dan memberikan cabaran yang sangat tinggi kepada kami. Sepanjang pembedahan tersebut Santlal kehilangan banyak darah, namun dengan kecekapan pasukan perubatan dia dapat diselamatkan”.

Sebanyak 11 unit darah diperlukan sepanjang pembedahan dan Santlal memerlukan abntuan mesin pernafasan selama tiga hari sebelum dia kembali stabil.
Sebelum pembedahan tersebut dilakukan, Santlal menderita akibat tumor tersebut yang menyebabkan dia hampir kehilangan deria melihat di kedua belah mata. Selain itu, dia juga sangat sukar untuk melakukan kerja harian dengan baik dan selesa.

Inilah kecanggihan dunia perubatan sekarang.Di Malaysia juga kita sudah punya kelengkapan perubatan yang bertaraf dunia. Dam diharapkan kisah ini boleh memberikan inspirasi khususnya buat korang yang bericta-cita menjadi pakar bedah.
Kredit foto: SWNS