Fenomena tarian ‘Panama Dance’ yang hangat diperkatakan dan ditarikan sejak tahun lalu sememangnya merupakan tarian yang mudah berjangkit. Begitu ramai pemilik akaun media sosial seperti Facebook, Instagram dan YouTube terkejar-kejar untuk memuat naik versi Panama Dance masing-masing.
Namun, dalam pada kita seronok menggerakkan tubuh mengiringi lagu Panama nyanyian Matteo ini, Imam Muda Fakhrul telah mengambil inisiatif untuk menjelaskan hukum sebenar menarikan Panama Dance menurut Islam.
“Menari ini banyak hukum, ada wajib, harus dan haram.”
Ads
Katanya, jika suami yang menyuruh pasangan untuk menari, hukumannya wajib. Sekiranya kita bersama-sama rakan sama jantina atau sesama mahram menari, hukumannya pula harus. Namun, jika seseorang menari bersama dengan yang bukan mahram secara berdua atau beramai-ramai. ia boleh dianggap haram.
“Itupun kalau cara tarian dan lokasi seseorang menari itu tidak menimbulkan fitnah,” kongsinya melalui akaun Facebook.
Panama Dance pada asalnya hanya dilakukan oleh anak muda dan remaja di media sosial sekadar suka-suka saja bermula awal tahun ini. Namun, secara tiba-tiba, ia bertukar tular dan mula ‘berjangkit’ dengan mereka yang lebih berumur terutamanya di agensi kerajaan, lokasi kerja seperti di Pejabat Anggota Polis dan Balai Bomba serta di majlis kahwin.
Ads
Ada yang bertanya kembali di manakah rasionalnya Panama Dance atau apa-apa jenis tarian ‘ringan’ jika ia dilakukan secara suka-suka. Jawab Imam Muda Fakhrul, “Tu yang kamu dok lenggok badan, pusing-pusing punggung, lompat terselak kain tu tak jelas ke haramnya.”
Ads
“Perlu dalil al-Quran, Hadith ke? Bagi saya, apa kata kita seronok sampai masuk syurga, Pasti tak stres kat sana,” katanya. Dia juga berharap orang ramai tidak mengajak rakan mereka untuk turut membalas semula dengan versi Panama Dance mereka.
“Kita buat benda haram, jangan ajak orang lain sama ya. Buat trend itu biarlah trend yang kita dapat pahala, pahala orang lain pun kita dapat sama. Islam itu mudah tapi jangan bermudah-mudah,” simpulnya.
Hhm, apa pendapat korang? Kalau tarian yang tak mengghairahkan seperti Panama Dance atau tarian poco-poco sekalipun, adakah ia wajar untuk dijatuhkan hukuman haram?
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jenama pengeluar mainan Mattel Inc baru sahaja melancarkan koleksi patung Barbie ‘Role Model’ sebagai tanda sokongan dengan mengiktiraf petugas barisan hadapan yang berjuang melawan pandemik COVID-19.
Patung barbie edisi frontliners ini menampilkan individu disebalik penemuan vaksin koronavirus Britain, Sarah Gilbert yang juga merupakan seorang profesor berusia 59 tahun dari Universiti Oxford. Beliau merupakan pembangun bersama vaksin Oxford/AstraZeneca yang kini diberi pernghormatan sebaris dengan bintang terkenal Beyonce, Marilyn Monroe dan Eleanor Rooservelt yang juga pernah menjadi wajah bagi patung Barbie.
Selain Gilbert, turut ditampilkan dalam koleksi ini adalah jururawat bilik kecemasan Amy O’Sullivan yang merawat pesakit COVID-19 pertama di Wycoff Hospital di Brooklyn, New York dan Audrey Crus, seorang doktor barisan hadapan di Las Vegas yang menentang diskriminasi.
Antara anak patung lain yang dihasilkan dengan wajah frontliners termasuklah Chika Stacy Oriuwa, seorang pakar psikiatri Kanada di University of Toronto yang menentang perkauman sistemik dalam penjagaan kesihatan dan penyelidik bioperubatan Brazil, Jaqueline Goes de Jesus, yang memimpin penjujukan genom varian Covid-19 di Brazil.
Patung tersebut dihasilkan dengan penampilan yang menyerupai para doktor yang dipilih, ada yang berkaca mata, ada yang memakai pelitup muka dan ada juga menyarung pakaian bedah.
Sebelum ini, ratu gimnastik negara, Farah Ann juga pernah menjadi model Barbie pertama di Malaysia apabila Mattel mengeluarkan edisi khas patung Barbie yang menyerupai dirinya.
Pernah tak, ada ketika kita berasa was-was sama ada sudah membaca tahiyat awal ketika solat atau kita teruskan ke rakaat ketiga? Ini kerana ada ketika kita terlupa sama ada sudah membacanya atau belum? Mungkin ramai yang ingin tahu, andai kata kita terlupa baca tahiyat awal dan sudah naik ke rakaat ketiga, adakah kita wajib turun semula baca tahiyat? Ustaz Azhar Idrus berkongsi ilmu jika kita terlupa membaca tahiyat awal.
Soalan : Jika kita tertinggal baca tahyat awal dan naik ke rakaat yang ketiga adakah wajib kita turun semula baca tahiyat?
Jawapan :-
Jika orang yang sembahyang tertinggal membaca tahyat awal lalu naik ia ke rakaat yang ketiga maka jika belum sampai berdiri tegak nescaya disunatkan dia turun kembali duduk membaca tahyat.
Dan jika dia sudah berdiri tegak pada rakaat yang ketiga nescaya tidak lagi dia boleh turun duduk membaca tahyat dan jika dia turun juga dengan sengaja nescaya batal solatnya. Akan tetapi jika ia solat berjemaah maka wajib ia kembali kepada duduk tahyat kerana mengikut imam.
