Salah satu perkara yang menakutkan masyarakat dunia ketika ini adalah penularan virus korona, iaitu sejenis virus yang menyerang sistem pernafasan haiwan mamalia, termasuklah manusia.
Paling menakutkan sekiranya virus ini terus menular di Malaysia kerana tiada vaksin atau ubat yang boleh merawat atau menghidarinya.
Jadi, ini apa yang perlu korang tahu tentang virus ini dan langkah pencegahan yang perlu diambil oleh netizen untuk sentiasa berjaga-jaga?
Baru-baru ini atas keprihatinan seorang doktor perubatan iaitu Dr Safiya Amaran , beliau telah berkongsi di platform facebooknya tentang beberapa tip dan langkah berjaga-jaga untuk korang semua.
Coronavirus bukanlah satu makhluk yang sangat asing atas muka bumi ni, ia banyak ditemui dalam binatang.
Tapi bagi manusia, ia adalah makhluk yang agak asing. Setakat sebelum ni hanya 6 jenis coronavirus yang pernah ditemui dalam manusia, 2 yang popular sebab menyebabkan wabak di seluruh dunia iaitu SARS dan MERS-COV. Kedua dua ini menyebabkan banyak kematian. SARS pada tahun 2003 dan MERS-COV mula dari 2012 sehingga sekarang.
Kemunculan virus baru di Wuhan, yang sekarang disebut 2019-nCoV meresahkan banyak pihak.
Bukan orang awam sahaja yang jadi sangat resah, malah pihak kesihatan juga sangat resah. Kenapa?
1. Ia sesuatu yang baru, sangat banyak perkara yang tidak kita ketahui tentang virus ini. (novel virus)
2. Apabila banyak yang kita tidak ketahui, akan ada banyak ‘uncertainties’ yang membuatkan kita tidak dapat mengawal jangkitan virus ini dengan cepat.
3. Kerana 2019-nCoV ini virus baru, jadi semua orang tidak ada immunity kepada penyakit ni, jadi SEMUA orang berpotensi untuk dijangkiti.
Baik yang TUA, mahupun yang MUDA .
Baik yang SIHAT mahupun yang SAKIT .
Semua boleh dijangkiti jika terdedah kepada virus 2019-nCoV.
4. Kerana 2019-nCoV ini virus baru, kita belum tahu dengan pasti bagaimana ia berjangkit dari seorang ke seorang yang lain.
🤔Adakah ia berjangkit melalui UDARA seperti penyakit demam campak?
🤔Adakah ia berjangkit melalui titisan AIR atau rembesan badan seperti batuk dan bersin seperti penyakit tuberculosis?
🤔Adakah ia berjangkit melalui tangan yang tercemar dan masuk melalui salur makanan seperti HFMD?
🤔Adakah ia juga boleh berjangkit melalui binatang (contoh 🐀 ) seperti leptospirosis?
🤔Adakah ia berjangkit dengan adanya vektor (seperti nyamuk) macam penyakit denggi?
Ini baru bab cara berjangkit.
Belum masuk kepada tempoh berjangkit.
1. Adalah penyakit ini boleh menjangkiti orang lain sebelum ada apa apa SYMPTOM?…
🤒 Contoh seperti penyakit demam campak. Orang yang sakit boleh menjangkiti orang lain sebelum naik ruam merah, jadi kebanyakan orang tidak sedar kena penyakit campak.. Tapi dah sebarkan virus merata rata.
2. Adakah penyakit ini hanya menjangkiti orang lain setelah orang mulai sakit? Jika ya, maka ini lebih mudah kerana apabila ada sebarang symptoms, boleh terus diasingkan dari orang lain.
Selepas itu ada pula isu pembawa.
1. Adakah orang yang pernah dijangkiti boleh membawa virus dalam badan walaupun sudah sihat dan sebarkan virus kepada orang lain?🤕
2. Adakah orang boleh ada virus tapi tidak sakit langsung, jadi tanpa sedar menyebarkan ke merata tempat?🤕
.
Inilah 2019-nCoV, coronavirus yang baru muncul, yang belum kita ketahui atau kenali sepenuhnya.
Jadi apa yang terbaik boleh kita lakukan sekarang?
Walaupun masih sihat, Sentiasa mementingkan kebersihan, paling utama, BASUH TANGAN 🖐️ dengan sempurna :
1. Basuh tangan setiap kali nak makan.
2. Basuh tangan setiap kali selepas makan
3. Basuh tangan sebelum memegang bayi
4. Basuh tangan selepas bersin atau batuk
5. Basuh tangan setiap kali keluar bilik air.
6. Basuh tangan apabila memegang apa apa barang yang tercemar
Asingkan diri apabila sakit dan elakkan pergi ke tempat awam pada musim wabak sedang melanda kecuali perlu.
Ada banyak lagi amalan yang baik untuk elakkan penyakit tetapi jom kita amalkan beberapa dahulu, especially basuh tangan.
Ia bukan sahaja untuk elakkan jangkitan virus ni malah untuk elakkan banyak lagi kuman yang lain.
Semoga Allah melindungi kita semua dari bahaya makhluk kecil yang tidak dapat kita lihat dengan mata kasar ini.
Moga bermanfaat kepada semua dalam menagani musibah wabak ini.
Sumber : Dr Safiya Amaran
Pakar Perubatan Kesihatan Awam
Pensyarah Perubatan Unisza
Kredit : Safiya Amaran