Berita baik buat para pelajar, Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) menawarkan dua inisiatif pakej iaitu Pakej Remaja Keluarga Malaysia dan Pakej Peranti Keluarga Malaysia sebagai usaha untuk membantu remaja dan pelajar universiti mendapatkan akses internet.
Pakej baharu ini akan bermula pada 15 Oktober depan melibatkan semua syarikat telekomunikasi di Malaysia.
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata, di bawah Pakej Remaja Keluarga Malaysia ia akan melibatkan kesemua remaja di bawah 21 tahun dan pelajar universiti termasuk mereka yang meneruskan pascasiswazah.
Pakej ini menawarkan hanya RM10 sebulan untuk tiga bulan dan pelajar akan mendapat data 20GB sepanjang tempoh tersebut. Selain itu, turut diberikan data percuma 1GB setiap hari untuk aktiviti produktiviti serta internet asas tanpa had.
Dengan inisiatif ini, data produktiviti dan pembelajaran dalam talian serta aktiviti bekerja dari rumah boleh dilakukan tanpa kekangan data.
Kedua-dua pakej itu akan ditawarkan selama enam bulan bermula 15 Oktober hingga 15 April 2022.
Sumber: (1)