Aplikasi TikTok menjadi kegilaan ramai golongan muda dan remaja sehingga memiliki ratusan juta pengikut seluruh dunia, remaja Malaysia merupakan salah satu negara yang terkena gelombang ini dah boleh dikatakan aplikasi ini mampu menjadi sumber kewangan bagi sesetengah pihak.
Namun tidak semuanya tentang aplikasi ini disenangi ramai, terbaru, Lembaga Telekomunikasi Pakistan dalam sebuah ciapan di Twitter telah menyatakan bahawa aplikasi tersebut tidak lagi boleh diakses di negara itu.
Dalam ciapan yang menyiarkan siaran akhbar itu menyatakan, memandangkan sejumlah aduan dari pelbagai lapisan masyarakat terhadap kandungan tidak bermoral / tidak senonoh pada aplikasi perkongsian video TikTok, Lembaga Telekomunikasi Pakistan telah mengeluarkan arahan untuk menyekat aplikasi tersebut.
Melihat pandangan dan jenis kandungan yang dimuat naik secara konsisten di TikTok, Lembaga Telekomunikasi Pakistan mengeluarkan notis terakhir kepada aplikasi tersebut dan memberikan banyak masa untuk bertindak balas dan mematuhi arahan Pihak Berkuasa untuk mengembangkan mekanisme proaktif yang berkesan untuk menyederhanakan kandungan atas talian yang tidak mematuhi undang-undang.
Namun, aplikasi tersebut gagal mematuhi arahan sepenuhnya, oleh itu, arahan dikeluarkan untuk menyekat aplikasi TikTok di negara ini.
ADA YANG TIDAK BERSETUJU
Namun begitu tidak semua pihak bersetuju dengan langkah yang diambil ini. Sebagai contoh, dalam satu ciapan di Twitter oleh Amensty International South Asia, pertubuhan tersebut menyatakan yang kerana semata-mata kempen melawan unsur kesat, rakyat dinafikan hak untuk mengeksperesikan diri di atas talian. Kempen untuk menyekat TikTok ini datang bersama latar semasa yang mana suara disenyapkan di televisyen, kolum hilang dari surat khabar, laman sesawang diblok dan iklan televisyen disekat.
Menurut ciapan itu lagi, pihak Amnesty International South Asia berharap agar keputusan untuk menyekat TikTok di Pakistan diundur semula dan melonggarkan genggaman terhadap apa yang rakyat di negara itu boleh baca, tonton, bercakap, menulis dan sebagainya.
***P/S – Bagi penulis penggunaan aplikasi media sosial ada baik dan buruknya jika tidak dikawal dengan baik. Tidak kiralah apa pun jenis aplikasi tersebut.
Sumber: Twitter Pakistan Telecommunication Authority & Twitter AmnestyAsia