Umum mengetahui kemelut yang sedang melanda beberapa negara terutamanya Palestin dan Lubnan disebabkan serangan terus-menerus oleh rejim Israel sehingga mengakibatkan puluhan ribu orang terbunuh dan hampir 100,000 orang mangsa yang cedera.
Malah disebabkan perbuatan tiada perikemanusiaan itu, Israel kini berdepan tuduhan ‘genosid’ disebabkan serangannya ke atas bumi Gaza di Mahkamah Keadilan Antarabangsa.
Israel juga enggan akur dengan resolusi menuntut genjatan senjata serta-merta oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang diletakkan ke atas Israel akibat serangan ganas di Gaza.
Lantas, beberapa perhimpunan solidariti bersama Palestin telah dilangsungkan di beberapa buah negara termasuklah di London, United Kingdom. Menariknya, himpunan yang yang disertai oleh 300,000 individu itu turut disertai oleh pasangan selebriti, Janna Nick dan Dini Schatzmann.
Kini berada di sana bagi menyambung pengajian dalam bidang seni kreatif, Janna menerusi hantaran yang di Instagram baru-baru ini berkongsi keadaan mereka sewaktu berarak.
Sambil memegang papan tanda bertulis ‘Kebebasan Untuk Palestin’, Janna dan Dini jelas melaungkan solidariti terhadap Palestin dan rakyat yang terjejas di sana.
Catatnya, “Palestin selamanya”.
Terdahulu, REMAJA melaporkan mengenai keberadaan Janna dan Dini di United Kingdom atas sebab melanjutkan pengajian.
FOTO: Instagram Janna Nick
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.