Telah berkata oleh Syeikh Bafadhal : وَلَو نسي التَّشَهُّد الأول فَذكره بعد انتصابه لم يعد إِلَيْهِ فَإِن عَاد عَالما بِتَحْرِيمِهِ عَامِدًا بطلت أَو نَاسِيا أَو جَاهِلا فَلَا وَيسْجد للسَّهْو وَيجب الْعود لمتابعة إِمَامه
Artinya : “Dan kalau seorang itu lupa membaca tahyat awal kemudian dia teringat selepas tegaknya berdiri nescaya tidak harus dia kembali kepada tahyat. Maka jika dia kembali kepada tahyat dalam keadaan dia tahu tentang diharamkannya dan sengaja nescaya batal solatnya. Atau dia kembali itu kerana terlupa atau tidak tahu maka tidak batal dan sunat dia sujud sahwi sebelum salam. Dan wajib makmum kembali duduk tahyat kerana mengikut imamnya.” (Kitab Muqaddimah Hadhramiyah).
Telah berkata Imam Ibnu Ruslan :
لَكِن على الْمَأْمُوم حتما يرجع … إِلَى الْجُلُوس للْإِمَام يتبع وعائد قبل انتصاب ينْدب … سُجُوده إِذْ للْقِيَام أقرب Artinya : “Akan tetapi wajib atas makmum kembali kepada duduk tahyat awal kerana mengikut imam dan yang solat sendirian sunat kembali kepada duduk tahyat apabila belum berdiri tegak dan sunat ia sujud sahwi jika sudah dekat kepada berdiri.” (Kitab Matan Zubad).
Keterangan :
Dalam solat sendirian jika seorang itu terlupa duduk tahyat awal lalu ia berdiri maka jika sudah berdiri tegak nescaya tidak harus lagi dia duduk semula kerana membaca tahyat awal. Jika dia duduk semula kerana membaca tahyat awal nescaya batal solatnya kerana dia telah berada di rukun yang lain tidak boleh lagi ulang kepada perkara yang sunat. Dan sebelum salam adalah sunat dia lakukan sujud sahwi kerana tertinggalnya akan tahyat awal itu.
Yang dimaksudkan berdiri tegak itu ialah berdiri yang sudah memadai dinamakan qiam sekali pun belum meletakkan kedua tangannya di bawah dadanya.
Jika belum lagi berdiri tegak nescaya sunat dia turun membaca tahyat awal dan sebelum salam disunatkan dia sujud sahwi apabila dia telah naik lebih dari separuh berdiri atau lebih dari had rukuk.
Ada pun jika dia baru naik sedikit seperti belum sampai separuh atau belum sampai had rukuk nescaya disunatkan kembali duduk baca tahyat dan tetapi tidak disunatkan sujud sahwi sebelum salam kerana sedikit pergerakkannya.
Dan dalam solat berjemaah jika makmum terlupa tahyat awal dan naik berdiri nescaya wajib makmum itu duduk semula bersama imam membaca tahyat kerana kewajipan mengikut imam. wallahua’lam ustaz azhar idrus
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Penulis percaya ramai je antara kita yang suka mengunakan emoji di whatsApp kerana ia lebih senang menunjukkan emosi kita ketika itu. Dan terdapat juga Emoji Whatsapp yang disalah erti oleh kita, yang selama ini kita sangka ianya betul tetapi sebaliknya.
Di Arab Saudi korang boleh dipenjarakan gara-gara menghantar emoji ‘love’ ini. Mengikut laporan akhbar Okaz, pakar dalam jenayah siber di Arab Saudi telah memberi amaran kepada orang ramai bahawa tindakan menghantar emoji ‘love’ kepada seseorang di aplikasi WhatsApp boleh menyebabkan pengirimnya dipenjarakan.
Mengikut undang-undang Saudi, pengirim boleh dihukum penjara dua hingga lima tahun dan dikenakan denda 100,000 riyal (RM111,556) sekiranya didapati bersalah.
Ahli Persatuan Anti-Penipuan Arab Saudi, Al Moataz Kutbi berkata bahawa menghantar emoji ‘love’ di aplikasi WhatsApp adalah sama dengan bentuk jenayah gangguan.
Selain itu, katanya penggunaan beberapa imej dan ungkapan semasa bersembang dalam talian juga boleh bertukar menjadi jenayah gangguan jika tuntutan mahkamah difailkan oleh penerima.
Dia memberi amaran kepada pengguna aplikasi supaya tidak memulakan perbualan dengan mana-mana pengguna tanpa persetujuan mereka atau terlibat dalam perbualan yang tidak selesa atau mengganggu pengguna lain selain menekankan amaran terhadap penggunaan ekspresi eksplisit atau emoji hati merah.
”Menurut sistem anti-gangguan, gangguan ditakrifkan sebagai setiap pernyataan, perbuatan atau gerak isyarat dengan konotasi seksual yang dibuat oleh seseorang terhadap mana-mana orang lain yang menyentuh badan atau kehormatannya atau melanggar kehormatannya dengan apa-apa cara, termasuk teknologi moden.
”Ini termasuk (emoji) yang dikaitkan dengan konotasi seksual mengikut adat masyarakat, seperti hati merah dan mawar merah,” kata Kutbi.
Jadi lepas ni, jangan la suka hati bagi ‘love’ berwarna tu okay!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Baru-baru ini tular sebuah video iklan terbaru dari jenama fesyen Korea Selatan ‘Wacky Willy’ berjaya menarik perhatian pengguna media sosial kerana jalan penceritaan komedi...